Thursday, December 3, 2009
Sucikan hatiku
Bulan lepas
hatiku membuak marah
jiwaku memberontak geram
betul-betul marah
betul-betul geram
betul-betul terkilan
dendam tiba-tiba bertandang
Tika itu aku bermonolog:
Kali ini aku tak kira
Ada ubi ada batas
ada hari akanku balas
lembutku diambil kesempatan
diamku jadi sasaran...
Aku nekad akan ku pulangkan paku buah keras
Aku amat yakin aku boleh pulangkan balik
kerana dia juga tidak sempurna
malah kadang-kadang lebih dari aku
tapi bezanya dia pandai berkata-kata
Tapikan Allah Maha Kaya
pasti suatu hari dia dan orang lain akan sedar juga
Hairannya
aku tidak pernah usik
tidak pernah jentik
tidak pernah pertikai
apa yang dia buat
kenapa dia begitu iri dengan aku sejak dulu hingga kini?
Syaitan terus menghasut agar aku bertindak kali ini
dalam sedar dan bersalut kemarahan yang meluap
aku balas dengan 4 patah perkataan berbentuk pertanyaan
aku perlu beri dia kesedaran ,pengajaran dan peringatan
dan sejak itu aku rasa
dia mula berhati-hati ketika berbicara
adakah dia mula sedar dan tahu
bahawa aku juga punya perasaan
atau hanya lakunan semata
Tapi apa pun...
setelah hati mula sejuk
setelah fikiran mula waras
aku teringat pesanan ustaz ketika aku bergelar pelajar
jangan bertindak ketika hati sedang panas
Lalu...
Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku menghadapi
insan sepertinya
Kau pulangkanlah hatiku dulu
yang tidak mengenal erti dendam
Kau sucikanlah hatiku Ya Allah
Semoga aku KAU sayangi
dan Ya Allah
Kau berikanlah dia hidayah
semoga tiada dengki di hatinya
semoga dia sedar keterlanjuran katanya
yang menghiris hati dan jiwaku
kerana sesungguhnya ENGKAU yang lebih
tahu dan berhak untuk menghukumnya
amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kadang2..kita perlu menyedarkan mereka yg kita terluka..
kadang2..kita perlu bertindak agar mereka tidak terus berani memijak kita..
dan kadang2..hati kita akan pernah dihinggapi rasa marah dan dendam..kerana?kita manusia..
so,dont feel guilty..
hanya 4 patah perkataan mampu mendiamkan dia,bermkasud,kakak saya ckup hebat...cukup untuk menyedarkan dia yg kita juga punya rasa dan hati..
tp, saya tahu..kekanda sulong takkan pernah lama dgn marah dan dendam..
kerana hatimu..sentiasa suci dan bersih..dari dulu lagi..itu saya pasti!
be happy..enjoy every moment of your life....sayang kamu!
kita bukan macam mereka..
kita tetap kita...
suci hati suci jiwa...
biarkan mereka...
biarkan mereka dgn kata kata..
biarkan...
biarkan...
macam pak kadok dgn labu labunya..
biarkan...
kita tetap kita...
baik tutur,,,baik kata...
"Forgive and forget"...
Allah akan menilai segalanya...
Allah yang membalas setiap tingkah kata..
Biarkan yang berkuasa...
Menyempurnakan hidup kita...
Murnikan hati...
Kita akan lebih selesa...
tenang dijiwa...
"Maaf dan Lupa"...
Insyallah jiwa kekanda akan reda...
Doa kami kekanda bahagia..
Dinda2ku,
Terima kasih...
kerana
simpati
empati
dan yang penting
memberi kekuatan
dan
mengingatkan
bahawa hidup perlu ikhlas dan tulus
moga kita terus kita
yang dididik oleh ayahanda
menjadi insan mulia
terima kasih...
i love u all
setuju setuju
hehehe kaktus baru muncul
takkan jadi sibongsu kot
fb telah melalaikanmu
meninggalkan teman lama-blog
hahaha
rindu pada cerita kalian
kita ber6 semua sama...(cuma saya je yg lebih siket heheheh..)
Post a Comment