istana kecil ini
membawa banyak makna
dan menampung banyak peranan
...tentulah peranan utamanya
tempat mama menyiapkan tugasan mama
juga
sarat dengan beban jiwa
yang tercalar
dan...sembuh...
berdarah lagi...pulih semula
di samping tempat adik-adik
melepas lelah
meluah rasa
dan...
menjadi medan bertukar pendapat
menimba ilmu
berkongsi pengalaman
malah
tempat membelai sukma
mengisi sayang
membaja persefahaman
dan
menjalin ukwah
antara teman sepasukan
adik dan kakak
anak dan ibu
terima kasih
istanaku...
kerana memberi ruang
untuk meniti perjalanan
sepanjang 2011 ini
4 comments:
jika istana itu blh berkata2 pasti x cukup masa utk bercerita.... kannn
ya ...sarat dengan memori dan melipah ruah dg bicara dan madah ....
dinding istana menjadi bukti segala memori...huhu
yg dikumpul dg adik2 kesayangan
Post a Comment