Thursday, August 23, 2012

Juadah HR ke-3


Hari ni mama goreng mi hoon je..
walaupun pada malamnya 
merancang nak buat laksa


 Sebabnya?
oooo pasal laksa tak de dalam simpanan
semua orang tak larat nak gi beli
walaupun mama masih terdaya(ewahhh)


Untuk meriahkan meja
mama tambahlah puding
riang ria ni...


Hidangan biasa masih ada....
sate,nasi himpit,rendang dll
tapi...tak yah postlah
sama je macam hari tu....

Wednesday, August 22, 2012

acara yang dinanti...



Setiap tahun pasti ada acara ini
malah anak-anak memang
tertunggu-tunggu detik itu
dan meneka-neka isinya



Tahun ni...
seperti beberapa tahun lepas
mama dah tak perlu isi sampul duit
untuk 2 orang.

 Tapi... tahun ini 
kami tambah satu lagi sampul
buat si puteri kecil...

yang ni  masih lama lagi...
dapat kutip dan kumpul.


Haaa...yang ni?
mungkinkah tahun depan tak layak lagi menerima?
Kerana tahun ni pun dah menerima dan memberi...


Yang ni?
berapa tahun?
emmmm...


Along dah lama mama tak memberi
tapi dah bertukar...
kami menerima pulak...
Alhamdulillah.




Adik-adik pun turut merasa


dan tahun ini
bertambah dengan kehadiran penyeri...


Angah pun sama seperti along
hulur pada mama dan abah
sebenarnya bukan kami yang minta
tapi  mungkin pemberiaan kerana kasih sayang




Moga pemberian kasih ini
menjadi ikatan cinta kita sekeluarga
semakin utuh
dan semerbak mewangi

tangan dihulur

Konon-konon kerana hari ni hari rabu
tak nak tulis banyak-banyak ah...
& buat ala-ala album jelah...

Ampun maaf 'ling' (hahahaha)




Dengan along...



Dengan angoh...




Dengan Kak Alzalia...




Dengan Inn




Dengan Izzat




Dengan Amirul


Dengan Si puteri Alya



Agak-agak tahun depan bertambah ahli ke?

Tuesday, August 21, 2012

Juadah Hari kedua


Juadah kami pada hari kedua ni
ialah nasi  minyak @ hujan panas
@ pelangi...hihihi
apa-apalah


Lauknya pula kurma ayam...
sebenarnya hajat hati nak buat kuzi
tapi...setelah ditimbang-timbang
tahap kemalasan dan keletihan
maka ditukar kepada kurma


dan...rakan rapatnya
tentulah acar...
(acar lagi)


dan...
sebagai pelengkap mestilah
sambal (tak letak belacan)
kerana....ramai yang gatal-gatal


Selain menu utama
ada juga menu permintaan...
along nak makan pulut
jadi mama kukuslah sikit.


Along teringin nak makan pulut sambal
seperti di Besut...
mama pun cuba-cubalah buat...
(tak pernah buat sebelum ni)




Seperti raya pertama...
hari ini pun masih ada sate dan teman-temannya...
anak-anak memang suka
terutama acara bakar membakar


                             

rendang pun masih ada untuk dihidangkan...
itu jelah ala kadar
juadah hari ini.

sekian terima kasih
hihihi