Wednesday, September 12, 2012

entah apa2


chik inn




ayah long


untuk bersiram



emmmm...entah

Tuesday, September 11, 2012

teringat


masing-masing teringatkan si kecil
teringatkan renungannya
riak wajah yang berubah-ubah

abah beria-ia nak jumpa
begitu juga Inn
mama cool je....



jadi...
pada 4.9.2012
sekali lagi kami ke sana


jumpa cucu nenda
yang belum tahu apa-apa


Nenda doakan agar
cucu nenda menjadi
anak yang solehah
berakhlak mulia
sahsiah terpuji

amin....amin...

detik pemergian



Semasa mama di sekolah pada 30.8.2012
mama dihubungi oleh tok mi
memberitahu tok cik tenat.

 

mama ambil keputusan akan ke sana esok
kerana
-mama rasa badan mama semacam je...
- kena ambil Inn di CJ pukul 9 malam
- esok cuti


Tapi...
mama terima sms memberitahu tok cik akan dibawa balik.
Hati mama mula berdebar-debar.
Ketika mama di CJ mama terima panggilan pula
yang memaklumkan tok cik telah tiada
telah pergi mengadap penciptanya.



Mama berkejar ke rumah tok cik
bersama anak-anak kerana
abah tak de...

                                            

Esoknya 31.8.2012(hari kemerdekaan)
selepas solat Jumaat
jenazah tok cik telah selamat disemadikan
di tanah perkuburan Sungai Pusu


Mama doakan semoga rohnya
ditempatkan bersama-sama orang yang soleh
Amin.



Hari ini


10.8.2012


Ayam yang diperap dengan kicap


versi tanpa kicap


 gabungan  2 jenis


bersama-sama pelengkapnya


makorni bakar

Kerabu Macang



Bahan-bahan:
macang
bawang merah
lada hitam
isi ikan rebus
kerisek
santan pekat
limau nipis
garam
gula
belacan

1 labu bawang besar( dihiris bulat )
1 biji lada hidup/beberapa biji cili padi


Cara-caranya:
1.Macang dicincang dan direndam dalam air garam
2.Angkat dan toskan dan masukkan ke dalam bekas.
3.Bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus ditumbuk lumat.
4.Kesemua bahan tumbuk, kerisek dan macang digaulkan
bersama-sama sedikit garam ,belacan,gula dan perahan limau nipis
Tabur bawang besar dan cili

pindah rumah 
kongsi rumah


Jiran tetangga

Malam 26.8.2012
sekembali mama dari CJ menghantar Inn
abah menawarkan diri untuk urut Wan
yang sakit-sakit urat...

Tiba-tiba....(tak pe...tak pe....bukan cerita hantu)
terdengar orang memberi salam
kelam kabut kami
mencari baju...pakai tudung
dan kemas toto...
uwaaaaa....


Rupa-rupanya jiran tetangga datang
untuk melihat cucu dan berhari raya...
huhuhuhu...
pengajarannya...mesti sentiasa bersedia...

ceritanya...


Pada 18 .8.2012  mama dapat mesej dari bekas murid mama
Assalamulaikum Cikgu..
Saya sekeluarga ingin menjemput cikgu untuk ke majlis perkahwinan saya 
pada 2/9/2012. 
Dengan itu saya nak minta alamat rumah cikgu boleh?
Minta maaf dipinta sebab lambat beri notis.
Busy dengan kerja dan persediaan lain2.
Internet pun jarang pakai.
Kalau ada kelapangan saya sendiri akan hantar kad jemputan ke rumah cikgu.
Harap cikgu dapat hadir pada majlis kami nnti.smile


Sehari sebelum majlis 'anak' mama ini
memang datang ke rumah
bersama-sama kad dan nota.
Tapi...sayang tika itu mama tiada di rumah.


Jadi...
mama berusaha untuk pergi walaupun abah tak de
kerana kesungguhannya
malah mama juga kenal  ahli keluarganya.


Jadi pada kesempatan ini mama ingin
ucapkan Selamat Pengantin Baru buat
Azfar dan isteri
semoga dikurniakan kebahagian di dunia dan akhirat.


Balik dari majlis kendurinya 
mama dan Inn ambil Tok Mi
untuk ke rumah angah.


Rasa bagai dah lama tak jumpa Alya...
oooo dah semakin montel
cucu nenda.


Chik Inn apa lagi...
seronok tak terkata....


Alya sedang tenung wajah onyang
lama tak jumpa ye...


ehhh...ini nenda ke?
ya....sayanggg alya.

rombok dapur @ sarapan raya


mama dan abah dah buat keputusan
nak buat rombok dapur kak alzalia
kerana usia Alya dah lebih 40 hari
dah lepas pantang
dah balik ke rumah sendiri dah pun...


Memandangkan syawal masih ada
jadi kami gabungkan sekali
rombok dapur dan sarapan raya
(kerana bidan akan datang pada pukul 8.00 pagi)


Setelah perbincangan demi perbincangan
kami telah putuskan tarikhnya
sekalilah untuk bye-bye abe yang nak ke Mesir balik
dan juga sempena BD Cik Ngah
(tapi tak sempat nak ucap pun....sibuk)


Selepas keputusan akhir dibuat
mama hantar sms ke bonda & adik-adik
salam,bonda dan dinda2
dijemput ke rumah pada pukul 9 pagi( ahad 9.9.2012)
untuk sarapan raya dan rombok dapur
(walaupun tak de dapur)
kehadiran adalah wajib
(kihkihkih)


Mama juga jemput beberapa orang teman sekerja
begitu juga abah
angah dan kak alzalia,
Inn dan Izzat juga...
jadi...agak ramai jugaklah.



Menu utama mama...
Nasi dagang & Sate
Menu sampingan pulut kuning,lemang & rendang
Menu tambahan ialah spegetti,makoni bakar,
shepherd pie,puding dan agar-agar
Menu standby ialah mi goreng dan mi kari




Menu sumbangan ialah laksam
yang dibuat oleh bd lady
TQVM

Tapai ini kiriman dari Besut
TQ Yah....


Donut cute ni juga
buah tangan adik-adik
Terima Kasih....


Dadeh ni pula dari bf (bayang)
Terima Kasih Nun....


Dan...
ini juga
pemberian adik-adik
meriah gitu...
terima kasih semua...

Monday, September 10, 2012

kiriman kasih


Malam tadi mama tidur lebih awal dari biasa kerana keletihan.
Jadi mama bangun agak awal,sebelum subuh.
setelah selesai beberapa pekara mama buka fb pada pukul 5 lebih

dan mata mama terpaku...
terharu menerima kiriman lagu dan ucapan 
dari anak menantu yang berbunyi...

ThanQ so much be a good friend, mother n grandmom.. @lia alek @wan luqman

Lagu dari Maher Zain : Number one for you....
cuba upload/download
tapi...tak dapat....
lalu mesej su nor
alhamdulillah....tq dik nor

dan tq alzalia n angah
i like it....so much
love u all....