Thursday, June 2, 2011

30.5.211-Alahai...

30.5.2011-Isnin
Cuti Sekolah:
Bertugas-tukar dengan Nun


Selain bertugas mama juga adakan kelas tambahan dengan 4 Arif

Selepas kelas tambahan mama keluar makan sekejap dengan nun
Tak sampai pun 30 minit,telefon berbunyi....
Bekas pelajar (Azura)datang untuk pengesahan sijil
hihihi...Kak Dah ada tapi....
alahai....reda je...

29.5.2011( Ahad) dan 30.5,2011(Isnin)


Ahad:
Abah pergi mengaji dan mama pergi berurut
...juga kemas kini blog
hihihi

Isnin:
Cuti sekolah tapi mama bertugas...

Selepas bertugas mama ambil Izzat
Kami berpecah buat seketika...
Izzat ke BSN-belikan no pin adik Amirul

Mama ke Maybank
Urusan kad yang tidak boleh dibaca
dan kad kredit...alhamdulillah selesai
-sebenarnya 2 bank ini berdekatan...

ke Klinik Idzham
Izzat dan mama

Berakhir dengan ke Bangi Kopitian




Selesai untuk hari ini....husss lega


28.5.2011-panas...




Bertugas di sekolah dan kelas tambahan dengan 4 Arif

Tengah hari ke Puterajaya -jemputan kenduri kahwin
Mi dan Inn ikut serta kerana selepas itu nak ke Melaka
Tapi malang tak berbau....

Banyak jalan ditutup kerana Sejuta Belia
terpaksalah mama dan abah berjalan kaki
melintasi perarakan , pembarisan
untuk sampai ke dewan tersebut
fusssssssssss....letih......


Selepas menempuh semua itu
kami bertolak ke Melaka
untuk ketemu adik Amirul
untuk hantar yang tertinggal


Hari ini ayah teh pun datang ke sini
hantar Husna di Tun Teja
tapi tak sempat jumpa walaupun tiba lebih kurang sama


Selepas semuanya selesai
hantar Tok Mi ke rumah Su Nor
kerana Pak Su Haris nak ke KB

jumaat

27.5.2011-Jumaat
Bersama-sama Inn dan Izzat ke Puterajaya-hantar

Balik dari sana singgah di Bangi -makan ayam penyet


Singgah rumah Su Nor ambil Tok Mi
Sementara tunggu Su Nor balik mama sempat tertidur-letih


Hantar Izzat dekat LRT Setiawangsa
dan kami ke kedai makan dekat masjid
Seronok tengok tok mi...hari ni habis makan
biasanya pasti berbaki...

Malam:Ayah Teh datang jumpa Tok Mi
Esok mereka akan hantar Una dan Uzai
Syukur...

26.5.2011?-Pizza

Khamis




24.5.11-kejutan

Auntie Nasran call mama sejak kelmarin
-tapi tak dapat bercakap kerana mama mesyuarat
balik dari mesyuarat mama keletihan-lupa nak call balik

Hari ini auntie Nasran call lagi-mama tak dengar.
Bila mama lihat miss callnya, mama call balik

Auntie Nasran ajak keluar dengan Auntie Zaba
Lama kami tak jumpa
Tanpa berfikir mama setuju.


Pada malamnya mereka berdua jemput mama
Bawa mama ke cozy house,Wanga Maju.
Huss...kejutan...

terima kasih....terima kasih...

Mei-kesyukuran


Mei meninggalkan kesan manis buat mama...
moga kemanisan itu tetap berpanjangan
menghias kehidupan mama sekeluarga..

Antara yang mewangikan hati mama
apabila pada 22 Mei adik mula melangkah ke UiTM Melaka.
Alhamdulillah....syukur
Kembang jiwa mama...
Doa mama detik itu permulaan bagi adik
untuk terus memburu cita-cita
agar apa yang dihajati akan tercapai
dengan usaha dan doa
moga adik tak alpa dengan tanggung jawab adik.
amin

Tambah semarak jiwa mama
apabila 23 Mei angah mula berkhidmat di tempat baru...
ke TNB...
Alhamdulillah...syukur
yang mungkin selari dengan jiwa angah
yang mungkin lebih menyinari hidup angah
yang bakal memberi cahaya yang lebih terang...
doa mama agar detik ini
menjadi laluan untuk mengapai kebahagian
sebagai penghulu rumah tangga
sebagai tiang keluarga...
amin

Dan mama juga bersyukur
kerana pada 23 Mei ini mama masih ada
masih berpeluang menikmati ciptaan Allah
masih berpeluang bersama-sama
insan tersayang
masih berpeluang menabur bakti
Alhamdulillah....syukur
moga mama berupaya mengisi peluang ini sebaik mungkin.
amin