Tuesday, December 3, 2013

pelbagai rasa



pagi-pagi mama dihulur puding caramel
oleh bakal pengantin...
manis seperti orangnya
jadi pagi mama bermula dengan
lemak manis...





beredar pula ke tapak perhimpunan
memberi sokongan moral 
untuk anak-anak yang bakal 
berjuang di dewan peperiksaan
  
tanpa diduga ketenangan sekolah
tiba-tiba berubah corak
kami didatangi jemaah nazir...
terasa kedatangan mereka kali ini ada kelainan
cara bercakap,cara menyoal
agak berbeza...
bukan bentuk teguran..bukan bentuk pengajaran
bukan cara budaya penyayang...
bukan berbentuk sekolah penyayang...guru penyayang
betul ke cara tu?
wajarkah?
cubit peha kiri peha kanan terasa juga
terasa sama sakitnya peha...
bukan setakat peha kanan 
seluruh anggota badan terasa sakit
ohhh...
dah puluhan tahun mama berkhidmat
hari ini dalam sejarah
mama mengalaminya...
moga...kesudahannya tidak seteruk ini




12.11.2013


pagi-pagi lagi mama dapat rezeki
pemberiaan Reen ....setelah
dia balik dari kampung
TQVM....suka sangat dan muat...


hari ni ada mesyuarat 3P
banyak pekara yang disampaikan
banyak perkongsian

malah...kami berbincang
buku 3P
moga dipermudahkan.

Monday, December 2, 2013

dengan 2 cinta hati

10.11.2013

inn dah habis cuti...
jadi..banyaklah yang dia nak
dan ada satu ni dia nak beli yang baru

lalu buat keputusan
jom ke c4...
rasanya kat sana pasti ada

masa nak ke sana dpt wsap dari auntie nun
dia kata ada kat jj
oklah kita cuba cari kat sana
sambil menyelam minum air

bila kami sampai
rupanya dia baru keluar
kiranya selisih jalanlah

tapi tak pelah
alya bebas bergerak....
berjalan dengan senang lenang
kerana orang tak ramai
kawasan tu

ummmp...bila masuk kedai buku tu
teringat dulu-dulu...
suka beli buku untuk anak-anak
banyak beli....tapi tak banyak yang diguna
mama je yang syok sendiri...


moga kali ni tak begitu
baca selalu..
fahamkan
dan amalkan
amin

Sunday, December 1, 2013

portluck

8.11.2013
hari terakhir 3 orang guru pelatih bertugas di sekolah mama
dan dah jadi tradisi
kami buat potluck

salah seorang  dari mereka ...sharipah
ambil kelas bm mama

ni antara menu kami
ada yg barat
 ada yg timur

ada yang selatan

ada yang manis 
ada yang pedas

ada macam-macam
yang  terbukti
dan ada yang tak sempat ambil bukti
emmm seronok

presint 5

7.11.2013

masa nun ajak ke seminar tu
mama ok je...


walaupun sebenarnya tahun lepas mama dah ikuti
juga gantikan pengetua...
 
dengan yakinnya...
ok...kita redah je....
ikut papan tanda...

rupanya...
tak sesenang yang diduga...
pusing-pusing...
patah balik
dapatkan talian hayat
dan akhirnya..
berjaya....

walaupun sesat barat
tapi seminar belum bermula
sempat sarapan pun..
yelah orang lain pun macam kami
tak jumpa presint 5...
tiba-tiba hilang

di sana kami jumpa
teman lama...
pengetua-pengetua...






dua...

6.11.2013 dan 7.11.2013

2 hari berturut-turut
mama kena gi mesyuarat
yang pertama...setiap sekolah 3 orang
pengetua,HEM dan guru kaunselor sepenuh masa
di IPP Shah Alam

Esoknya mama dan Nun 
ke Puterajaya pulak
gantikan pengetua...

ok...mama no hal pun
fikirkan positif
sikit-sikit pun dapat juga ilmu...

lagi...

2.11.2013

Keluar lagi...
kali ni berdua-duaan 
dengan Izzat pulak...

Hari ni Izzat je yang ada
yang lain semua tak de...

seperti biasa kalau nak keluar makan
masalahnya...kat mana?

kat sana jauh...
kat situ tak sedap
kat ni...ramainya...
susah nak parking

akhirnya...
tuuu....tepi rumah
wooow yang paling best kat sini
pulut durian...
yang lain biasa2 je...

wajah...

18.10.2013

 wajah @ aksi

 orang deman

 kurang aktif
moga cepat sembuh

buah


8.10.2013

 

Cerita lama...
tak pelah nak cerita juga...
dah kata...ni  ala-ala diari
 
ceritanya...
hari tu abah gi gm
bawa balik buah-buahan

jadi...malam tu
kami gilah jumpa tok mi
rumah chik...bawa buah-buahan
dari kebun...


ooo no..no...no
ni bukan dari kebun abah
tapi dari 'kebun' chik...
menjadi....manisss...