Sunday, August 7, 2011

buah stor @ sentul

Pada subuh ni,ketika mama bangun untuk bersahur
mama lihat ada buah stor(susah nak eja ikut sebutan)ada atas meja
rupanya semalam angah datang bawa buah ni...mama dah tidur
Mama teringat balik kenangan waktu kanak-kanak
Pokok ni banyak di kawasan rumah arwah Tok
rendang....tapi kini tinggal kenangan


Buah ni masam-masam manis...
Dulu mama potong/ bentuk kulitnya zip zap
konon2nya...cantik
hihihi mama dan sepupu-sepupu suka main masak-masak
Daun ni ada gunanya...
Daun yang bergerutu akan dijadikan roti canai telur(kahkahkah)
yang licin pula jadi bungkusan nasi berlauk(konon2)
Pokok ni juga banyak kerengga
tapi...tidaklah sampai terjejas untuk kami
bina pondok-pondok di bawahnya

Buahnya pula tok selalu buat rojak...
best sangat-sangat...
Kalau kat Kuala Besut kedai Mok Pik
ada jual....juga sedap(tapi tak leh lawan tok punya)Shhhh...

Mama tak sempat belajar rojak stor ni...
nanti mama jumpa tok mi...mama nak belajar...
tunggguuuu....nanti mama postkan ...

Selain rojak kulit buah stor ni juga
dijadikan bahan untuk buat sayur koklot(ye ke eja camni)
Sayur lemak kacang yang dicampur dengan kulit stor
dan kulit rambai...

juadah sabtu-6.8.11

Pagi ni along cuti
mama minta dia hantar Izzat ke klinik
dia setuju...
jadi ...mama adalah lebih masa sikit hari ni...
bolehlah buat Puteri Mandi
Pagi tadi abah ke pasar tani dan beli tapai ubi
hihihi..best...lalu mama mulakan dapur dengan buat pindang tapai
Mama masak kari kepala ikan yang abah dah beli awal puasa hari tu
tapi hari sekolah,hantar Izzat setiap petang ke klinik
Tak sempat nak masak
Hari ni lapang sikit...bolehlah mama masak
Mama juga bakar kentang untuk buat begedel
Bila Inn bangun tidur(tengah hari dahhhh)
dia sambung buat begedel

Hari ni sekali lagi mama buat sambal mangga(sambal bulu-hihihi)
best...(eeee..bukan masuk bakul)
Inn pulak minta buat ayam masak kicap...
Tak pelah...hari bilangan ahli bertambah

Sayur goreng 100% Inn yang buat...

Friday, August 5, 2011

Jumaat-5.8.2011

Aman Palestin
Pagi ini dimulakan dengan pelancaran derma Palestin


Solat Duha dan Hajat diadakan di Dewan Amal
Tingkatan 3 E,F,G dan H

Mesyuarat BM
Selepas mesyuarat BM kami bersantai di taman

menikmati kehijauan pohon

kenyamanan

dibelai angin sepoi-sepoi bahasa

Selepas sekolah sekali lagi mama ke Cheras

4.8.11-Khamis

Tazkirah Ramadan

Mama memulakan SAPS di Bilik Panitia setelah balik
dari PPD mengambil barang keselamatan.

Ke Cheras.

Begitu letih,mama terasa mata mama berpusing
tak boleh bangun...berbuka sambil tidur.
Petang ni abah beli lauk dan Izzat masak nasi.
Mama tertidur di ruang tamu hingga ke subuh.

Subuh mama hanya goreng kuey teow saja
untuk sahur.

Wednesday, August 3, 2011

Rabu 3.8.11

Tazkirah Ramadan oleh Ketua Murid

Kuiz Sejarah

Taklimat Tingkatan 3 oleh GKSM


Mereka yang datang lambat
I)Baca Yasin

II)Salin karangan

MAYS-5F & 5G


Mesyuarat Pentadbiran

Seperti hari-hari yang llalu kami ke Cheras
-mengantuk dan letih
,tidur dalam kereta sementara menunggu Izzat

Balik dari rawatan kaki Izzat
Mama meronda hingga ke AU3...tapi tak de yang berkenan
Kami ke Setiawangsa pula
tapi...susah nak parking
Lalu mama ambil keputusan masak jelah
ala kadar dengan tenaga yang berkurang

Lalu mama pun masak untuk berbuka hari ni iaitu

Sayur air,ikan goreng,sambal ikan dan Daging Goreng

Juga...Kerabu Timun

dan..Sira Labu

Tuesday, August 2, 2011

2.8.11-Selasa

MAYS
5D
5E & 5 F


Ke Cheras-klinik Dr.Aziah tetapi dia ada hal
Oleh itu mama ke JJ dulu sebelum Izat dirawat.
Hari ni mama singgah beli ayam percik untuk berbuka
dan mama hanya buat sambal mangga dan kerabu taugeh saja...
kerana tak sempat masak


Menjelang magrib mama menerima berita gembira
Tahniah Na-memang layak
Teman baik dilantik sebagai pengetua-Alhamdulillah

Monday, August 1, 2011

1Ogos = 1 Ramadan

Mula Puasa
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
MAYS-SPM

Ceras -Izzat

31.7.11-Ahad

Dalam keletihan mama kemas juga sikit-sikit
Inn tak bangun-bangun.

Petang mama pergi berurut di Medan MARA
Inn ikut serta kerana nak baiki hpnya...
mama rasa kerana lebih had penggunaannya...
Selepas tu kami beli2 sikit dan makan di Insaf

Balik dari sana mama ambil Izzat dan ke JJ
Izzat kempunan nak berjalan
Mama jumpa Marliana dengan babynya...
comelll dan montel


Ketika di sana Dr.Aziah telefon
Jadi...kami terus ke sana
Malam ni abang boy yang buat...
ngeri...
Terima Kasih abang ..