Thursday, February 4, 2016

jumaat


Jumaat : 22.1.2016


hari kesepuluh
ok...alhamdulillah

hari ni abah ke hospital lagi
jumpa pakar pulak

ayah kie dtg
sebelum balik ke Besut
terima kasih ...


seperti yang dijanjikan 
putera puteri spm 2010 datang ziarah


terima kasih banyak2
anak2 cikgu
moga berjaya dunia akhirat


Dah pun datang ziarah hari ni
lama dapat berbual
terima kasih dah...

hari ni inn kerja separuh hari
lepas dah balik kami ke JJ
nak bayar bi tel 
tapi tak perlu bayar lagi..ye ke?
seperti biasa ada penutupnya

petangnya...
budak kecil lukis2



ok


khamis : 21.1.2016

hari kesembilan
ok sikit


abah ke hospital...ada temujanji
moga semuanya ok


anak2 spm 2012 hari tu wasap
nak datang...mama kata oklah
tapi semua rakyat jelata tak de kat rumah
nak makan apa ye?


 
oklah...
masak pulut jelah
pulut ikan masin
masakan tradisi


ada antara mereka tak biasa makan
tapi mereka cuba..
wowww bertambah juga
yelah... tak kenal maka tak cinta


 terima kasih anak2
sudi datang jenguk
walaupun ada dah nak berangkat esok
ada juga yang baru bercuti
dan ada yang dah boring2
good luck semua...

 
  
kerana bawa keropok dari Terengganu (tiada kaitan dengan gambar)
best...habis sudah...
terima kasih juga karipap buatan bonda
mesti buat dengan kasih sayang
terima kasih...terima kasih
 

 

Tuesday, February 2, 2016

puncak alam


Sabtu : 23.1.2016
hari ke-11


ke puncak alam
angah nak bawa barang ke rumahnya
kerana ada pelajar uitm nak sewa
mama dan along pergi dulu
kerana angah nak gi dengan van
dan adik bawa kereta
kami sampai lebih awal...jadi lepak2 di tesco dulu
ronda2...jumpa rojak mamak
tapi kurang menepati selera
 makan2 di rumah angah...beli je
mereka berenang...mama baring2 je


malam sakit kepala 








c4


Rabu - 20.1.2016


hari kelapan
mama dapat bubur nasi hari ni
nun yang hantar...
boleh buat sarapan...tq nun


tengah hari keluar dengan izzat ke c4
nak bayar TM...internet


sambil-sambil makan di Mr Teppanyaki
tentulah pilihan mama ikan salmon
izzat daging...


petang...abah sampai dari besut
kerana esok dan lusa abah ada temujanji di hospital

 



pizza


selasa : 19.1.16

hari ketujuh
letih dah berkurang
loya pun dah tak
maknanya letih dan loya hanya 6 hari
tapiiii...
cukuplah 6 hari


cirit birit , kebas dan sejuk
masih ada.... 
hari ni dah tak telan ubat muntah
maknanya hanya 6 hari ambil ubat muntah
doktor beri bekalan untuk 3 hari saja
selebihnya beli di famasi


malam keluar makan pizza
along belanja
terima kasih daun keladi
nanti belanjalah lagi...






sakit


Isnin : 18.1.16 

hari keenam...
masih letih dan loya
tambah pulak...
asyik buang air besar.
kebas hujung lidah
sejuk dari lutut ke kaki


inn gi cabut gigi   dengan adik
dapat panggilan...mak kurang sihat
abah balik ke besut



petang...keluar makan nasi air
dengan inn dan adik





nasi ayam kampung

17.1.16 
(hari kelima)
masih letih dan loya...
mungkin kesihankan mama
abah ajak keluar
makan tengah hari di cheras
alang2 adik ada kat rumah
bawa adik sekali...
 

lesu


14,15 dan 16.1.2016

 
hari kedua , ketiga  keempat selepas kemo
sama saja...
letih dan loya2..
sabar ye ... wahai badan...




Friday, January 15, 2016

bilik hinggap




mula 13.1.16 mama mula menginap di bilik ini
siang hari ni je...supaya tak yah naik turun


alhamdulillah...hari pertama dan kedua
berjalan lancar...
walaupun pada petangnya dah mula 
kurang selera makan



ni pula bilik2 yang bakal mama tumpang sehari... 
mungkin 3 minggu sekali
semasa sesi kemo
moga  baik2 saja


untuk sesi malam
moga masih berpeluang
melihat dunia pada paginya

 







bermulalan episod kemo


Rabu : 13.1.16


kali ini pergi dengan penuh reda
moga tindakan ini tindakan terbaik
sampai agak lewat sikit dari biasa
tapi pesakit tidak terlalu ramai seperti minggu lepas



seperti biasa dimulakan dengan ambil tinggi,
juga timbang berat badan....tinggi dari minggu lepas
(sobsobsob)
tekanan darah....ok sikit
ambil darah lagi
sementara tunggu keputusan darah hari ni
jumpa dr dulu
alhamdulillah....dr kata dari keputusan darah minggu lepas
semua clear...xde hapititis....alhamdulillah


bila keputusa darah hari ni sampai
katanya ok...boleh mula kemo hari ni
sementara order ubat kemo sampai
mama dibenarkan ke famasi
untuk bekalan di rumah nanti
dan sempat makan di kafe



episod kemo bermula dengan masukan
ubat tahan muntah dan sejenis lagi ubat (lupa pulak)
setelah itu masukkan air
bila ubat kemo sampai
misi datang masukkan satu persatu (3 jenis ubat)
duduk di sisi mama
sambil terang itu ini
yang menambah ilmu mama
selepas proses itu misi tinggalkan mama
dengan air lagi

sakit ke?
sakit jugalah...
tapi taklah sangat...boleh tahan...
hampir pukul 3 semuanya selesai
alhamdulillah...hari ni berjalan lancar