Untuk menguruskan majlis perlukan senarai semak.
Jadi cuba-cuba buat senarai semak dengan harapan
tiada yang tertinggal dan majlis berjalan lancar.Amin.
1.TARIKH
Setelah perbincangan dibuat (bukan mengikut kaedah tengok anak bulan)
kata putus diambil iaitu:
kata putus diambil iaitu:
-BERTOLAK DARI KUALA LUMPUR KE SIBU : SABTU 5.6.2010 6 PAGI
-NIKAH : AHAD 6.6.2010 PETANG
-KENDURI : ISNIN 7.6.2010 PAGI
-KE SIBU : ISNIN 7.6.2010 TENGAH HARI
-BALIK ke KL : SELASA 8.6.2010 MALAM
-BERGAMBAR(CLD): JUMAAT 18.6.2010 MALAM
BERTANDANG: SABTU 19.6.2010 11.00 – 4.00 PETANG
2.TEKET
Urusan tempahan dibuat oleh dinda bongsu.
Semua telah selesai kecuali Ayah Chik dan
Auntie yang akan ditempah secepat mungkin
Terima kasih kepada urus setia yang cekap
3. WARNA TEMA KITA
Warna tema ini sebenarnya untuk suka-suka dan untuk
menunjukkan kita sepakat tetapi tiada paksaan.
Setelah ditenung,ditilik akhirnya warna tema bagi
watak sampingan ialah
- NIKAH : APA-APALAH (Biru Tekos ok tak?)
- KENDURI : CREAM
-CLIGHT DINNER : KUNING
-BERTANDANG: UNGU PINK
4. DEWAN
Untuk dapat dewan tanya sana tanya sini.Lihat tempat pertama
rasanya agak besar.Tempat kedua ini mengikut
rasanya agak besar.Tempat kedua ini mengikut
perkiraan pertama ialah pilihan terakhir.
Tetapi apabila melihat lokasi dan viewnya,
terus jatuh hati.Yakin pilihan itu betul.
Rancangnya esok mama akan pergi
untuk mendapat maklumat lanjut
dan membuat tempah tetapi
tidak dapat berbuat demikian kerana mama mesyuarat.
Walaupun abah hari pertama di tempat kerja baru tapi
abah berkejar juga ke sana pada waktu makan
tengahari.Lega mama apabila menerima sms abah
yang memaklumkan tempahan telah dibuat.Amin.
DEWAN SERBAGUNA TASIK AMPANG HILIR
5. KATERING
Masih mencari-cari yang terbaik.Fikir tentang menu,kos,
bilangan dan sebagainya.Hingga kini belum membuat
keputusan tetapi akan bertindak segera kerana
menurut mereka yang berpengalaman
waktu cuti sekolah biasanya sibuk dan bimbang sudah penuh.
6. FAMILY GIFT
Sebahagian daripada family gift ditempah
oleh AJK dari Suakasih semoga
pengantin akan terus berkasih sayang.
Untuk keluarga ni hajatnya nak buat kelainan sikit.
Nak main-main(bukan main to duduk) tapi
Nak main-main(bukan main to duduk) tapi
bawa erti dan sebagai kenangan juga
sebagai ucapan terima kasih atas
sokongan dan bantuan.
Terima Kasih
daun palas
hehehe
hehehe
7.DOOR GIFT
Urus setianya ialah:
Mama beri sepenuh kepercayaan kepada adinda ini
untuk membuat pilihan kerana mama tahu
cita rasa mama sama dengan cita rasanya.
Selamat menjalankan tugas.
8.MEJA MAKAN/PENTAS
Hafiz kata dia tak nak bersanding justeru itu,
mama cadangkan untuk meletak meja
makan pegantin di atas pentas supaya
tidak nampak kosong dan untuk menyerikan majlis.
9.BAJU
Pakaian semasa menyambut menantu nanti
mama cadangkan warna unggu pink
kerana mama dengar-dengar
mama cadangkan warna unggu pink
kerana mama dengar-dengar
macam di Sarawak warna
temanya hijau putih(ye keee)
10. MAKE UP
Husss kus semangat apabila mama tanya
tentang bayaran make up.Mahal rupanya.
Kalaulah mama boleh conteng sendiri....
Tapi dah lama tak bermain dengan peralatan itu.
Tapi Chik mungkin boleh,pasal tekun memerhati..
tentang bayaran make up.Mahal rupanya.
Kalaulah mama boleh conteng sendiri....
Tapi dah lama tak bermain dengan peralatan itu.
Tapi Chik mungkin boleh,pasal tekun memerhati..
11. BILIK PENGANTIN
Mama ingat nak buat ala kadar je...
tapi biar menarik dan berseri
Ok ke kalau di dewan warna ungu
di rumah dan bilik pengantin warna
krem atau gold
Urus setia yang telah ditempah ialah:
Urus setia yang telah ditempah ialah:
12. KAD JEMPUTAN
Mama teringin nak buat kad idaman
tapi tidak pasti tercapai atau tidak.
Draf dah buat ,peta Izzat dah tolong ambil
dari google cuma belum lukis lagi.
Juga belum ke mana-mana kedai untuk
banding harga kerana bilangan tetamu belum pasti.
13. HANTARAN
Sebahagian dah beli tapi....
tempat untuk letak belum buat keputusan.
tak apa,yang ini lambat sikit...
14. GAMBAR
Juru gambar yang akan ditempah ialah
dan
Semoga ketika itu mereka free .....
15. TEMPAT TINGGAL
16. Kenderaan
Untuk di sana dan di sini.Beca pun ok kan?
17. Makan minum
Di sana dan sebelum majlis di sini.
18. Lagu dan 19. CD
Diuruskan oleh orang yang sama.Kenapa?
Kerana:
17. Makan minum
Di sana dan sebelum majlis di sini.
18. Lagu dan 19. CD
Diuruskan oleh orang yang sama.Kenapa?
Kerana:
- kepakarannya
- minatnya
- mengetahui semua jenis lagu(kira seni jugaklah)
- keremajaannya
- lebih kurang seusia dengan pengantin
- Kiranya sejiwalah
- dan dan dan nanti kembang hidung pula
- oklah tu.. ayu lagi...
20. Borang-borang
Abahlah nanti yang tolong uruskan
21. Senarai Jemputan
Dah senaraikan mana yang ingat
22. Pelantikan AJK
Perhatian!perhatian!
Sila pilih AJK apa yang disukai.
jangan berebut,jangan bergaduh
Sila pilih AJK apa yang disukai.
jangan berebut,jangan bergaduh
yg dulu didahulukan.Terima Kasih.
Pesanan : Gambar-gambar hanya hiasan semata-mata,
tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.
Harap maklum.
2 comments:
Alahai, seronoknya tengok perancangan yang Kak Ma buat. Sayangnya kami sekeluarga ada kat sini, nak balik pulak tahu lagi boleh ke tidak kerana anak2, kalau ikut jadual yang pihak sekolah beri awal bulan 6 tu adalah peperiksaan akhir tahun mereka..... susah jugak ye...
Apapun pah doakan semoga majlis sulung kakMa ini akan berjaya dgn seri dan gemilangnya kerana AJK2 yang ada tu nampak mantap dan berpengalaman. Doa kami untuk mempelai agar berkekalan buat selamanya...
heiiiiii rasanya boleh balik
tak bestlah org kuat tak dee
dah berangan nak lantik macam2
ajk
doa moga masa tu anak2 dah habis
exam.amin
Post a Comment