Tuesday, August 19, 2014

kehadiran 1


 9.8.14 : SABTU

 BONDA       

                         
AYAHANDA & BONDA        


DI DAN KELUARGA

ANI,JAN DAN KELUARGA

 ZU DAN KELUARGA

YAH DAN KELUARGA

ADIK ANI DAN KELUARGA

KIE DAN KELUARGA


EMI DAN KELUARGA

ILLA DAN KELUARGA

ADIK NOR DAN KELUARGA

 DIN DAN KELUARGA


MERAN & SOLAH
TAK DAPAT DATANG KERANA ADA URUSAN...
TAK PE MOGA DAPAT BERKUMPUL LAGI...
TERIMA KASIH SEMUA
KERANA
MELUANGKAN MASA
MEMBERI BANTUAN,SUMBANGAN DAN SOKONGAN
DAN MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI.


5 dalam satu



1.MAJLIS PERTUNANGAN WNI & WAA

9.8.2013



SABTU
 
1000  PAGI

2. MAJLIS KESYUKURAN



3.BACAAN YASIN DAN TAHLIL RINGKAS





4. MAJLIS AQIKAH 

WAN ALYA NOR HAFIZAH

MUHAMMAD SYAKIRIN NUBLI 


11.00 PAGI

USTAZAH ZAI

5.JAMUAN HARI RAYA

12.00 -4.00 PETANG

Friday, August 15, 2014

perbincangan

9.8.2014

masuk pekan keluar pekan
bawa langsat bawa rambutan
selamat datang kami ucapkan
kepada rombongan dari kelantan



burung terbang membelah kabut
siulnya mersik jauh bergema
salam dihulur salam disambut
terima kasih kunjungan diterima


berkelip2 bersinar bintang
untuk melihat pokok dipanjat
jauh sungguh rombongan datang
pasti ada membawa hajat


berkilau2 intan permata
untuk dibeli untuk disewa
memang benar bagai dikata
ada hajat kami bawa

lemak manis juadah halwa
 hidangan tradisi orang lama
sampaikan saja hajat dibawa
biar kita dengar besama

terbang sekawan burung merpati
hinggap bersama di pinggir laman
hajat dibawa sesuci hati
ingin memetik bunga di taman

anak2 ternganga2
baling buah baling ranting
hanya ada sekuntum bunga
pastilah yang itu ingin disunting


mekar bunga di tanah rata
bertambah indah suasana
sudah jelas lagi nyata
itulah dia idaman teruna
4.
pergi ke kali membawa joran
untuk mengail udang dan ikan
ada bekas ada hantaran
cuba nyata cuba jelaskan
 
berenang2 si anak ikan
berenang ia di celah rotan
7 dulang kami bawakan
berserta cincin tanda ikatan

 sungguh indah seluruh pekan
lampu berwarni jadi hiasan
adat tradisi kami ikutkan
9 dulang sebagai balasan

 
batang kayu diikat2
disusun pula penuh cermat
doa dibaca mendapat berkat
agar dipermudahkan mohon  selamat

Thursday, August 14, 2014

ikatan

 9.8.2014
setelah berbincang tidaklah lama
kata sepakat setuju bersama
berbalas bekas tanda terima
menyatu hajat dara dan teruna

cincin dihulur penuh makna
sebagai tanda ikatan dibina 
menjadi hidup lebih bermakna
mendapat restu di sini dan di sana

bonda mewakili seluruh keluarga
membawa hajat hasrat  anakanda
demi melihat mereka bahagia
moga bahagia hingga ke syurga

cincin  disarung ke jari puteri
sebagai tanda berpunya diri
hanya menunggu detik dan hari
untuk bertukar menjadi suri

tangan dihulur disambut erat
mengendung kasih begitu sarat
untuk mendapat restu dan berkat
agar bahagia dunia akhirat

 pada Allah doa dipanjatkan
 moga hajat Allah kabulkan
setiap langkah dipermudahkan
cubaan dan dugaan mohon sisihkan

hanya tinggal 7 purnama
detik itu tidaklah lama
sudah besar anak mama
jagalah adat jagalah agama

doa ayahanda dan juga bonda
moga bahagia di mana berada
doa selalu janganlah reda
moga Allah limpahkan berganda


bila 2 keluarga bercantum satu
lebih bahagia pastinya tentu
jaga hubungan anak menantu
moga seerat isi dan kuku