6.6.2014
dah sampai masanya
untuk menunaikan hajat bonda
bonda berhajat nak gi jalan-jalan
dan akhirnya...pilihan yang dibuat...
ke Langkawi
mulanya mama cadangkan naik teksi
ke KLIA kerana abah ke GM
yang lain-lain kerja
tapi...
Tok Mi dah counting dengan ayah ngah
ayah ngah ambil kami odw balik kerja
Inn pula bertolak dari tempat kerja
terus ke KLIA
dia sampai lebih awal kerana tak perlu menempuh
kesesakan lalu lintas.
Flight kami lewat jadi kami santai2 dulu
sambil makan2 dan minum2
dan tentulah tak ketinggalan aktiviti
klip sana klip sini
syok sendiri
wowww...tempat menunggu punyalah jauh
nunnn yang paling hujung
nasib baik tok mi ditolak
tapi bila di lapangan terbang langkawi
bertanggalah pulak
terpaksalah tok mi menapak pelahan2
alhamdulillah...
akhirnya kami sampai ke hotel dengan selamat.
No comments:
Post a Comment