Friday, February 4, 2011

3 malam di Gua Musang

Petang Isnin mama,abah dan inn
bertolak ke kebun abah di Gua Musang
Kami tiba lebih kurang pukul 10.30 malam.

Selepas abah solat dan Inn makan mi yang dibeli
kami terus tidur


Di keheningan pagi
terasa begitu nyaman
seperti di Genting
cuma yang membezakan ialah
tempat tinggal dan kemudahan asas
Selepas abah ke kebun belakang untuk menebas dengan Pak Cik Harun
mama dan Inn mula bersarapan
kerana abah dah bersarapan dengan Pak Cik Harun.



Mama dan Inn hanya tinggal di pondok
Inn sapu daun-daun tepi pondok
mama bakar daun-daun.
Mama juga sempat menanda buku.
alhamdulillah...


Kami masak untuk tengahari
ala-ala main pondok-pondok
kerana serba kekurangan
tapi tetap happy

Petangnya abah ke kebun pak Cik Harun pula
tolong sikit-sikit

dan abah bawa balik ikan talipia dan kelapa muda
Malam tu kami makan talipia goreng

Dari pagi hingga ke malam
sekejap hujan sekejap berhenti
sejukkk jadinya
tapi nyaman
kami tidur agak awal
kerana tiada apa yang boleh dibuat




Seperti kelmarin selepas membawa balik sarapan
abah ke kebun getah
kali ini dengan Pak Cik Ali dan isteri
serta 2 orang anaknya

Kami yang ditinggalkan buat kerja biasa
Kali ini Inn mula memegang parang
tebas lalang
tak nampak pun yang terusik
hihihi...gaya tetap hebat


Petangnya kami buat operasi
pakaian yang diusik oleh Mak Ti
banyak pakaian mama termasuk baju sutera,
bantal dan kerja tangan mama terpaksa
jadi makanan api
Abah pula mula menebas di belakang pondok

Malamnya abah telefon
tanya teket bas untuk esok
ada pukul 9 pagi
kami bersiap-siap dan terus tidur
Sebelum subuh mama dah terjaga
bersiap-siap bimbang terlewat
Kami tinggalkan pondok
ke stesen bas
tapi...
teket dah habis(ada kemalangan)
bas seterusnya pukul 335 petang

Kami pulang semula ke kebun
Abah dengan ahli yang sama ke kebun lagi
Kami buat apa yang patut sambil menunggu waktu tiba


Setelah tiba waktunya sekali lagi kami ke stesen bas
bas yang dijangka bertolak pukul 355 ,
tiba pada pukul 520....
husss...

tapi pukul 9.30 mama lega kerana
selamat tiba di Hentian Putera
Bukan mama tidak mahu memenuhi permintaan abah
untuk balik bersama-sama pada hari ahad nanti
tetapi mama memikirkan anak-anak
yang mama tinggalkan
memikirkan semua hal

Tapi mama bersyukur walaupun
3 malam mama dapat memenuhi harapan abah
yang sering mengajak mama ke sana
tetapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.
kini mama rasa lega...

2 comments:

kaktus said...

bestnya main masak2

Unknown said...

teringat zaman dolu2