Sunday, October 13, 2013

klinik redha

 2.10.2013

Mama gi kursus kali ni tak bawa kereta
gi dengan teksi kerana susah nak parking
balik pulak Inn dan Izzat yang jemput.

 Rupanya...
masa mama tak de
inn dah buat temujanji dengan
KLINIK PERGIGIAN REDHA...

 Jadi...
dari tempat kursus kami terus ke sana
dan seperti yang dijangka
kami sampai lebih awal dari yang dijanjikan


kami gilah makan tengah hari dulu depan klinik
bila dah siap makan...
seperti diatur....kami pun masuk

 yang buat temu janjinya seorang
tapi yang nak dilayannya dua
jadi terpaksa jugalah si doktor melayan...
TQVM Dr...
atas perhatian,perkhidmatan
layanan dan kasih sayang
terima kasih dik....
 

Sunday, October 6, 2013

eiiii...risau

sebenarnya ini bukan pengalaman pertama mama
mama pernah menghadapinya
dulu..
tiada kuat debaran
hanya denyutan manja

tapi...
bukan untuk kali ini...
kali ini
mama resah gelisah
debaran yang kencang
menghempas jiwa...


kenapa?
mungkin kerana faktor jantina
bimbang dikecewakan
bimbang dipermaikan
bimbang diabaikan...
bimbang...dan ..bimbang

mama tahu...
perlu jauhi negatif
tukarkan kepada positif...
ambil auranya...
sedar...tahu...
tak mampu...

tetap risau
lupa yang si kecil telah remaja
walaupun dah besar...
hati ibu...ibu je yang tahu...
semuanya kerana sayang
kerana ingin melihat kebahagian...
Ya Allah...
tunjukkanlah...

 


mak dara

Macamlah tak de kerja...
tak kira walaupun tak cukup masa
tak cukup modal
 mama nak cerita jugak...

  
nak cerita tentang mak dara2
yang tentunya jelita
sambil2 memperkenalkan mereka

mak dara pertama juga dah senja
dah penghujung kerjaya
untuk memujuk rasa
dia kata dia pernah jelita
pernah jadi rebutan jejaka
hingga kini sebenarnya

mak dara kedua bf saya
tapi bukanlah seusia
masih ala2 remaja
yang tahu perkembangan semasa

mak dara ni baru habis berpantang
berasal dari Kelantan
membantu pagi dan petang
dicadang dan dibentang

menjadi hidup ceria berwarna
tugas dikendung ke mana-mana
menjadi hidup kian bermakna


ulang tayang


kian terbayang2
malah tergambar jelas
terang benderang
detik itu
diulang tayang



dah kata yang tu yang tulah jugak
tak berubah tak berganjak
 

hampir sama
ketika? detik? @usia ?
...emmm hampir sama
pilihan?
emmm...pilihan hampir  sama
status ?
juga hampir sama


aduiiii...
Allah Maha Kaya
ulang balik
ulang tayang
huhuhuhu



 ...perasaan mama sekarang gundah gulana
beginikah dulu perasaan mereka dulu?
...bimbang mama membuak-buak
beginikah mereka tika itu?
...harapan mama tinggi mengunung
beginikah mereka selalu?
huhuhu...
 
 Kini...hanya yang termampu
moga tepat
moga terbaik
sekurang2nya macam mama
sebaik2nya lebih dari mama
huhuhu



Ya Allah tunjukkanlah...
berikanlah yang terbaik...
jika itu yang terbaik
aku reda...
Amin

Saturday, October 5, 2013

gurindam



mama dah lama tak hasilkan gurindam
kalau seloka tu ada jugalah sekali2


tapi tadi seorang teman hantar mesej :
Assalamualaikum kak
saya nak minta tolong akak.
kalau sudi ciptakan gurindam 10 rangkap
tajuk bebas.saya dah cipta tapi rimanya jadi
macam pantun.
 


mamakan susah nak kata tak leh
jadi mama pun cuba2lah
entah sesuai entah tidak
inilah hasilnya...





Kepada Allah  taat sentiasa
Moga  jauh segala dosa

Kepada diri jangan terburu
Terhindar dari musuh dan seteru

Kepada bapa berilah hormat
Dunia akhirat akan selamat

Kepada ibu sayangilah amat
Pasti hidup mendapat  rahmat

Kepada kakak  curahlah kasih
Hidup nanti tidak tersisih

Kepada abang  dilupa jangan
Tempat kita  bergantung  tangan

Kepada adik ambillah tahu
Boleh dia meminjam bahu

Kepada guru carilah ilmu
Sebagai ubat sebagai jamu

Kepada kawan setia bertempat
Agar hidup tidak merempat

Kepada masyarakat berilah jasa
Hidup nanti pasti sentosa

 

alunan kasih

28.9.2013

bacaan doa

ucapan pengerusi kelab keluarga

ucapan dan seloka
daripada pengetua
tayangan slide

makan-makan

cabutan bertuah

persembahan...

tahniah
terima kasih




Friday, October 4, 2013

pergi dan datang

24.9.2013 - Selasa

Malam tu Alya dan kak Alzalia datang ke rumah
kerana angah ke Johor(kerja)

jadi...sepanjang angah pergi 
4 hari tu alya bermalam di sini

dapatlah mama main-main dengan dia
dapatlah nyanyi-nyanyi dengan dia
-terhibur....

sabtu n ahad

21.9.2013  &  22.9.2013
 
memenuhi undangan
kawan dan keluarga

Hari Sabtu memenuhi undangan teman abah
ke majlis perkahwinan puterinya...
tahniah...moga bertambah bahagia

Hari Ahad...makan lagi
kini nunnnn ke puncak Tropikal
mama dan Izzat ke sana

abah tak ikut....mesyuarat surau
along ada hal di Putrajaya
Inn dan adik tak balik
angah dan keluarga ada hal

masa mama sampai
ahli parlimen yang lain belum sampai
mama yang pertama...

wowwww...cikngah masak macam-macam
nasi dagang,nasi kerabu dlll
oh perut....padat....
tqvm pah....