Monday, February 15, 2010
Tuesday, February 9, 2010
sony ericsson
Wad kecemasan dan zon merah berlegar-legar.Aku bangkit dan menuju ke bilik Pn.Noraini.
Selepas keluar dari dewan bedah baru aku sempat buka sms.Antaranya:
Terima kasih Midah kerana sering membantu ketika memerlukan.Tetapi rupannya anak Kak Yuszah dah besar,dah 24 tahun.Itu kata gadis pendaftar di wad kecemasan.Tidak perlu lagi GL kak Yuszah.Kak Yuszah rasa dia masih anak-anak yang sering perlukan belaian,kasih sayang,nasihat dan melayan pelbagai kerenah.Kak Yuszah terlupa dia dah besar,dah nak kahwin dah pun.Ibu oh ibu,begini rupanya perasaan seorang ibu.Moga dia sedar betapa besar cinta dan kasih sayang ibu dan ayah.
2.45 petangSalam.Didoakan semuanya baik.Kuatkan hati dan tabahlah lalui dugaan ini.Jangan tunjukkan tangisan di depan anak-anak.Ibu perlu kuat.Ibu mesti hebat walaupun dalam duka.
Terima Kasih Ha.Ha tahu tak setitis pun air mata akak tak gugur hari ni.Akak kuatkan?Tapi Ha kekuatan itu menyebabkan dada akak rasa nak meletup,nak pecah.
6.03 petangRingkas tapi penuh bermakna .Terima kasih Ana. Tika itu anak Kak Ma dah masuk wad5A setelah keluar dari Dewan Bedah,entah pukul berapa.
Terjaga daripada tidur...baca mesej cuba jawab tapi terlena sebelum send.Esoknya baru boleh balas.Hari ni dia semakin ok Ani.