Saturday, February 5, 2011

Hijrah



Sebelum tahun baru
ada suara yang berbincang tentang bilik
bertukar bilik

Pada mulanya
mama tidak bercadang berbuat demikian
mama rasa lebih baik mama di bilik yang sama
tukar saja tanda di pintu
Tapi ada suara yang agak mendesak
dengan alasan yang boleh dipatahkan
tapi
demi keharmonian
mama akur
mama teringat kata abah
jangan menentang arus


Lalu mama berhijrah
walaupun selangkah
agar beroleh suasana baru dan mood baru


yang lebih penting
moga penghijrahan mama ini
dapat mama jalankan tugas kerana Allah
dengan lebih yakin,tabah,gigih dll
Moga mama dapat positifkan diri
agar mama dapat berkerja dalam suasana keseronokan
amin...

2 comments:

kaktus said...

semoga happy di bilik baru & tugas baru

Anonymous said...

amin...tkasih
tapi...
suka untuk dibicarakan...