Luka semalam masih terasa
agak pedih
nyilu
dan berbekas...Mama cuba pujuk diri
pujuk hati
berkali-kali
walaupun tanduk berjaya menguasai
Semalaman mama cuba patahkan tanduk
cuba usir bisikan halus
mama harus kuat
mama jangan mengalah
Pagi itu bersama diri baru
bersama balutan luka
mama hadapi pagi dengan gambaran indah
Tapi ...pagi mama, diusik lagi
dengan wajah kelat entah mengapa(seperti biasa)
dengan suara menikam sukma(seperti biasa)
mama jadi menyampah
Mama berlalu bagai tak melihat apa-apa
mama melangkah bagai tak dengar apa-apa
biarkan dia perasan sendiri
perasan dia saja sibuk
dia saja yang betul
Kononnya mama tak rasa apa-apa
mama tak sedar apa-apa
tapi...
sebenarnya
balutan luka mama
ternampak darahnya
Sebenarnya semakin sakit
semakin pedih
luka yang berbisa
bagai ditabur garam
Mama bawa diri
bersama keriuhan'anak-anak'
keberkesanan pesanan ustaz
mama di awangan...
bersama 'anak-anak'
tapi terapung-apung menahan rasa
Tapi tiba-tiba muncul dia
duduk di sisi
bagai tiada kata berbaki
pandai sungguh dia berlakun...
mama jadi tambah menyampah
talam dia bermuka-muka
berlapis-lapis
mama ingat pesan tok mi dan chik
mama pun buat
mudah-mudahan termakbul
Melihat Ustaz Sulaiman di depan
mama teringat pesanan ustaz Sulaiman suatu pagi
untuk anak-anak
tentang kesabaran
kesabaran amat pahit tapi buahnya manis
Ustaz berkata lagi...
Setiap gerak perlu ada sabar
barulah tenang hati di dalam
lancar kaki melangkah
bahagia mewarnai hidup
bahagia mewarnai hidup
Tapi...
mampukah mama ?
jika
saban waktu ada saja
hidangan pedas diberi
aduh....
mama jadi malas untuk bicara
letih untuk berdepan
sepatah ditanya sepatah mama jawab
Akhirnya dia berlalu
mama tertanya-tanya
bermonolog
sebak jadinya
Mama membawa diri
nun di hujung bangunan
mama klip sana
mama klip sini
mama snap sana mama snap sini
semua itu untuk melegakan jiwa
untuk mengubat hati
kerna tika ini
takungan air
bila-bila saja boleh pecah
setelah mama pasti dia sudah tiada di sana
mama pun menukar arah
cuba lari dari kekeruhan
Hari ini mama cuba mengelak
dari berdepan dengannya
Nasib menyebelahi mama
hari ini mama ikuti LADAP
Syukur mama dapat habiskan hari ini
dengan aktiviti bersama teman-teman
menutup seketika
lara yang hinggap
moga mama kuat
tabah
sabar
yakin
menghadapi kerenahnya
dengan kalimah suci
dengan keindahan ciptaan Illahi
doakan semua untuk mama....
2 comments:
talam kalau berlapis2...jadi kelat biasanya...buang je lah takut beracun...hihi
mengubat luka dengan snap pics...bagus2..
nak buang ke laut-tapi bimbang ikan pula akan mati....
Post a Comment