Dari fb mama sering ikuti perkembangan 'anak-anak' termasuk Dyan... sekarang dia bercuti Suatu hari dia postkan hasil air tangan kakaknya... nampak begitu lazat.. mama komen hihihi anak mama yang comel ini terus beri respon... janji nak buatkan untuk mama... hihihi...mama jadi malu dan bersalah walaupun suka....oppps suatu petang mama baru balik dari dating dengan teman-teman adik hulur hpnya pada mama rupanya dari Dyan
Senja itu seperti yang dijanjikan dia datang hulurkan kotak yang cantik ini... huhuhu...mama terharu terima kasih Dyan
manis sungguh ....enak semanis gadis itu manis luar,manis dalam moga anak mama ini diberkatiNya di dunia dan akhirat. amin...
Mama mulai mengenali auntie nasran ketika kami sama-sama bertugas di SMART begitu rapat...begitu akrab bukan saja di sekolah malah hingga ke aktiviti luar tapi...akhirnya kami terpisah dia berpindah mengikut suami ke Johor
Auntie Zaba datang setelah auntie nasran pindah seolah-olah mama diberi penganti teman setugas...teman berbicara meluah rasa ....mereda jiwa... tapi....juga tak lama dia berpindah membawa hati walaupun tidak jauh tapi jarang berjumpa kerana kekangan masa Tuhan penentu segalanya Apabila auntie nasran balik dari Johor dia ditempatkan sama sekolah dengan auntie zaba mereka mula berkenalan dan menjadi rapat....
Lalu selepas itu kami menjadi 3 Jika ada waktu terluang kami akan bergabung walaupun seketika tapi amat bermakna
dan kini... auntie nasran dinaikkan pangkat-tahniah maka berpisahlah 3 sahabat di 3 tempat tempat yang tidaklah jauh tapi... kami perlu mencari ruang untuk bersama-sama mengisi kerinduan(ewah)
mama juga terdengar dari tiupan angin sepoi-sepoi bahasa
yang berita baik juga bakal menyusul buat auntie zaba moga benar berita itu-Insya-Allah Syukur dan tahniah
15.10.11 sejak semalam angah beritahu nak buat bbq ajak ke rumahnya adik-adik keseronokan bagai tak sabar menunggu walaupun masing-masing sibuk termasuk tuan rumah siangnya.. mama dan abah ke rumah kak aziah dan abang boy -naik rumah baru dan birthday anim... along bersama-sama geng ofisnya ke hulu langat inn dengan bunganya di UKM adik dengan perhimpunan penulisnya Izzat dengan aktivitinya tuan rumah ke Shah Alam-tengok baby Tapi malamnya... tetap jadi... kak alzalia sempat masak nasi goreng,speggety,agar2 dan tentulah angah sibuk membakar... pada mama bbq hanya penghubung tapi yang lebih membahagia mama bila melihat telatah anak-anak moga anak-anak seperti mama kaya dengan kasih sayang bersama adik beradik hubungan itu terlalu bernilai... tidak terbeli...
14.10.11-malam Mama ajak Inn ke CT Bank... tapi bila keluar... huuuuh....sesak....berderet
kami TERtukar haluan- ke JJ sambil tunggu jalan clear dan Inn nak beli sabun... sebenarnya tengah hari tadi dah berbakul beli barangnya....masih ada yang TERtinggal mama ikut je cadangannya untuk mengelak kesesakan lalu lintas selepas TERbeli tudung kami menuju ke bahagian tu alosss mama TERjumpa benda alah ni... hihihi...tiba-tiba otak geliga mama dapat idea...
inn beli sabun ,mama rehat kat sini... best gitu...tapi.... mama mula risau kot terserempak dengan warga SMART... hahaha biarkanlah....lega.....
hari ini mama jumpa dia gerak hati mama tertanya-tanya kenapa? kerana dia tidak seperti selalu ada persoalan pada wajahnya
gerak hati mama berkata-kata dia menggalas beban beban yang begitu sarat hingga tertera pada wajahnya pada wajahnya tampak layu pada matanya tampak kuyu pada suaranya berbaur sebak kenapa?
walaupun dia punya penghibur tapi...tidak cukup untuk menceriakannya duhai dinda, jika perlukan telingaku....luahkan jika perlu tanganku...genggamkan jika perlu bahuku...gantungkan
duhai .... jika dikau kerinduan jika jiwamu sepi redakanlah... ubatkan... bahawa semua itu ada hikmahnya demi masa depan kalian
tapi... jika hatimu parah jika sukmamu terseksa jika dikau rasa dizalimi oleh tin kosong itu berdoalah moga dia diberi petunjuk moga hatimu tidak dirobek lagi dan...
...ketahuilah.. kami masih ada... masih seperti dulu... sanggup susah senang bersamamu...