Monday, October 21, 2013

Aidil Adha part 1

 

Raya  Haji tahun ni 
sekali lagi kami tak balik kampung
cuti sehari je...hari Selasa
Hari Isnin sekolah,Rabu pun sekolah



Rancangan pada awalnya
selepas solat sunat raya
kami nak bergambar sekeluarga
tapi tak jadilah pulak

 
kerana balik dari masjid abah terus gi surau
angah dan keluarga pulak datang lambat
jadi tak cukup ahli
kami pulak dah bersiap-siap nak gi Cheras
tahun ni kami berkumpul rumah Chik



sempat jugak kami snap-snap
cara-cara tak cukup ahli
sempat secara berduet

secara trio pun sempat
malah secara solo
cuma tak sempat bergambar dengan abah
sibukkkk....



makan dan makan lagi

7.10.13
Balik sekolah ke Bandar Tun Razak
temankan Reen ke rumah ibu mertuanya.
kami tunggu kat kereta je...

balik dari sana...
kami dibawa untuk makan
ooo tempat ni abah pernah bawa
makan dengan ayam goreng kampung
terima kasih nun kerana belanja

9.10.13
kali ni western food pulak
Inn yang ajak
tapi yang bayar tentulah mama...
emmmm...
CR Setiawangsa.

beli belah

14.10.2013






Sunday, October 20, 2013

tinggi

18.10.2013
Hari ni sekolah mama ada 
pemeriksaan kesihatan dari UM
percaya tak mama orang kedua
gi buat pemeriksaan
walaupun tak berani menerima kenyataan

ambil tinggi....(160 cm)
timbang ...(rahsia...nasib baik penimbang tu tak rosak)
bila timbang....hihihi dah tahu jawapannya
dia kata mama obes...
hihihi ye ke?
bukan ke mama ramping je...
hahahaha(kalau tak cakap pun dah tahu)

 
ambil pulak tekanan darah
(ambil gambar model lain...pasal tak sempat ambil bukti)
haaaah ye ke?
ni memang tak sangka...
tahun lepas ok je(hahaha)
tahun ni tinggiiiii....(huhuhu 168/81)
patutlah....

Beliau juga kata kolestrol mama tinggi
tahun lepas atas pagar
eheheh...semua meningkat
kalau kat sekolah memang nak tinggi
nak keputusan tinggi
tapi...kalau bab niiii
huuuuuu

keputusan darah pulak akan tahu bulan depan
alahaiiii apalah pulak keputusannya...
......

Friday, October 18, 2013

kempunan

  
kempunan?
tak...tak...
taklah sampai macam kempunan
telur ikan tembakul

habis tu mengidam?
dok eh...doh tok leh ngangung...

teringin?
ya...ya..
sejak akhir-akhir ni
teringin sangat nak makan telur sotong
dan telur ikan pulutan

telur ikan pulutan ni
last mama makan
masa mengandungkan along atau angah
bermakna antara 28 hingga 29 tahun yang lalu.

dengan kuasa Allah tanpa diduga
cik ngah dan ayah ngah tanya
nak telur ikan?
nak!!!jawab mama laju
ehhh malunya...
tapi alhamdulillah hajat tercapai...
terima kasih dinda berdua...


Thursday, October 17, 2013

saba bukan sabar....

6.10.13
cerita basi...dah lama
tapi tak pelah
nasi arab yang kami makan tak basi
lagi pun sedappp sangat
kami 3 beranak keluar cari makan
ada yg kata a
ada yang kata b
sekali kata ke c
pas tu kata ke d
sabar jelah budak2 ni
akhirnya kata putus dari mama
jom...kita ke saba...



korban




hari tu rakan sekerja borak2
gurau2...
dan kaitkan dengan kosa kata korban
ya...korban percintaan

eh...rasa pernah dengar
ya...imbas kembali
balik selongkar...dapat...
best juga...



Lirik Korban Percintaan - Julie Remie

Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu

Tapi kini apa 'kan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah

Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita

Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan



tengkujuh @ banjir kilat?


16.10.13
musim tengkujuh?
mana ada...belum lagilah...
ni baru oktober...

ya... betul...
sejak beberapa bulan yang lalu
dah bergelora....
dan hari ni tengkujuh,,,'
tengkujuh di hati mama



wauuu....tak sangka
ala-ala banjir kilat pun ye jugak
'mungkin banyak sangat sampah sarat
banyak yang tersumbat
tu yang banjir tu...
dah kontrol...tapi terburai jugak
di hujung talian

malunya...
tapi tak pelah
selepas banjir sedikit sampah sarat
dah hanyut
dasar yang tersumbat
dah ok sikit dibawa air




tapi tiupan angin ala-ala musim tengkujuh
masih terasa
rintik sekejap ada sekejap berhenti
semuanya di hati

Ya Allah...
moga tiupan tidak salah
perbetulkan arah angin
jika mendatangkan kemudaratan
amin...

Sunday, October 13, 2013

Kerjaya & Keluarga


9.10.2013
(gambar:hanya hiasan)
Hari ni mama bertugas...
hampir mama terlupa
dalam gurauan @ sindiran
mama diingatkan....
terima kasih...

(gambar:juga belum berkaitan )
Tiada aktiviti pun di sekolah
hanya beberapa kelas yang adakan kelas tambahan
nasib baik mama ditemani oleh nun....
jadi...taklah sunyi...

Hari ni tok mi dan humyra datang
kerana su nor ada hal di damansara
walaupun mama tak de tak pe
kerana inn ada
seronoklah dia dapat bermain dengan humyra

balik dari sekolah
dapatlah mama lihat keletahnya
...terhibur

ooooo...
dia lakon semula
berbagai aksi

menyanyi pelbagai lagu
dengan gaya dan lentuk badan
mengaji pun...
berenang pulak....
atas toto...
ada kuak lentang...kuak kupu-kupu
menyelam...sejuk...
hahahaha....
petangnya kami ke Pegaga
jumpa su nor di sana...
lunch...
niatnya mama nak belanja...
tapi rupanya su nor pun mempunyai niat
yang sama

tqvm humyra menghiburkan
mama long dan kak inn
tqvm su nor kerana belanja....
tqvm juga buat cgu nun kerana temankan mama

persediaan

 4.10.13
Inn bercuti hampir dua minggu
jadi dia bercita-cita
nak jaga...nak main-main
dengan Alya
jadi...
kenalah bersedia...buat persediaan
ooo...sebelum kak alzalia balik
ambil alya...
jadi boleh bawa alya ke taman
boleh mandikan alya
boleh nyanyi-nyanyi
gelak-gelak...
juga bersenam...naik turun tangga
hiiii...mama tumpang seronok..