Wednesday, November 11, 2015

Umbai

12.9.2015

 Tiba-tiba anak-anak merancang
pada mulanya mama menolak
kerana hari ni jadual mama padat
Ewah....

tapi bila didesak...dipujuk dari semua penjuru
(hihihi)
 akhirnya mama goyah
cair juga jadinya

Jadi...mama terpaksa cari jalan penyelesaian
majlis kak ani tak boleh tak pergi
ok...jumpa dia dulu
sebelum majlis
minta maaf
selesai


Semua pergi kecuali abah dan adik
kerana mereka ada urusan
jadi petangnya kami bertolak ke Melaka


mama rasa mungkin mereka merancang
supaya mama lupakan pekara itu
mereka cuba hiburkan mama
kalau ya
terima kasih anak2
tq angah belanja kami makan
sedap
berselera
walaupun fikiran tetap berlegar


 balik dari sana kami singgah je di Nilai
tidur rumah along
dekat sikit
taklah letih sangat
dan dapat atasi masalah mata bila perut dah kenyang

Tuesday, November 10, 2015

kenduri


 12.9.2015
hari ni banyak jemputan
 kenduri kahwin dan kenduri doa selamat
kami mulai ke kem wardiburn dulu
pergi juga walaupun hati gundah gulana

 

 dari sana kami  ke finas pulak
otw la call
tanya...rupanya dia terbau sesuatu
dari status di insta
cuba berteka teki untuk mengelak dari sebak di dada

walaupun dah kenyang
tapi tujuan untuk turut meraikan
 tahniah mah...teman rapat
tahniah beroleh menantu pertama

tak makan pun
cuma ambil bubur kacang
tanda tumpang gembira
dan  cuba mencari bahagia

balik dari sana anak-anak terus memujuk
pujuk ikut rancangan mereka
dan akhirnya dapat idea
jumpa kak ani dulu...
sepatutnya majlis tu waktu petang
ke  rumah kak ani... jumpa mata
kerana petangnya tak dapat datang.





Monday, November 9, 2015

berjerebu

11.9.2015

 Jerebu
jerebu di luar menyesakkan
kabur pandangan
melemaskan
begitulah jerebu di hati
tapi cuba diselindung
biar tiada yang perasan

mama buat keputusan...ke HUKM
bila mendapat nasihat dari Dr. Aziah semalam
abah memberi sepenuh sokongan
itu merupakan kekuatan pada mama
untuk terus bertindak


tak banyak masalah di sana
tanya sana tanya sini
ok..jumpa
semuanya dipermudahkan


selepas menyerahkan surat rujukan
mama diserahkan borang
dan pihak hospital akan hubungi
 untuk tentukan tarikh temujanji



ahhhh abaikan
hidup perlu diteruskan
cuba lupakan kes itu...
hiiii konon2 cuba melawan
cuba jadi kuat
be strong...


keliru

10.9.2015

2 hari mengambil masa
dua hari berdiam diri
berfikir-fikir
keliru
abah tanya bila nak ke hospital
mama kata tunggu dulu
ingin positifkan diri
ingin carikan kekuatan


pagi ini dapat sedikit kekuatan
beritahu abah nak gi jumpa sesorang
kononnya nak gi dapat rawatan gigi
tapi sebenarnya ada hajat tersirat
inginkan kekuatan
sambil menyelam minum air
di sana dapat sedikit kekuatan
walaupun dada dah mula sebak


ke satu lagi tempat
dating...sambil mencari bahu
ketika dalam perjalanan masih lagi keliru
nak ke klinik atau tak mahu
berborak dan ceritakan dulu
rasa ringan bahu
mungkin ditukarkan ke bahu itu
rasa lega


dari pendapat dua insan tersayang
akhirnya buat keputusan
call...bersambut
temujanji dibuat dan terus pergi


dan teka teki terjawab
jawapan yang sebenarnya tidak mahu didengar
tapi akur pada realiti
cuba terima setenang mungkin
surat rujukan dikeluarkan
cadangan....secepat mungkin
akur...
reda dengan ketentuan Tuhan





Sunday, November 8, 2015

Bijik




Terasa...
tertanya2
bermain2 di fikiran
itukah?
mungkinkah tidak?
semoga bukan
tapi...ada kemungkinan
dan akhirnya
ku serahkan semuanya pada Allah


Sunday, August 23, 2015

dah sampai

20.12.14

yeyyyy dah sampai...
hiiii apa lagi
jom bergambar

sebagai bahan bukti
kami dah sampai
hihihi

dan sebenarnya juga
untuk melepas lelah
rehat kejap
sambil senyum2

sedangkan sebenarnya
ada yang dah sampai lagi awal dari kami 

ada yang dah rehat2


siap singgah minum2 lagi
elehhh...tak jelez pun 

ada yang dah gi ronda2 
borak2
mandi2
kami relek je...




kami di sini

 20.12.14
cerita lama...lama sangat
kalau makanan...
dah basi...
dah berkulat
tapi...
nak buat macam mana
memang ada pelbagai alasan
tapi semuanya kurang bernas
tak ada unsur positif

alasan 1
mungkin tak de mood
entah ke mana
ke laut
ke tasik atau ke hot spring

alasan 2
mungkin malas...shhhh
kalau pada anak2 selalu pesan
jangan guna alasan ni 
tak baik

alasan 3
mungkin faktor usia
hiiiii...tua2 pun nak berblog
pas tu mulalah
tenggelam timbul...

alasan 4
dah mula rasa
tak pandai mengukir kata
mengaris bicara
rasa macam kaku... 

kalau nak cari alasan memang banyak
bercampur2
berlapis2
bergabung

tengoklah kalau dah tua
melalut2
panjang mukadimah dari cerita
 
yang nak ceritanya
kami ke sini
ke Hot Spring Sungai Klah

Kali ni
kami buat hari keluarga ZY di sini
walaupun tak cukup ahli

tempatnya jauh juga dari jalan utama
kawasan Felda

tapi bila sampai ke kawasan tu 
rasa tenang
sesuai untuk melepas lelah
dari kesibukan kota
alhamdulillah