Wednesday, August 26, 2009

Al-Fatihah

Kali pertama aku tatap potret ini jantungku bagai direntap.Aku terkedu kaku.Apa yang aku nampak?Betul ke?Masakan aku tidak sedar kehadirannya sedangkan dia betul-betul berada di hadapanku. Beberapa andaian berligar di ruang mindaku.Benarkah apa yang aku lihat dan aku fikir.Apakah dia juga ingin memberi restu dan meraikan hari bersejarah dinda bongsu kesayangan semua.Mustahil...

Aku jadi keliru.Aku yakin semasa majlis itu aku tidak pernah ternampak wajah itu ataupun mirip wajah itu.Apatah lagi dalam rombongan kami.Siapa dia?Ini menjadi misteri.Ya Allah.Maha Besar Allah.Semalaman aku kegelisahan dan teringat beberapa peristiwa menjelang hari bersejarah yang mengaitkan aku dengannya.Aku sering teringatkannya.Aku rindu.

Gelodak hati tidak dapat ditahan lagi lalu aku mencari dinda bongsu.Rupannya bukan aku seorang.Dia juga nampak apa yang aku nampak.Dia juga fikir apa yang aku fikir.Tapi dia ada
jawapannya.Dia tahu siapa 'dia'.Dia adalah bapa saudara buah hatinya.Gambar lain ditunjuk.Lihat bahagian depan wajahnya.Ya Allah,sekali lagi aku terdiam.Dari bahagian depan
langsung tidak ada persamaan.Sedangkan dari gambar ini,bahagian ini betul-betul menyerupai allahyarham ayahanda.Patutlah tidak ada seorang pun antara kami yang sebut tentang itu.

Sebenarnya lebih 4 tahun lalu ayahanda tersayang telah pulang ke Rahmatullah.Tapi sejak akhir-akhir ini aku sering bertemu orang yang mirip wajahnya yang mengingatkan aku kembali pada sejarah manis kami.Ya Allah Engkau Maha Kaya.

Ayahanda,aku rindu padamu.Aku amat menyayangimu.

No comments: