Thursday, December 18, 2014

AU1B

9.11.2014

angah dan kak alzalia pindah rumah
sejak 1.11.14
tapi mama dan abah tak sempat nak jenguk
kerana baru balik
 


sebelum tu pun
mama tak sempat nak gi tolong2
kerana sibuk buat persiapan
dan tenaga pun dah berkurang
nasib baik yang lain2 boleh gi tolong

hari ni mereka nak buat ala2 gotong royong
mereka tebang pokok2 pisang di belakang rumah
bersihkan belakang rumah

mama?
bagi sokongan moral je
layan alya tengok frozen
tengah2 menolong ais krim lalu
huuuu ni mama punya...
bestnya...lama tak makan ais krim dengan roti


angah pulak order pizza
best jugak...
ke kerana makan ramai2
ala berebut2
 

medan mara

8.11.2014


cadangan diterima
jom ke medan mara
parking di sogo
menapak ke sana


kalau dulu2
taklah jauh
tapi sekarang
rasa jauh sangat 

dah sampai...
pusing2 cari kedai yang sesuai
singgah kedai tu...
woww mahalnya upah
berganda2 dari tina


singgah kedai ni pulak
mahal jugak
tapi ada aura...
cadanganya tambah kain
kalau nak buat seperti inn nak


 mulanya nak ke JMI
tapi tak larat nak berjalan
gi gulatis jelah
walaupun harga mahal

hantar pula ke medan mara
ukur...bincang
husss letihnya...
laparnya kata inn
jom gi makan kat insaf
 
 

ok...selesai
jom balik
letihnya...
tapi puas
 


reben


7.11.14

 

mereka baru berkesempatan
kerana auntie dah berkerja di kedah sekarang

selepas mereka balik
kami bersiap2 untuk meneruskan projek kami

keluar dengan inn
nak beli barang sikit

tapi seperti biasa
sambil menyelam minum air
makan2...

ialah reben pelbagai warna
projek inn bulan 3 ni...
beli sikit2 baru tak terasa bebannya








jiran tetangga


4.11.2014

tengah hari masak kari
ala 'bodoh2' je

lepas solat isyak
seperti biasa ada tetamu datang ziarah

ada saudara mara
sahabat handai
jiran tetangga
 (macamlah ramai sangat)
tapi kadang2 lupa nak ambil bahan bukti




kali ni lewat

3.11.2014


hari ni baru emi dan keluarga datang
biasanya dialah antara yang terawal

ni kerana dia tak de di rumah
ke China urusan kerja


tapi tak pe
air zam2 masih ada
buah kurma dan rakan2nya pun masih ada
alhamdulillah


hitam



31.10.2014


wan alya nur hafizah


berjubah hitam


berselendang hitam


oleh2 dari mekah


hp pun hitam

siapa punya?


ayah long ?


nenek?



Wednesday, December 17, 2014

royal culan

2.11.14

balik dari membeli
bersiap pula untuk ke majlis akhir tahun

  

majlis diadaka di royal culan


  

masa mula2 dijemput
mama berbelah bagi
nak pergi atau tidak
 
  

kata nun pengetua sendiri
yang suruh jemput
mama bukan apa bimbang
hidung tak mancung pipi tersorong2

yalah mama kan dah
tak de dalam organisasi tu

tapi kata mereka
mama ahli kelab tu hingga hujung tahun


dah bayar yuran penuh

  
tambah lagi bila rosnani wsap
lebih meyakinkan mama


oklah..mama setuju

  
bukan nak makan sangat
tapi...nak jumpa kawan-kawan


rindu sangat
rasa macam dah lama tak jumpa

kereta tak dapat hidup pulak
ni kerana kes lama tak start

 

jadi mama minta bantuan nun
tumpang nun dan babah


balik mama tumpang pn.hindon
kerana mama terpaksa balik awal
ada tatamu nak datang ke rumah