Thursday, June 2, 2011

52...

23.5.2011
Malam


bersama-sama dengan abah dan Inn


Jauh beza daripada tahun lepas




22.5.2011-syukur....

Syukur dan syukur
tidak terkata...


Selesai pendaftaran-cekap dan pantas

Inn dan Alzalia menunggu-tak sempat panas punggung


sokongan moral

Asrama adik Amirul-Lekir

Setelah selesai mengemas barang-keluar makan

sarapan @ makan tengah hari





selepas sarapan ke pekan....
beli bantal adik yang tertinggal



Bye-bye Dik....
Doa mama..
moga adik mengunakan kesempatan ini
sebaik mungkin
moga adik tidak lupa pada suruhan Allah
moga adik jauhi larangan-NYa
Doa mama lagi;
moga adik tidak lupa matlamat adik
moga adik terus mendaki
sesekali lihat ke bawah untuk membaiki diri
Doa mama juga
agar cita-cita adik akan tercapai
amin...

20.5.2011-berakhir 1 sem

Hari ni ambil Inn
Hulamak...penuh sekereta barangnya...
Inn suka buat cadangan
walaupun tanpa diminta
dan kadang-kadang berbau desakan

Hari ni dia ajak mama singgah di Bangi
Makan nasi ayam penyet...
mula-mula tak nak layan
tapi akhirnya terlayan....
Makanan di sini ok jugak
sebenarnya sedapppp
mungkinkah kerana lapar?
Tak jugak...sambalnya kut...
Tapi ketika makan di sini ada 2 peristiwa berlaku...
1.Bas hon bagai nak pecah jantung...
-kurang asam sungguh....
2.Selepas makan...
pemuda yang berada di situ memberitahu tayar kereta tak de angin
mula-mula berfikiran negatif
tapi...teringat Inn ada beritahu masa di CJ
tayar kereta kurang angin...

His..ini bukan kurang angin..
tapi tak de langsung...
nasib baik Patronas dekat....


Tapi....
kami tak reti masukkan angin(percaya tak?)
Dengan muka yang tebal...mama panggil seorang pemuda
yang bertugas di situ...dia tolong...mama hulur duit
dia menolak...teman-temannya bertepuk tangan..
macam hero menyelamatkan heroin...
Terima kasih
Kalau tidak.....hihihi
banyak pengajarannya...

Emi:Hari Guru



“Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..”
kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini.
Antaranya ialah :

Kedua ibu bapa saya Allahyarham cikgu Hj Yusoff Ahmad dan Hajjah Zaharah Salleh. Mereka merupakan guru pertama saya. Mereka mengajar saya mengenali alam ini. Selain itu, mereka juga me...ngajar saya mengenali siapa Allah SWT,
siapa Nabi Muhammad SAW dan apa itu Islam. Di samping itu, mereka juga mengajar dan mendidik saya agar menjadi anak yang sentiasa menghormati
orang tuanya dan orang lain supaya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.



Abang2 dan kakak2 saya Kak Ma,Abang Di,Abang Zu dan Kak hanim yang banyak memberi semangat kepada saya, banyak berjasa dan mendidik saya supaya menjadi insan yang berguna.
Kaulah kakak, kaulah abang dan kau juga sahabat karib.

Semua guru Sekolah Kebangsaan Keluang, Besut.
.
Semua guru sekolah Kebangsaan Kg Raja, Besut.

Semua guru SMK Tengku Mahmud,Besut.

Semua pensyarah2 yang pernah mendidik saya.

Terpujilah engkau wahai guruku
Namamu akan selalu hidup dalam sanubariku
Semua baktimu akan kuukir dalam hatiku
Sebagai prasasti terima kasihku
atas pengabdianmu
Engkau sabagai pelita dalam kegelapan
Engkau laksana embun penyejuk dalam kehausan
Engkau patriot pahlawan bangsa
Tanpa tanda jasa

Setiap waktu teringat lagu tentangmu membuat hati ini bergolak rindu.
Ingin meraih jemarimu dan menciumnya dengan segenap penghormatan dan rasa terima kasih.
Kerana tanpa ketulusannya, mungkin hari ini kita semua tak kan menjadi seperti ini.
Tanpa kesabarannya mungkin banyak diantara kita yang tersesat kehilangan jalan.
Ya.. kerana dulu berpuluh tahun lalu aku, kami dan kita hanyalah anak-anak desa terpencil
yang tidak tahu tentang dunia.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab
yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata

Buat semua warga pendidik tanahair. Andalah pembina negara bangsa.
Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita
dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.

18.5.11-PBS

Mesyuarat Penyelarasan Penskoran PBS SPM 2011

ULBS Bahasa Melayu

Di PKG Gombak
Mesyuarat bermula pukul 8.30 pagi
Sekolah di bawah mama ialah
SMK Taman Melawati
SMK Lembah Keramat
SMK Seri Keramat
SMK Taman Keramat
SM Adni
SMK Hulu Kelang

Hotel Quality

Rombongan


Destinasi


Pendaftaran
ucapan pengetua
Ucapan Pengerusi Kelab Keluarga
Juru Kamera

AJK



Tanda Ingatan
Memotong Kek
Makan


Cabutan Bertuah

Warga SMART