Monday, January 2, 2012

di bawah kerlipan bintang




tiada perancangan



tiba-tiba petang ni tok mi call


ajak ke rumah chik


nak buat asyura(tradisi) dan bbq(moden)

masa tu mama bersiap-siap untuk ke rumah tok cik


lepas tu nak beli barang adik lagi



mama akur je...pemintaan bonda katakan


mama rasa tujuan utama nak berkumpul




tapi...ramai ahli yang keletihan kerana acara tergempar



terima kasih banyak-banyak tuan rumah...



selamat hari jadi yang lahir pada disember...
alzalia-10.12....
uzai- 16.12...

aqi- 22.12

dan

tok mi- 30.12...

status tok cik



6.11.11
Selamat hari raya korban kepada semua members of Sallij family.
Maaf zahir batin


10.12.11
Just came back last night after forth chemo...
Another two to go.
Sila doakan berjaya..


20.12.11
First time masuk kolam renang sejak kurang sihat.
Ditemani Azri.
Cuma berjalan saja nak kuatkan otot kaki.
It was a very costly excercise.
Sakit seluruh badan the next 3 days.
Had to see doctor at HUKM.
Haiiii realy getting bored.
Not use to being idle - doing nothing.

27.12.11
Tok Ayoh dalam bilik pengasingan di HUKM.
Cucu siapa menyeludup masuk ni?
She look familiar.


1.1.12
Just discharged kemarin, sabtu. Kemo kelima ok, tapi lemah sikit. Esok, isnin ke HUKM untuk masuk "booster" bagi membiakan darah puteh. Sebelum balik kemarin Specialist Dr cakap dia nak hantar ke Hospital Putra Jaya nak buat PEP TEST. Pucat juga muka sekejap - ingat ke nak buat PET SMEAR. Itu test perempuan punya hal. Rupa nya PEP SCANING, tujuan nya nak check cancer cells activities and to measure the matabolism rate of these cells. Katanya rate dia lebih laju dari cells biasa. Kalau positif terus boleh ubat. CT SCAN dan MRI lambat kena tunggu dah jadi tumur baru dapat nampak. Salam


mama tahu tok cik kuat
kuat semangat
sebab tu tok cik berjaya sejak
zaman persekolahan
mama doakan tok cik cepat sembuh
dan dapat jalani hidup
seperti sebelumnya.
amin.

jommm



Kita semua tahukan
semasa hayat mak aji
walaupun arwah tak boleh berjalan
tapi solah sunat dhuha menjadi amalannya
setiap hari....



Jadi...
Mama ingin berkongsi dengan anak-anak mama
menjelang 2012 ni...
Mama petik ni dari En.google
Terima Kasih.....



Jom kita tanamkan azam
tahun ni kita mulakan
bagi anak-anak mama yang belum mula
atau kita tambahkan....
bagi anak mama yang sesekali menunaikannya
jommmmm


SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

sedut dari permai1.tripod.com/dhuha.htmlCached - Similar

Sunday, January 1, 2012

memujuk diri



Menjelang 2012 ini
mama mencari semangat baru
jika masih ada tersisa
di sepanjang perjananan 2011



Ahhh...
biarkan sisa itu berterbangan dihembus angin senja
biarkan saki baki itu terlarut oleh gerimis pagi
biarkan kelukaan itu hanyut bersama alunan ombak
atau biarkan ia terkubur saja...
kerana...
mama perlu bangkit semula demi
nusa dan bangsa



mama perlu positif
abaikan kata-kata berbisa
jadikan saja sebagai pembakar semangat


mama perlu positif
yang....
untuk peroleh kejayaan
bukan senang
banyak onak dan duri
jadi...abai je wajah kelat itu



mama berazam agar
2012....(ini azam untuk hati)
mama akan cuba abaikan yang negatif
kaut yang positif
cuba dan cuba sucikan hati
walaupun dirobek lagi



Ya Allah...
dalam usaha untuk mendapat keberkatan dariMu
ku pohon kau kuatkan imanku
kau tabahkan diriku
kau penuhi hajatku...
moga 2012 hatiku semakin damai
amin.

kejayaan jadi buruan....


Penghujung 2011 mama agak sibuk

sibuk bersiap sedia menyambut 2012

untuk memulakan tugas

mama baca semula ...

untuk semarakkan lagi semangat mama

yang kadang-kadang patah

jatuh...pecah....

Macam hati mama ke?hihihi

tapi...

nasib baik bertunas semula

semoga semakin subur

lalu mama berbisik

Insyaallah mama akan

lengkapkan dan mantapkan lagi

budaya kerja mama(di sekolahlah)

kira azam ke ni?

Ok jugakan?

Azam untuk kerjaya

Jommm lihat teras perkhidmatan awan

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

· Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan

· Bekerja dengan penuh Tanggungjawab

· Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri

· Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan

· Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara

· Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

· Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh Negara

dan.....jom jiwai budaya kerja sekolah.....

1. Memahami Dan Menghayati :-

· Falsafah Pendidikan Kebangsaan

· Falsafah, Matlamat Dan Objektif Sekolah

2. Memelihara Dan Meningkatkan Imej Sekolah, Jabatan Dan Kementerian Pada Setiap Masa

3. Mementingkan Mutu Dan Kesan Pendidikan

4. Menentukan Objektif Setiap Tugas

5. Mengamalkan Kerja Secara Bermesyuarah

6. Sentiasa Bekerja Dengan Bersih, Cekap Dan Amanah

7. Mengamalkan Sikap Jujur, Ikhlas Serta Adil

8. Mengamalkan Perkhidmatan Penyayang

9. Kepimpinan Melalui Teladan

10. Sentiasa Memimpin Dan Menilai Diri Sendiri

11. Berusaha Mempertingkatkan ilmu Dan Kemahiran

12. Kerja Adalah Ibadah