Monday, March 26, 2012

Husna & Tarmizi



Mama terima 2 keping kad
dari murid mama
kiriman dari kakaknya


Sekeping untuk mama
sekeping untuk along
oooo dari Husna...
ooooo Husna dengan Tarmizi...



Husna bekas murid mama
begitu juga Tarmizi
dan... mereka juga kawan sekolah rendah along



Abah tak de...ke mana lagi kalau tak ke GM
Jadi...mama ajak Inn temankan
segan juga pergi sorang-sorang



Along tak nak ikut mama
bimbang mama diserbu
bukan oleh peminat...
tapi oleh bekas murid mama
yakni kawan2nya
mungkin along takut popularitinya tergugat
hahaha....



Tapi...
kami pergi awal...
orang yang terawal...
jadi taklah mama diserbu peminat
ahakkkk(perasanlah pulak)



Sebenarnya...
Mama terpaksa pergi awal
kerana mama perlu penuhi
satu lagi majlis...
majlis pertunangan di Bukit Jelutong dengan Tok Mi



Walaupun mama tahu mama tak dapat berjumpa pengantin
tapi ... mama puas
kerana dapat memenuhi undangan ini.
Salam saja ditinggalkan
bersama doa restu moga mereka bahagia
di dunia dan akhirat.



Tahniah Husna....Tahniah Tarmizi
Doakan juga moga R..... dipertemukan jodoh
dengan insan solehah yang bakal
menyiramkannya dengan kebahagiaan.
Amin.

No comments: