Thursday, October 25, 2012

koop


20.10.2012


Sabtu











kuih muih


happy


bersama-sama jelitawan


farah


Siti/nita


Amalina


Cik Dah


jelitawan




orang kuat


Jamuan Akhir Tahun Pengawas

                            
Sehari sebelum tiba masanya
bos minta mama gantinya untuk berucap
pada majlis tu.
dan seperti biasa mama gelabah
tapi mama tetap akur kerana merasakan itu satu arahan.


TEKS UCAPAN
Terima Kasih Pengerusi Majlis
 Yang Berusaha  En..........., Pengetua SMKTK
Puan ....., Penolong Kanan
Yang dihormati guru-guru pengawas,
 guru-guru kanan mata pelajaran,
rakan-rakan guru
 dan semua anak pengawas yang disayangi. 

Assalamualaikum warahmatullahhibarakatuh



Terlebih dahulu izinkan cikgu memanjatkan kesyukuran
ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah-Nya
dapat cikgu bersama-sama teman guru dan anak-anak pengawas
pada malam ini sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas 2012.




Anak-anak cikgu yang dikasihi,
Di sini cikgu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik pada tahun ini.


Cikgu percaya anak-anak yang terpilih merupakan
anak-anak yang memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk
membimbing rakan-rakan di sekolah serta dapat membantu 
guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka 
untuk memberi pendidikan yang berkualiti.

Kembang bebunga idaman ratu
Di pinggir hutan jadi hiasan
Anak-anak  laksana pusaka bermutu
Cemerlang usaha capai wawasan 





Sesungguhnya anak-anak yang dilantik seharusnya
berasa bertuah dengan jawatan ini

TAPI
Andainya kita diberi kuasa,


Pergunakanlah seadanya

dengan adil dan saksama,


Janganlah kesombongan

 dan ketamakkan menguasai rasa,

 Andainya kita diberi kedudukan,


Hulurkanlah khidmat dan bakti dengan keikhlasan,

Janganlah sampai ujub dan melakukan kezaliman,

Janganlah biarkan kedudukan kita dimurkai  Tuhan.



Anak-anak adalah memimpin kecil yang dipilih
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab
membantu dan mewujudkan satu persekitaran sekolah
yang kemas dan teratur iaitu suasana yang damai,
situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi
utama sebuah sekolah iaitu melahirkan murid-murid
yang berpotensi menjadi pemimpin negara pada masa
hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam
apa juga bidang yang anak-anak minati.
Anak-anak sepatutnya menjadi contoh
 kepada semua murid lain

                     


Cikgu yakin anak-anak telah menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan penuh amanah,
jujur,ikhlas kerana

Kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit,
kuat kita kerana muafakat
Dan kuat pengawas kerana berkhidmat




PESANAN CIKGU KEPADA ANAK PENGAWAS

 Bertanya supaya tahu,
belajar supaya berilmu,
berjalan supaya sampai,
berusaha supaya sempurna.
 Pendek dihubung, panjang dikerat.
Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
 Yang jauh dijemput, yang dekat dikampungkan.
 Yang ragu diperjelas, yang samar diterang,
 yang kusut dileraikan, yang keruh dijernihkan,
 yang buruk dibuang, yang elok dipakai,
 yang usang diperbaharui
DAN yang longgar diperketatkan.



Pada kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan terima kasih
kepada anak-anak yang bertugas dengan baik sepanjang tahun ini,
Serangkap pantun lama untuk anak-anak

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga,


Untuk anak-anak Tingkatan 5
yang bakal meninggalkan kami

Terbang seiring punai dan helang,
terbang menuju ke langit tinggi;
Walau  jejak sudah menghilang, 
Kenangan tetap mekar mewangi.   



SETERUSNYA KALUNGAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU 
TERUTAMA GURU  PEMBIMBING PENGAWAS 
YANG MENJADI TONGGAK KEJAYAAN.




SAYA YAKIN

Bakti yang ditabur, bukan untuk masyhur.

Kata mutiara  yang dititipkan, tidak mengharapkan balasan.

Akal budi yang dijernihkan, tidak untuk ganjaran.
Kejahilan ilmu yang dirawat, bukan untuk pangkat
Benih azimat yang disemat, tidak meminta untuk dihormat.
Jangan berduka cikgu,
Jika jasa dan pengorbanan tidak disanjungi.
Jika penat, lelah dan keikhlasan tidak dimengerti.
Jika perilaku anak-anak  menghiris hati.
Jika sedikit kesalahan dan kealpaan kita dituding jari jemari.
Biarlah cikgu,
penawar kita bila...
Menyaksikan anak-anak didik berjaya...

TERIMA KASIH CIKGU

              

Wednesday, October 24, 2012

tiada jawapan



sejak akhir-akhir ini ramai yang bertanya
dan soalannya sama saja
malah ramai yang cadangkan
supaya mama tanyakan
kerana dah tiba masanya
                                  
 hari itu kami berdua-duaan
peluang yang ada  mama gunakan
tanya apa yang terpendam
jawabnya ringkas: tak nak jawab

                                           
mama terus beri cadangan
mama boleh bantu
(ye ke?)
dia diam

                                       
mama beri pandangan
tentang masa depan
dia jawab: sapa yang hendak

                                    
uhhhh...entahlah...

                                          

Tuesday, October 23, 2012

cerasa

16.10.12


Hari tu seorang teman hantar
patin masak tempoyak
best...

Kebetulan hari Isnin mama ada urusan di PJ
jadi ada yang ajak ke kedai tu
tapi hari Isnin kedai tutup


Hari selasa,sekali lagi mama
ada urusan di PJ
jadi kami ambil kesempatan itu
pergi ke kedai itu


kedai ni baru dibuka...
dan kami sampai dah lewat
setelah semua urusan selesai
jadi masa kami sampai
kami je pelanggannya
jadi kami buat kedai macam milik kami


lapar punya pasal
lupalah pulak nak ambil gambar
bila dah licin baru teringat
hihihi


bukan setakat makan
bawa balik lagi...
yelah...ingatkan orang yang ditinggalkan.


balik dari sana Inn ajak ambil alya


dia dah mengantuk...


huhhhh masamnya...