Tajuk: Seminar KPJ Sekolah-Sekolah menengah Negeri Selangor Tarikh: 20.10.2011 Hari : Khamis Tempat: Dewan Serba Guna Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Atur Cara: 800-900 pendaftaran 900-910 penerangan oleh sekretariat(Dato' Mohd Fuad) 915-1000 Ceramah oleh C/Insp Ashari Abu Samah
1000-1030 Jamuan Ringan
1030-1115 Perkongsian Pengalaman PK HEM(En.Azman) 1120 - 1200 Ceramah oleh Saiful Hamirruzzaman Mohd Hazir 1200 - 1220 Penerangan Rakan COP/My Distress Call-ASP Mohd Noor 1220-1225 Ketibaan VIP
12.30-1235 Bacaan Doa
1235-1240 Ucapan Pengerusi penganjur-Dato' Mohd Fuad 1240-100 Perasmian penutup oleh YDH Dato KP Selangor -DCP Dato' Haji Tun Hisam Dato' Haji Tun Hamzah Penyampaian cenderamata
Dari fb mama sering ikuti perkembangan 'anak-anak' termasuk Dyan... sekarang dia bercuti Suatu hari dia postkan hasil air tangan kakaknya... nampak begitu lazat.. mama komen hihihi anak mama yang comel ini terus beri respon... janji nak buatkan untuk mama... hihihi...mama jadi malu dan bersalah walaupun suka....oppps suatu petang mama baru balik dari dating dengan teman-teman adik hulur hpnya pada mama rupanya dari Dyan
Senja itu seperti yang dijanjikan dia datang hulurkan kotak yang cantik ini... huhuhu...mama terharu terima kasih Dyan
manis sungguh ....enak semanis gadis itu manis luar,manis dalam moga anak mama ini diberkatiNya di dunia dan akhirat. amin...
Mama mulai mengenali auntie nasran ketika kami sama-sama bertugas di SMART begitu rapat...begitu akrab bukan saja di sekolah malah hingga ke aktiviti luar tapi...akhirnya kami terpisah dia berpindah mengikut suami ke Johor
Auntie Zaba datang setelah auntie nasran pindah seolah-olah mama diberi penganti teman setugas...teman berbicara meluah rasa ....mereda jiwa... tapi....juga tak lama dia berpindah membawa hati walaupun tidak jauh tapi jarang berjumpa kerana kekangan masa Tuhan penentu segalanya Apabila auntie nasran balik dari Johor dia ditempatkan sama sekolah dengan auntie zaba mereka mula berkenalan dan menjadi rapat....
Lalu selepas itu kami menjadi 3 Jika ada waktu terluang kami akan bergabung walaupun seketika tapi amat bermakna
dan kini... auntie nasran dinaikkan pangkat-tahniah maka berpisahlah 3 sahabat di 3 tempat tempat yang tidaklah jauh tapi... kami perlu mencari ruang untuk bersama-sama mengisi kerinduan(ewah)
mama juga terdengar dari tiupan angin sepoi-sepoi bahasa
yang berita baik juga bakal menyusul buat auntie zaba moga benar berita itu-Insya-Allah Syukur dan tahniah
15.10.11 sejak semalam angah beritahu nak buat bbq ajak ke rumahnya adik-adik keseronokan bagai tak sabar menunggu walaupun masing-masing sibuk termasuk tuan rumah siangnya.. mama dan abah ke rumah kak aziah dan abang boy -naik rumah baru dan birthday anim... along bersama-sama geng ofisnya ke hulu langat inn dengan bunganya di UKM adik dengan perhimpunan penulisnya Izzat dengan aktivitinya tuan rumah ke Shah Alam-tengok baby Tapi malamnya... tetap jadi... kak alzalia sempat masak nasi goreng,speggety,agar2 dan tentulah angah sibuk membakar... pada mama bbq hanya penghubung tapi yang lebih membahagia mama bila melihat telatah anak-anak moga anak-anak seperti mama kaya dengan kasih sayang bersama adik beradik hubungan itu terlalu bernilai... tidak terbeli...