Sunday, June 17, 2012

Petemuaan di awan biru...


Sewaktu mula melangkah ke perut pesawat
terdengar merdu salam diberi
mama sambut dan tertoleh ke arah itu
mata bertentang mata(ewah...ala2 filem hindustan)


Cikgu....Cikgu Y...
ehhhh....
kelu untuk berkata tapi senyum tetap dihulur...


Wajah itu amat familiar
tapi...di mana?
dari usia dan bicaranya
 mama yakin dia bekas anak didik SMART
dan....betullll....


dalam kesibukan itu 
dia mengingatkan - dia batch 1996...

oooo 12 tahun lalu...
huhuhu...sayu,bahagia bercampur aduk
kerana guru tua ini masih dalam ingatan


mama jeling nama di baju...
Suhaila...
tinggal di KL juga...
tapi tak pernah berjumpa

Awan biru mempertemukan kami..
seronok...

Di penghujungnya...
ada oleh-oleh darinya...
terima kasih...





Saturday, June 16, 2012

ziarah dalaman

 2.6.2012 - Sabtu
 berkumpul di lobi hotel
 penerangan tentang sejarah

 
 antara tempat bersejarah
 dari satu tempat ke satu tempat






Keutamaannya dinyatakan oleh Nabi saw., sebagaimana diterima dari Jabir ra. (yang ertinya):
"Satu kali solat di masjidku ini, lebih besar pahalanya dari seribu kali solat di masjid yang lain, kecuali di Masjidil Haram. Dan satu kali salat di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu kali salat di masjid lainnya." (Riwayat Ahmad, dengan sanad yang sah)





 Sekitar Masjid Nabawi

menghantar berita ke tanah air...

Mendarat

Setelah lebih kurang lapan jam kami membelah awan
akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah.


Beratur....terhenti dan beratur lagi....(sistem mereka)
Tertinggal tongkat Tok Mi atas kapal terbang
tapi...syukur encik petugas datang hantar
walaupun tak sempat buat laporan.

Letih jugak...walaupun dah tercukup tidur atas kapal terbang
Letih tapi gembira...teruja...dah menjejak kaki di bumi Madinah.
Kami agak lambat dari orang lain
kerana menunggu kerusi roda Tok Mi
tapi semuanya ok...

Kami dibantu(dipaksa @ terpaksa)oleh pekerja di situ
kami tak nak dibantu....mereka berebut2 nak tolong
kami tak nak...mereka nak jugak
kami kata tak de duit
mereka kata ringgit pun ok...
akhirnya kami terpaksa mengalah kerana dah tak de troli
dia angkat semua hingga ke perut bas

akhirnya...mama lega
mama bersyukur...walaupun berbayar
tapi rasa berbaloi
kerana kami hanya hamba yang lemah(ewah)
Barulah kami boleh senyum
bila semuanya dah beres...
maka perjalanan diteruskan ke hotel...
Kami terpaksa pula menunggu di lobi hotel
kerana bilik belum siap...
jadi kami pandai-pandai je
minta kebenaran guna tandas dan bilik untuk solat
alhamdulillah...
biliknya ok...selesa

Ruang Tok Mi
TV yang dipasang sepanjang masa
untuk melihat jam ...
tak sempat masak pun...

ruang ini banyak digunakan.... 
 sepanjang 4 hari kami di Madinah

Friday, June 15, 2012

Lambaian

1.6.2012...Jumaat
tiba juga detik itu
selepas saja solat subuh kami
melangkah ke KLIA

Pada awal tahun
Along dan Izzat sebenarnya yang bersuara nak ke sana
tapi tak sangka Inn yang pergi
semuanya kuasa Allah.

Pagi tu along dan angah 
tak dapat ikut serta ke KLIA
kerana mereka kerja.

 
Mengikut jadual kami berlepas  pukul 10.10 pagi ke Madinah.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan
moga itu petanda baik...
Mama berdoa agar
 kami yang pergi...
dapat melaksanakan semaksimum mungkin
dan yang ditinggalkan...
pandai-pandai membawa diri
Moga kita semua selamat.

tiada penghuni



Sejak 1 Jun rumah ini mama tutup
kerana tuan rumah tak de...
Hampir 2 minggu rumah terbiar...

Bila tuan rumah balik...
letihlah pulak....
deman sikit2...
batuk bertalu2...


cuma mampu melawat kawasan
menjenguk rumah adik-adik...
ada yang meriah....macam-macam
tapi.... ada juga yang sama seperti
waktu masa ditinggalkan...
banyak cerita nak luahkan
tapi...tak daya...
ok hari ini mulakan sikit...
panaskan minyak....
kumpul tenaga dulu...