Friday, December 25, 2015

4 pekara



25.12.15


dukacita dan sedih tu adik beradik kot
sekarang cuba untuk menjauhinya
cuba hindarkan pekara2 yang boleh mendorong ke arah itu
cuba untuk tidak memikirkan pekara yang mencetuskannya
tapi sebagai insan biasa...kadang2 ada juga
yelah...iman tak berapa kuat 
jadi yang bertanduk mudah datang

alhamdulillah...kebulur tak pernahlah pulak
tak tidur malam pun sesekali je

dan moga di penghujung usia ini
dapat meningkatkan darjah
untuk menambahkan seri wajah





ya Allah..berikan aku kekuatan untuk
melaksanakan yang baik
dan meninggalkan yang buruk
amin

 

Thursday, December 24, 2015

wakil



 Khamis : 24.12.15


7  orang wakil dari 5 arif 2012
yang merantau dari merata tempat 
tapi taklah sampai ke cina
tapi...dari timur,barat,utara dan selatan tanah air
demi menuntut ilmu


hari ni mereka berpakat ke sini
ziarah mama 
dari arah yang berbeza
ada yang baru sampai dari menara gading pagi tadi
ada yang memang dari menara gading
ada yang baru sampai dari kuantan atas urusan keluarga
ada yang singgah sebelum ke tempat kerja (kerja sementara)
ada yang memang menetap  di keramat
tapi...di sini kami berjumpa


walaupun begitu...
ada yang tak boleh datang
pelbagai halangan
tapi tak putus salam dikirim
doa dipanjatkan
dan ada juga yang terpaksa batalkan di saat akhir...
kerana dia pulak masuk hospital
moga cepat sembuh ye anakanda
maaf cikgu tak dapat turut serta 
keadaan belum mengizinkan
moga kita cepat pulih
doa dan terus berdoa


















dari balang kaca




 

24.12.15

  

Terima kasih untuk kesekian kali kerana 
sentiasa memberi semangat
sentiasa memberi sokongan moral
sentiasa memberi kekuatan

 

Terima kasih kerana
tak putus bertanya khabar
tak putus mengirim doa
tak putus memberi pesanan
tak putus mengutus sayang

 

Alhamdulillah ....
Allah kurniakan ramai
yang mengambil berat
yang memahami keadaan
yang mengasihi setiap masa
yang meluang masa buat seketika
yang susah senang bersama


dalam masa yang sama
kini dapat dilihat dari dalamnya
tergambar  isi budi
diterjemahkan erti sebenar kekitaan
dan terpancar keluar... keikhlasan
dan kini dapat membezakan
dapat membandingkan

Syukur ya Allah...
Itulah antara nikmat yg Kau berikan
dari jutaan nikmat yang tak terhitung
Terima kasih...


Wednesday, December 23, 2015

Kain basahan


Rabu : 23.12.15

Xyah fikir
Jng fikir
Please xyah
Jng rosakkan mood
Jng rosakkan jiwa
Jng stress
Biarkan...
Itu hak mereka


Mungkin ini salah satu hikmah
yang Allah ingin tunjukkan
dari ujian yg  diturunkan


Baru kita sedar kedudukan kita
Di mana kita
di kalangan mereka
Yang mana lebih penting...
Baru kita sedar nilai kita 
di hati mereka
Baru kita sedar ...
sebenarnya kita hanya kain basahan


Ah ...abaikan
Xde apa2 pun yang kurang tanpa mereka
Semuanya berjalan lancar
Ramai lagi yang ada
Ramai lagi yang beri semangat
Ramai lagi yang beri sokongan
Ramai lagi yang kirimkan doa
Ramai...ramai lagi
Malah tak terduga
Lupakan....
jangan semakkan fikiran dengan benda2 begini
pergi ...pergi jauh2
jangan bermain di minda ini
Noktahkan saja di sini.








Tuesday, December 22, 2015

tarik nafas



 Selasa : 22.12.15


 tarik nafas
sabar...perlu kuat
senafas je lagi
bertahun dapat harungi
hanya tinggal selangkah lagi
teruskan berjuang
mama sentiasa doakan
restu dan doa sentiasa mengiringi perjalananmu
moga kecemerlangan milikmu
amin




faktor-faktornya




selasa : 22.12.15

sejak semalam
kiranya dah dua harilah
sakitnya urat saraf
terutamanya pinggang
sakit sangat ...
bagai nak putus...
(pernah putus tak ?)....hihihi tak pernah
tapi memang sakit...kenapa?
yelah tengok kat cermin
dah banyak hiasan2 di muka
rambut dah banyak cahaya dari kelam
lojiklah kan...
tapi sebulan dua ni macam tak de je sakit macam ni
oooo mungkin kerana mama ambil ubat tahan sakit
tahan sakit untuk sakit lain
mungkin berkesan juga untuk sakit ni
mungkin...mungkin...
dan juga dua tiga hari ni
mama banyak berkawad kat sinki
memang dari dulu kalau lama berdiri
akan sakit pinggang
ok...ada kemungkinan juga
jadi...tak de apa yang perlu dipersoalkan






Monday, December 21, 2015

my soulmate



Isnin : 21.12.15


hari ni badan rasa letih...lesu
sempat kemas dapur sikit je
basuh yang kat sink sikit
terus naik atas
rasa lemah
kenapa ye
apa yang berlegar di minda?
huss...huss...pergi jauh2
perlu cari ubat...cari semangat
mama godek hp sambil baring2
baca..ulangkaji...
rasa bagai penawar
sedikit lega...





 












tqsm my dear sis
rasa amat lega
entah kenapa...








steakhouse


Ahad : 20.12.15


niat nak belanja anak2 makan
makan chicken chop kat kedai shahril
nun dan maz beritahu shahril baru berniaga di situ
oklah...bawa anak2 sebagai sokongan moral
tapi hajat tak kesampaian
bila sampai...kedai tutup
kenapa ?malam ni  cuti ke?
berubah arah ke tempat biasa
azeezah al-ansar...
malam ni mama tak makan chicken chop macam biasa
makan fish n chips
ala-ala berpantang...
tapi terfikir...ikan apa ni?
alahhh...doktor katakan tak pe
pujuk hati

3 beradik


Ahad : 20.12.15

senja mereka sampai...
kerana ada masalah teknikal
sepatutnya mereka datang lepas asar
3 saudara ni ...mama ajar
tiga2 dari 5 arif
khaulah  5 arif 2003....12 tahun yang lalu
Na'ilah 5 arif 2007....dah 8 tahun
ummu 5 arif 2010...5 tahun dah
dah bertahun mereka tinggalkan alam persekolahan
tinggalkan mama
dah berjaya....alhamdulillah
tapi hari ini mereka datang
bukan untuk mengarang lebih dari 350 pp
bukan juga untuk merumus karangan tak lebih 120pp
bukan untuk membina ayat
bukan...bukan..
tapi...mereka datang bersama doa
alhamdulillah



5 Cerdas


Ahad : 20.12.15

 anak-anak 5 cerdas 2010
batch adik...
mama tak ajar pun...tapi kenal
mereka beritahu adik....mereka nak datang
kebetulan adik balik
jadi...meriah jugaklah
seronok tengok mereka gembira
moga doa dan harapan mereka
Allah perkenankan
amin...