Saturday, December 22, 2012

malam...


14.12.2012 : Jumaat


Balik dari kerja
abah balik seorang tanpa alya
kak alzalia terus balik ke rumah mereka
kerana angah dah balik dari manjong


tapi...
malamnya alya datang...
ambil barang-barang yang tertinggal...


sebenarnya tika angah telefon nak datang
kami dah nak keluar
nak pergi makan

ajak mereka ikut sekali
tapi angah tak nak kerana dah kenyang


jadi...
mama bertiga je pergi
pergi ke kedai zan...
teman angah dan abah


selamat hari jadi dik,,,
walaupun telah berlalu...



tq abah...
best juga sesekali
keluar makan kat luar
dipayungi langit malam.


suka @ duka


Khamis 13.12.2012


Sejak akhir-akhir ini pelbagai rasa 
berbaur di jiwa
sedih dan duka silih berganti


sedih kerana mama akan kehilangan seorang teman
yang akan berhijrah ke Sarawak
mengikut suami tercinta.

semasa hati disalut duka
pada yang sama ada rasa suka
nunnnn jauh di sudut sanubari
mama gembira kerana hasratnya tercapai.


selain sebagai tanda perpisahan
mama juga ingin meraikan adik-adik mama
yang sering membantu mama
tanpa mengira masa.
Sudah lama mama berhajat....baru kini terlaksana


balik dari sana
berlaku satu insiden...
nasib baik...tepat pada waktunya
su nor dan tok mi tiba...


nasib baik langkah su nor masih ringan
urat su nor masih belum bersimpul
jadi...dapatlah su nor menyelesaikan masalah
dengan memanjat pagar
bukan tu je...su nor bawa puding roti
best...
hihihi terima kasih su nor

petangnya...
seperti semalam alya datang
tidur di sini dengan kak alzalia
kerana angah ke manjong

malam ni alya ok
seperti semalam
selepas main-main alya tidur...
dan mama menyambung...buat modul


Friday, December 21, 2012

meraikan....


Sabtu 15.12.2012
ada acara yang perlu dihadiri


bermula dengan  tengah hari...
memenuhi undangan Tn.Haji Ishak Din dan isteri
jiran kita
meraikan pengantin baru

Diikuti pada petangnya
ke rumah auntie lina
meraikan hari jadi cucunda kali kedua
tahniah...


jiran paling dekat
dan menantunya @ ayah sofia
bekas murid mama


sekembali dari sana angah datang
jadi dapatlah ayah long
main-main dengan alya...

alya selsema sikit
patutlah dua malam lepas dia asyik  nangis
dia tak leh tidur
ingatkan dia rindukan abahnya.

3A


10.12.12
Cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor.
Jadi,pagi-pagi mama keluar beli sarapan.
Bukan tak nak masak, tapi tak de bahan.
Nak masak itu...ini tak de....
nak masa ini...itu tak de...
(sungguh....bukan alasan)


Bila mama sampai 3A-Angah,Alzalia dan Alya
dah berada di pintu pagar- nak pergi...
(sebenarnya...semalam mereka tidur di sini)
ehhh...mereka tak cuti ye?
rupanya abah punnn...


ooooo mereka wilayah ye...
cammana dengan makanan ni...
Tak sempat pun dapat jawapan
angah dah beria-ia desak mama temankan mereka.

oklah...
ehhhh...ke mana kita ni?
Ingatkan hantar Alzalia
rupanya ke Puncak Alam
selepas hantar Alya


Balik dari sana barulah
hantar Kak Alzalia
dan angah ke Manjong...

Selamat jalan abah...take care
[ bisik Alya]

Friday, December 14, 2012

pagi hingga petang

pagi:alya datang...
tertidur....
tengah hari: kenduri di MPAJ


Petang: Ke MMU


Ke JJ


Beli barang keperluan Inn

Makan di saba

Malam: sampai rumah
husss penuh...letih.

Thursday, December 13, 2012

rasa dekat je...

 

tak tahu mengapa
setiap kali menonton 
dan menghayati cerita tu
hati mama tersentuh...
mama teringatkan dia...
tapi...kesahnya  bukanlah bulat-bulat seperti
kesah tu...tapi mama teringatkan dia.

 


bila mama melihat wajah watak utama itu
wajah cerianya...ingatkan dia
wajah sedihnya...ingatkan dia.
kenapa ye?
sedangkan wajah mereka tidak serupa.

 



jauh di sudut hati ada rasa yang sukar digambarkan.
kenapa?
entah....
masih mencari jawapan...

 

nenek kebayan


 
kalau dalam hikayat lama
nenek kebayan biasanya
membantu putera raja bertemu puteri raja
contohnya hikayat inderaputera
 atau membantu watak-watak
dalam menghidupkan cerita
seperti membantu melor dan pekan.


tapi kami rasa kami pun
ala-ala nenek kebayan
walaupun bukan untuk
menyatukan
tetapi menjadi tempat luahan rasa
tempat  menyimpan rahsia


rahsia dari kiri kanan
belakang depan,atas bawah....
hussss
terpaksa dimasukkan ke dalam
peti besi @ bilik kebal
agar kerahsiaan terjaga
demi kebaikan semua.



Wednesday, December 12, 2012

12.12...

 

12.12...angka yang cantik
tapi membawa catatan sejarah buat kita sekeluarga
tarikh yang mengaris bisa di hati kita
tarikh bermula gundah gulana
yang membuat kita sarat menanggung rindu...

saban waktu kita terbayangkan wajahnya
wajah yang terkandung 1000 makna
yang ada di mana-mana...bila-bila masa
ketika kita memerlukannya ketika hayatnya masih ada.


kini...telah 8 tahun berlalu
kita bagai musafir...
bagai ada ruang yang kosong...
tapi kita perlu reda...
dan doa dipanjatkan
sebagai tanda rindu , kasih dan sayang kita padanya
agar rohnya aman di sana
amin...
 

i hope so





 
11.12.12

Photo: Hit LIKE and SHARE if you love your family <3
12.12.12