Tuesday, February 9, 2010

sony ericsson




Tidak pasti pukul berapa tetapi setelah beberapa orang rakan setugas datang berjumpa, sony ericssonku berbunyi.Suara lembut terdengar.Ingin bercakap dengan ibu Luqman.Dia berada di Hospital Ampang,Wad kecemasan.Zon Merah.Kemalangan.Itu saja yang aku ingat.Tiba-tiba aku dapat kekuatan lalu bertanya keadaan anakku."Lebih baik puan datang dan tengok sendiri.Boleh berbincang dengan doktor."Penyataan itu lembut tetapi merampas kekuatanku.

Wad kecemasan dan zon merah berlegar-legar.Aku bangkit dan menuju ke bilik Pn.Noraini.
"Saya nak ke hospital,anak kemalangan."Aku meluru keluar dan terserempak dengan pengetua.Dailog yang sama ku gunakan.Terdengar sayup suara pengetua,"ambil masa jangan terburu-buru."


Sekali lagi Sony Ericssonku berperanan.Aku cuba hubungi suami berkali-kali tetapi tidak dapat.Cuba hubungi Alzalia.Juga tidak dapat.Cuba lagi dan cuba lagi.Akhirnya boleh.Dalam perjalanan aku hubungi sekolah minta Midah tolong sediakan GL.Hubungi Emi minta dia datang.Tika itu aku belum tiba di hospital.
Bila tiba di hospital, Sony Ericssonku terus memainkan peranan.Panggilan bertalu-talu dari rakan sekerja dan adik-adik.Cepat berita tersebar.Terima Kasih semua kerana memberi kekuatan.

Selepas keluar dari dewan bedah baru aku sempat buka sms.Antaranya:

2.36 petang
Akum.Kak Yuszah,Anak macam mana?GL saya dah siapkan.Saya letak atas meja Kak yuszah.

Terima kasih Midah kerana sering membantu ketika memerlukan.Tetapi rupannya anak Kak Yuszah dah besar,dah 24 tahun.Itu kata gadis pendaftar di wad kecemasan.Tidak perlu lagi GL kak Yuszah.Kak Yuszah rasa dia masih anak-anak yang sering perlukan belaian,kasih sayang,nasihat dan melayan pelbagai kerenah.Kak Yuszah terlupa dia dah besar,dah nak kahwin dah pun.Ibu oh ibu,begini rupanya perasaan seorang ibu.Moga dia sedar betapa besar cinta dan kasih sayang ibu dan ayah.

2.45 petang

Salam.Didoakan semuanya baik.Kuatkan hati dan tabahlah lalui dugaan ini.Jangan tunjukkan tangisan di depan anak-anak.Ibu perlu kuat.Ibu mesti hebat walaupun dalam duka.

Terima Kasih Ha.Ha tahu tak setitis pun air mata akak tak gugur hari ni.Akak kuatkan?Tapi Ha kekuatan itu menyebabkan dada akak rasa nak meletup,nak pecah.

6.03 petang

Salam.Maaf menganggu.Anak Kak Ma ok ke?

Ringkas tapi penuh bermakna .Terima kasih Ana. Tika itu anak Kak Ma dah masuk wad5A setelah keluar dari Dewan Bedah,entah pukul berapa.

2.50 pagi

Salam.Kak ma tadi Mak royak Hafiz axsident .Sekarang mcmne?

Terjaga daripada tidur...baca mesej cuba jawab tapi terlena sebelum send.Esoknya baru boleh balas.Hari ni dia semakin ok Ani.

No comments: