Saturday, August 13, 2011

13.8.11-sabtu

Hari ni mama ada janji temu di Cres
adik ma nak ikut sama balik
almaklum dayang2 masih dibuai mimpi

Jadi mama hantar dik ma dulu sebelum ke cres
Selesai semuanya mama rasa tak selesa-pening2
Mama singgah ambil dik ma dan shahmin

Semasa mama balik Inn dah rebus tulang
nak buat gear box
mama telefon angah ajak berbuka
tapi dia dan kak alzalia dah ada rancangan

mereka singgah hantar makanan
mama nak beri gbox
tapi angah menolak
kerana....dia berpantang...alhamdulillah
lalu mama gantikan dengan bubur lambuk
yang abah ambil di surau.

jika makanan kegemaran dapat ditahan
(dulu...inilah antara masakan yang angah selalu
minta mama masakan-makanan kesukaan)
Insya-Allah yang lain pun dapat dicontrol
moga kesihatan terjaga...amin

abah dan along juga berbuka di luar
di tempat yang berlainan

No comments: