Sunday, August 26, 2012

Tak Merasa


Setiap hari raya biasanya adalah
acara berkumpul kami adik beradik
tapi tahun ni ...
hari ini dalam sejarah hidup mama
mama tidak tersenarai...


hari raya pertama tahun ni
rumah tok mi hanya dimeriahkan oleh
2 keluarga...
hijau  lawan ungu
uuuumm mama tahu
pasti tak semeriah masa mama ada kan...
(hihihi...ada unsur perasan)


Keluarga ayah ngah bertema hijau tahun ni
sejuk...
tok mi pun mengikut tema...


keluarga chik pula nampak ceria
dengan warna kegemaran mama
ehhh...sekuntum je bunga...


Tahun ni ayah teh balik KB dulu
raya kedua baru beraya di rumah tok mi
tapi sekurang-kurangnya balik juga...


Ayah Cik pun sama macam ayah teh
sebab tu tahun ni dia tak berbaju melayu
di rumah tok mi
tapi masih sempat bergambar dengan tok mi


Su Nor juga beraya di SP dulu tahun ni
jadi...ni gambar  mereka di SP
mereka tak lama di rumah tok mi
kerana ada kecemasan
yang menuntut mereka dan tok mi
berkejar ke KL


Kesimpulannya , mama sekeluarga je
tak merasa beraya di rumah tok mi
dan bergambar bersama-sama.
Nasib baik mama sempat bertemu adaik-adik di KL.

HUKM



Gambar Tok Chik.
Tika mula-mula mama lihat gambar ni
dipostkan untuk keluarga
mama tak tahu mengapa ada
sebak di dada.


Dan pada 22.8.2012 mama terima panggilan dari chik
yang menyebabkan timbul tanda tanya...
dan disusuli panggilan dari tok mi
yang meleraikan tanda tanya itu.


Lalu...
kami berjanji jumpa di HUKM.
Memandangkan abah kerja 
maka mama pergi dengan Inn
dan jumpa dengan chik dan pak chik di HUKM
tingkat 6


Menurut doktor,keadaan agak kritikal
kemungkinan kerana semasa cuti raya hari tu
tok cik menerima ramai tetamu
yang datang untuk menziarahinya.
Ketahanan dirinya yang lemah menyebabkan
dia mudah dijangkiti kuman.



Pada petang 23.8.2012 Tok Mi tiba
dengan Su Nor dan ayah su dari Besut.
Mereka bergegas ke KL
setelah menerima berita itu.
Dan sekali lagi mama ke sana.


Pada tengah hari 25.8.2012
sekali lagi mama ke HUKM
bersama-sama abah,tok mi,mak dan wan.
Kami dimaklumkan Tok Cik yang amat kuat
dan tabah sebelum ini
telah lemah semangatnya.
Ohhh...

Gambar lama 

perbandingan


Jom kita buat perbandingan...
perbandingan?
bermakna boleh buat yang sama dan berbeza?
Ya...tepat sekali...


ok ...yang ini
ada 2 balang dalam setiap bakul
dihiasai jambangan bunga mawar...
ya...pandai...


oooo...
yang sama ialah ada dua bakul
dihiasai jambangan mawar
yang berbeza ialah setiap bakul
hanya ada satu balang....
ehhhh...mana balang mama
ohhh...berada dalam 2 bilik yang berbeza
ehhh...wajarkah?



Yang ini...
ahh...mudah je...
ada 3 meja kecil
dan setiap  meja ada barangnya.
Meja yang di tengah-tengah ada bakul
tapi....apa isinya?


oooo rupanya ini isinya....
yang sama ialah bakulnya
yang berbeza...tadi tak tahu isinya
tapi sekarang dah tahu...
maknanya....besar kemungkinan
balang ini juga akan bertukar tempat....


Tak pe...tak pe...
memang mama sediakan untuk makan
bukan hiasan
tapi...pulangkan balik balang ke tempat asal
supaya mama dapat tambah isinya.

Sekian harap maklum.

Saturday, August 25, 2012

Juadah Hari Raya Ke-5


Apa ni?
entahlah
ulangan...
trang tang tang...


Hihihihi
hari ni  buat puding lagi...
sebagai penghias meja...


Teka...
apa yang mama masak
hari ni...
laksa?laksam?
bukan...bukan...
lagi...lagi?


OOOO
sebenarnya pagi ni mama buat nasi kerabu
untuk anak-anak



Nasi kerabu putih...
bukan kuning
bukan  biru
dan bukan juga hitam...

Friday, August 24, 2012

rindu


Pada penghujung Ramadan
mama menerima anak angkat
dari 3 kaum berbeza


Ini kerana pemiliknya ingin
pulang ke kampung
berhari raya



Ini anak angkat yang pertama
Namanya Ponyo
mula-mula datang mama tak pernah nampak dia
pemalu sangat....asyik berkurung


Hinggalah satu hari mama minta along buka 
oooo putih...
oooo besar jugak



Yang ni pulak namanya Chikki
mama tak suka sangat
(bukanlah benci)
mama geliii


Haaa yang ni mama paling suka
tambah dengan warnanya yang meriah...
tapi...sesekali 'dia ' menjerik
terkejuzzz...



kelmarin ayah ngah dan cik ngah dah datang ambil
Min...kami rindu mereka

Thursday, August 23, 2012

Juadah Raya ke-4

 Juadah hari raya ke?
ke sarapan?
maklumlah hari ni abah dah mula bekerja.

Hari ni mama hanya masak nasi lemak
untuk anak-anak
sabagai menu utama 
selain yang lain-lain.


 Sambal....hanya sambal sadin
kegemaran anak-anak...


ok jugak...
licin...


petangnya mama hanya masak
cincai2
kerana mama ke HUKM
moga Allah beri keajaiban.
Amin.

kunjung mengunjung

Kelahiran Alya menyebabkan kami membuat keputusan
tidak pulang ke kampung tahun ni kerana
Alya ketika itu belum pun berusia sebulan.


Memandangkan kami tak pulang ke kampung
kami mengambil kesempatan berkunjung
ke rumah Tok Cik
pada pagi hari raya pertama.


Tok Cik diberi cuti untuk beraya
Tengah hari tu dia kena
pergi semula ke HUKM


Balik dari sana kami dikunjungi
oleh Auntie Dah dan keluarga


Jadi...ada jugalah tetamu
di KL


 Pada petangnya Pak Cik Li
dan keluarga pula yang datang
(tapi...lupa nak ambil gambar)


Adik dan Izzat 
ada je...aktiviti
kunjung mengunjung...

Juadah HR ke-3


Hari ni mama goreng mi hoon je..
walaupun pada malamnya 
merancang nak buat laksa


 Sebabnya?
oooo pasal laksa tak de dalam simpanan
semua orang tak larat nak gi beli
walaupun mama masih terdaya(ewahhh)


Untuk meriahkan meja
mama tambahlah puding
riang ria ni...


Hidangan biasa masih ada....
sate,nasi himpit,rendang dll
tapi...tak yah postlah
sama je macam hari tu....

Wednesday, August 22, 2012

acara yang dinanti...



Setiap tahun pasti ada acara ini
malah anak-anak memang
tertunggu-tunggu detik itu
dan meneka-neka isinya



Tahun ni...
seperti beberapa tahun lepas
mama dah tak perlu isi sampul duit
untuk 2 orang.

 Tapi... tahun ini 
kami tambah satu lagi sampul
buat si puteri kecil...

yang ni  masih lama lagi...
dapat kutip dan kumpul.


Haaa...yang ni?
mungkinkah tahun depan tak layak lagi menerima?
Kerana tahun ni pun dah menerima dan memberi...


Yang ni?
berapa tahun?
emmmm...


Along dah lama mama tak memberi
tapi dah bertukar...
kami menerima pulak...
Alhamdulillah.




Adik-adik pun turut merasa


dan tahun ini
bertambah dengan kehadiran penyeri...


Angah pun sama seperti along
hulur pada mama dan abah
sebenarnya bukan kami yang minta
tapi  mungkin pemberiaan kerana kasih sayang




Moga pemberian kasih ini
menjadi ikatan cinta kita sekeluarga
semakin utuh
dan semerbak mewangi