Saturday, January 28, 2012

bersama-sama anak bujang



Hari ni (23.1.12) sekali lagi mama ke JJ
hiiii mungkin pekerja-perkerja kat situ
dah muak tengok mama...
tambah lagi...
ada di antara mereka ex-student mama


tapi pemilik JJ mesti sukaaaa
kerana mama antara peyumbang yang aktif
hari ni.... beli barang adik pulak
nak bawa ke asrama...



bukan barang adik aja
Izzat pun tumpang
bekal untuk sarapan(katanya)
tapi stok lain pua ada juga...
terselit juga barang along.



seperti biasa penutupnya
mestilah.....makan...
sementara tunggu along bermesra
dengan kerusi hikmat...
kami order dulu....
dia sampai...terus ngap....

Harapan:

terjumpa....jadi rindu


Cikgu Y kate kalau sedih - sedih dkt sane,

tgk benda ni.

Mesti tak sedih dah :')

haish rinduuuuuu cikgu nnt :')


Kata-kata:

Friday, January 27, 2012

buang yang keruh



Teman,
mama turut lega
begitu lega
menerima berita pagi tadi
alhamdulillah



tapi,
mama harap
moga berhati- hati semasa bertindak
jangan pisang berbuah dua kali



melentur buluh jangan sampai patah
juga.....
bak kata orang tua-tua
menarik rambut dalam tepung
rambut jangan putus
tepung jangan berselerak



mama tahu
senang berkata tapi sukar melaksanakan
berat mata memandang
berat lagi bahu memikul



tabahkan hati...
pasti ada ganjarannya...
suatu waktu pasti dia faham
maksud dan tindakan keluarga
doa ibu pasti dimakbulkanNya



mama hanya mampu memberi sokongan moral
sedia mendengar ...
keluhan dan rintihan
agar melegakan
hati yang tercalar.



maafkan dia
ampunkan dia
buang yang keruh ambil yang jernih
moga semuanya berjalan lancar.



Renungan:

ketahuilah...


Anak...
jangan cepat bertindak
fikir berulang kali
ingatlah...
yang...



ibumu resah
memikirkanmu



ibumu bimbang
tentang keselamatanmu



ibumu risau
masa depanmu


semuanya...
kerana sayangnya
dia padamu....








Fikirkan:

Thursday, January 26, 2012

kasih ibu



ibu...
mama pun ibu
dah hampir 28 tahun
mama bergelar ibu
banyak suka dukanya...



tapi pagi ini
hati ibu mama tersentuh
apabila seorang ibu menyampaikan
aduhaiii anak...
pendeknya akalmu


mama tahu...
bicara ibu ini berisi bimbang
walaupun dia cuba menyembunyikannya
tabahnya dia...
kuatnya dia

mama yang resah
tapi...tak tahu cara untuk membantu
hanya doa mama iringkan
agar semuanya akan ok...



tadi...
mama cuba sms
masih mengecewakan
oh tuhan bantulah insan itu
ibu itu
teman mama ini.



Renunglah:

sedutan...


mama suka kata-kata ni...

Cantik rupa- biarlah di mata,
Luhur budi- takhtakan di hati,
Benar kata-kata- diingat sentiasa,
Yang dusta- baikilah bicara,
Yang sayang -dibelai, ditimang,
... Yang benci -usah dicaci,
Yang marah -biarlah mengalah,
Yang salah- kemaafan diluah,
Yang merajuk -dipujuk dan ditunjuk,
Yang malu -didekati selalu,
Yang terpisah- disatukan jadi gagah,
Yang jauh -dijemput dengan bersungguh,
Yang dekat- didudukkan rapat,
Yang rapat -dirangkul erat,
Sepakat kita kuat, muafakat kita berkat.

Monday, January 23, 2012

tanda kesyukuran


22.1.2012

Bagan Lalang

Dah beberapa hari along cadangkan
ke Bagan Lalang...ikan bakar
kami ambil keputusan tunggu adik balik



Pagi tadi adik balik
jadi kami ready....
petang nanti kami berangkat...


tapi alahai...
adik demanlah pulak
tak leh gi
Izzat telefon dia ada dating
dengan kawan-kawannya...



telefon su nor...
dia baru balik dari MV
keletihan...semua tertidur
jadi....tak ikut



Jadi kami konvoi 2 kereta je...
5 orang je...
nak naik satu kereta...
bimbang padat macam ikan sardin...
maklumlah...kamikannn....

jadi sempena datang jauh-jauh ni
mama pun raikan...
semuanya sekali....
kira boronglah....



1. Sebagai jamuan Hari Jadi buat Kak Alzalia dan angah
(walaupun dah berlalu)



2. Sebagai tanda kesyukuran
bakal jadi neny...
tahniah buat angah dan Kak Alzalia



3. Juga jamuan hari jadi
buat along(walaupun belum tiba masanya)
hihihi sebulan lagi....



Juga meraikan
hari jadi abah....
walaupun dah rai
walaupun abah tak de
Inn tolong wakilkan(kira ok ke?)

hihihi...apa pun mama harapkan
kita sekelurga dilimpahi rahmat
dan bahagia selalu
amin



Di hati:

sepatu @ kasut



Mama nak beli kasut
punyalah susah...
bukannya nak beli kasut Cinderella pun
tapi...
kerana...
Memandangkan kaki mama yang begitu 'gebu'
maka amatlah susahnya nak beli kasut
banyak kecewanya...

Cuma biasanya di Ampang Park
tidak mengecewakan mama
walaupun tak boleh terlalu memilih
tapi ada saiznya

biasanya dialog mama
' tolong ambil saiz yang paling besar'
hihihi.....@ huhuhu


jadi kalau pergi mama tak beli sebelah
seperti Cinderella
mama beli berbelah-belah
simpan stok....
bukan untuk melawa
tapi demi tugas...



kalau nak ke AP
mama kena tunggu pembantu peribadi ni dulu
kerana nak ke sana sorang2 rasa kekoklah pulak
canggung gitu...

bila dah selesai pembantu peribadi
mengadu lapar(dah agak dah)
lalu telefon yang lain-lain
untuk bersiap...
tapi semua tak nak kecuali along



Ini makanan pembantu peribadi...
hihihi diet...katanya
tak makan nasi....tapi ada daging goreng
kihkihkih...
dan...along minum je sambil baca komik
(rasa macam tak percaya)
tapi realiti tengah hari ni....

Renunglah: