Wednesday, March 5, 2014

lambaian kasih




Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi 
kerana dengan limpah izinnya
 kita dapat bersama-sama
 dalam Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi
sempena perpisahan Tuan Pengetua 
 ke SMK Seri Keramat pagi ini.

Seorang demi seorang melangkah pergi
tinggallah kami menghitung hari
terus gigih menabur bakti
menghabiskan usia yang masih berbaki
untuk mendidik putera dan puteri
semoga bakti direstui Illahi
 

Sering benar kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
ungkapan sedih terkesan di hati
tapi, kami akur pada realiti
yang datang pastikan pergi
pergi tuan menyambung bakti
agar disayang dan dihormati
di sekolah baru yang sedang menanti
  

Pada kesempatan ini
 saya ingin mengucapkan 
jutaan terima kasih 
kepada En. Mursiedy
 yang mengemudikan sekolah ini 
selama 3 tahun.
 
Kerana sepanjang tempoh saya mengenali beliau ,
beliau tidak kering dengan  idea dan curahan bakti
susah senang sama dikongsi
tidak lokek pendapat  diberi ,
rasional bertindak berhati-hati
cuba memenuhi semua hati
tegas tapi baiknya hati
bahkan seorang pendengar
 dan juga pemerhati 

Terima kasih juga kerana
pernah sirami  diri kami
dengan kata-kata semangat
pernah taburi hati kami
dengan pesanan berguna
pernah mengisi minda kami
dengan curahan ilmu
dan, air setitik dilautkan
tanah sekepal digunungkan
 
Pada saya tuan umpama
induk benih yang baik
setiap bibit semuanya tumbuh
yang tinggi menjulang ke awan
yang rendang menjadi tempat berteduh
yang kuat menjadi pendinding


Tuan,
Dalam melayari hidup di bumi ini,
dugaan dan cabaran sentiasa menanti,
menusuk setiap arah, kanan dan kiri,
dari yang  suka dan juga yang iri
yang jelas dan yang tersembunyi
Jadi...
kuatkan iman binalah kekebalan diri,
iktibar dari ikan di dalam laut yang didiami,
masinnya air laut tidak terperi,
dagingnya tetap tawar bila dirasai....
 
Sebenarnya kami masih memerlukan tuan
untuk menunjuk jalan
menyuluh yang kelam
memberi panduan
tapi tak kesampaian
Kami sedar
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
sudah jadi lumrah alam
dan begitulah antara  pengorbanan
yang terpaksa kita telan
agar memberi ruang
memberi peluang
untuk membaiki kesilapan
untuk membuat perubahan
demi menempa kejayaan
selagi hayat di kandung badan
Tuan,
doa kami tak pernah lupa
agar  tuan sihat sentiasa
agar tuan  tenteram terbela
agar gembira di mana saja
agar bahagia bersama keluarga tercinta
agar di sekolah baru rasa selesa
agar segala budi dan jasa
dirahmati Yang Maha Esa


Tuan,
Maafkan semua kesalahan kami
maafkan segala kekurangan kami
ampun maaf
andai langkah kami tersandung luka
bicara  kami menyentuh rasa
tingkah kami berbekas lara

 Tuan,
Jika berbaki rindu bertakta
jenguklah kami barang seketika

jika dirangkul riang dan sayu
kirimlah berita di angin lalu

jika kita berselisih bahu
tegurlah,jangan buat tak tahu
kerana kami ni permalu

Tuan,
Selamat bertugas di tempat baru
Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Kini  umpama belayar telah sampai di pelabuhan
umpama berkayuh telah sampai di muara
umpama berjalan telah sampai di destinasi

Jadi saya mohon mengundur diri 
dengan  serangkap pantun
Terbang sekawan si burung helang
Terbang seiring burung kedidi,
Walau wajah kian menghilang, 
Kenangan tetap kekal abadi.

 

Sekian terima kasih


Monday, March 3, 2014

angklung

 29.1.14

Saung Angklung Udjo


Jalan Padasuka, bandung, Bandung







Sunday, March 2, 2014

rumah kain

 29.1.14

aktiviti pertama kami hari ni
ialah ke rumah  kain
kedai kain....
tapi beroperasi di rumah
di kawasan perumahan

oiii banyaknya...
rambang jugaklah....
semua kain pasang 100 rupiah
ala-ala kedai borong...

selain kain sulam beli jugaklah
kain baju melayu....
telekung dan kain batik tak beli
tak berkenanlah pulak...
tapi ...itu pun bagai nak berniaga...

3x sehari


 29.1.14

sarapan
dihantar ke bilik

makan tengah hari

 masakan padang

 makan malam


makan makanan baratlah pulak

 
 juga...
pisang goreng keju...

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati


menjejak kaki

akhirnya...
sampai juga kami
walaupun lamaaa menunggu
flight delaylah pulak


tiba je di airport
pak hadi dah sedia menunggu...
apa lagi...jom
gi makan dulu

kami dibawa ke cafe halaman
menarik...
tenang...

makan pun ok...
sedap...

kami pilih menu berbeza
saja...nak merasa...


lepas makan ...
kami di bawa ke hotel dargo

sempat bergambar di lobi
sementara menunggu check in


nilah bilik kami
A-21 dan A- 22


Bandung kami datang


 28.1.2014
 hari ni mama masih kerja
semalam semua dah siap kemas
cuma hari ni...balik tukar baju je

 sebenarnya percutiaan kali ni
tidak diduga
kalau ikut mama
mama dah tak pilih tempat ni

otw gi tengok tanah abah

bukan kerana tempat ni tak menarik
tapi kerana mama dah pernah pergi
gi dengan keluarga
dengan abah,tok mi,chik n pak cik juga su nor



juga pernah gi dengan teman2
sambil2 berseminar
sambil2 jalan2
 

jadi...
bagi orang macam mama
yang duit tak berapa nak ada
tak perlulah ulang2
cukuplah sekali
kenal tempat orang
gi tempat lain pulak

tapi....
atas dasar kasih sayang
prihatin...
mama akhirnya setuju dengan cadangan anak-anak

 akhirnya...
alhamdulillah...
walaupun tak cukup ahli
abah,along dan adik tak leh gi...