Monday, November 17, 2014

ramadan 12

9.7.2014
 
 kerabu daun kunyit kesukaan abah


sambal ikan dan mangga

sayur air...juga sayur

asam pedas...juga berkuah

daging goreng



tambahan...

kemas kini

rasanya dah lama tak update bahan di sini
sibuk sangat...
lepas satu satu
ada je...
jadi ada yang dah tertinggal2
 
  

dah tak ikut susunan
dah tak kronologi
tapi  mama dah mula isi hobi mama balik
masukkan je bahan2 yang lapuk tu
walaupun tanpa cerita

tak pelah biarlah gambar yang bercerita
tentang cerita lapuk
(yang mama dah tak tahu nak tulis apa)
dan diselang seli cerita baru.

ok lah kan...
sekurang2nya blog mama tak berkubur
walaupun kadang2 bersawang dan berkulat
tak pelah kan...kan,,,kan...





ramadan 11



9.7.14








ramadan 10

 8.7.14












ramadan 9

 7.7.2014







Sunday, November 16, 2014

doa buat anak

 

14.11.2014

dah 21 tahun anak mama
pejam celik pejam celik
adik dah tinggi dari mama
dah besar sangat
menjelang hari jadi adik ni
mama nak adik tahu antara doa mama saban waktu


Ya Allah Ya Tuhanku
 yang maha pengampun dan penerima taubat
aku memohon agar kau ampunkan  dosa anakku
dosa2 yang lalu dan yang akan datang
dosa yang kecil dan dosa yang besar
juga dosa yang tersembunyi dan yang jelas
dan dosa2 yang Engkau lebih mengetahui
terimalah taubatnya dengan taubat nasuha


Ya Allah yang maha berkuasa
berikanlah dia petunjukMu
tunjukkan dia langkah yang baik dan benar
mudahkan jalannya
kuatkanlah imannya Ya Allah
agar dia mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu
dan menjadi anak yang soleh


Ya Allah yang maha penyayang
kau berikanlah kesihatan yang baik padanya
tapi...jika hari ini dia sedang sakit
mohon angkatkanlah penyakitnya ya Allah
berikanlah kesembuhan untuknya
kerana engkaulah yang maha menyembuhkan


Ya Allah yang maha pengasih
Kau tenangkanlah hatinya
tapi...jika hari ini dia buntu
kau lapangkanlah hatinya
kau permudahkanlah urusannya
kau lancarkanlah lisannya
dan tambahkan kepadanya ilmu yang berguna


Ya Allah yang maha agong
Kau bahagiakanlah dia
 Tapi...jika  hari ini hatinya gundah gulana
susah dan sedih menerima ujianMu
ku mohon padaMu
kuatkan dia ...agar dapat bertahan dan bersabar
dan hiburkanlah dia dengan kurniaanMu 
kerana janjiMu tak pernah kau engkari
setelah kesusahan ada kemudahan



Ya Allah yang maha pekasa
Lindungilah dia dari duka dan susah
daripada lemah dan malas
daripada takut dan bakhir
daripada angkuh dan sombong
serta daripada hutang dan penindasan


Kau makbulkan doaku
kerana hanya padaMu tempat aku memohon hajat
Amin