Saturday, January 22, 2011

Kak Ani-Sungai Lui




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

pengetua-Jangan ada benci




Casey

Jangan Ada Benci

( 1 )
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati

doa dipanjatkan


Pada 20.1.2011 kami warga Smart telah berkumpul di Hotal Corus
bagi meraikan persaraan dan perpisahan 3 Nor(Cahaya)
iaitu
Noraini Nordin
Noraini Ibrahim
dan
Normah Omar
Untuk Memberkati majlis ini
Ustaz Sulaiman telah memimpin
bacaan doa
yang begitu berkesan dan mengusik hati
hingga mutiara jernih
tidak dapat bertahan dalam kolamnya.

D0anya:
Ya Rahman,Ya aziz,Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini,
kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon Ehsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan,
taufiq dan hidayah,
juga kesabaran,ketabahan dan kekuatan
kepada Puan Noraini Ibrahim dan Puan Noraini Nordin
yang telah bersara.
Kurniakanlah bagi mereka
kehidupan yang penuh keredaan,kegembiraan,
keceriaan dan kebahagiaan
serta dikurniakan dengan kesihatan,kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahhumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah,tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang

Kepada pengetua kami yang akan meninggalkan kami
dan berpindah ke sekolah baharu
mudahkanlah baginya segala urusannya
jadikan beliau seorang yang dihormati,
dikasihi dan disenangi oleh guru-gurunya
sediakanlah baginya suasana
yang lebih tenang,damai dan tenteram
agar beliau dapat terus memimpin
dan menabur bakti ke arah
kecemerlangan anak bangsa kami.


Kepada kami yang ditinggalkan ini
kurniakanlah kepada kami
seorang pengetua baharu sebaik pengetua kami ini
atau yang lebih baik
agar sekolah kami terus cemerlang dan gemilang.
Ya Allah,hanya engkau yang maha mengetahui
apa yang terbaik untuk kami

Allahumma Ya 'Alim wa Ya QadhialHajat
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kepada mereka
ganjaran yang berterusan ,
syafaat dan keredaan
atas segala jasa dan pengorbanan
yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat di sekolah kami.
Kau limpahkanlah rahmat dan berkatMu
sebagai ganjaran kepada semangat juang
yang tidak pernah mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggung jawab
sebagai pendidik,pemimpin dan ibu
yang sentiasa berusaha menyumbang
tenaga,idea dan kepakaran
demi kecemerlangan anak bangsa.
Mudah-mudahan segala jasa,pengorbanan dan semangat mereka
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan
sebagai seorang insan pendidik.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan
kesejahteraan yang sempurna
fikiran yang waras
minda yang cerdas
rezeki yang halal
zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat

Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati
dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diberkati.



Thursday, January 20, 2011

5 wanita /10 budak hitam

5 orang kuat
kerja penuh semangat
seorang cukup syarat
tinggal lagi empat
empat padu tenaga
berkorban jiwa raga
seorang 'cukup' juga
tinggal lagi tiga
tiga orang ketua
hati tambah luka
HM bertukar pula
Tinggal lagi duadua berhati lara
kini terubat juga
ganti yang sedia ada
tambah jadi tiga
tiga orang sahabat
cuba tingkatkan semangat
tambah orang kuat
kini jadi empatempat orang lama
kerja sama-sama
tunggu HM menjelma
Untuk jadi lima

Wednesday, January 19, 2011

MOGA...


Sup dihidang pembuka selera
Bagi merai yang berpindah dan bersara
Dihidang dalam mangkok bertingkat
Moga ukwah kemas terikat
Sayur petola,kailam goreng,hati masak kicap dan kurma ayam
Moga kasih ceria teranyam


Sambal dan ulam penambah rasa
Moga memori indah kekal sentiasa

Koktil buah rasa tak jemu
Moga
kenang kami dalam doamu


Tuesday, January 18, 2011

sayonara

17.1.2011
Dataran Ilmu
Tetamu

MC


Ucapan wakil guru


Ucapan wakil pelajar

ucapan pengetua


persembahan

nyanyian
sajak
cenderamata
Tandatangan Ucapan PK
Bergambar


Makan

tetap diingat



Pagi perpisahan itu kak ani menangis...
menangis lagi....
air mata mencurah-curah...
mama cuba memujuk
walaupun semua sedia maklum
mama lemah bab itu...

Mama bimbang jika majlis tergendala
tetapi alhamdulillah....
majlis berjalan lancar....
Cikgu Nik dan pelajar membuat persembahan
Antara lagunya ialah
masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat

Pada waktu itu
sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu
Masihkah kau ingat

Ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

*Masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam
ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Kak ani agak terubat....
Moga detik itu menjadi memori indah buat Kak Ani

Sunday, January 16, 2011

Aeisyah Nur Humyra

3.1.2011

4.1.2011
5.1.2011

6.1.2011

7.1.2011

8.1.2011


9.1.2011

12.1.2011


13.1.2011


14.1.2011

15.1.2011
26.1.2011

28.1.2011

29.1.2011