Sunday, December 25, 2011

safari-24.12.11



kaki yang luka terasa sakit
tapi..kami pergi juga ke safari

tarikannya gajah
menunggu untuk dinaiki


nasib baik tak de sapa antara kami
yang berhajat nak naik
kalau tidakkkk


tapi...izzat ada hajat
hajat nak masuk dunia air(ah ah )
tapi....tak jadiiii
atas banyak sebab


semasa keluar dari kawasan
kami nampak pagar yang sedikit terbuka
(sengaja ke?)

hihihi...comellll
inn berjaya tanpa dipaksa

kuda-24.12.11


Selepas meronda-ronda melihat keindahan alam
kami singgah pula di Microlight & Sport Centre

mula-mula ada yang berhajat
nak cuba...
tapi...tak jadi

jadi...bergambar jelah
itu pun dah ok

berhampiran tu juga ada kuda
ooooo di sini pun kami
klip...klip

mengisi masa
ada bahan bukti

untuk abah
untuk along
untuk angah
dan untuk adik

ni pula kereta kuda
untuk arak pengantin...
nasib baik mama dah kahwin...

kalau tidak boleh jadi
ala-ala cenderalella
kahkahkah

ni jenis lain pulak
ok jugak

ni bergaya je
tak mengayuh punnn

kereta kebal pun ada
bergambar jugak


alahai bagai wirawati
tanpa senapang


Lepas tu pergi bergambar
dengan kuda kenik pulak
alahaiiii

23.12.11 : mayang sari


Taklimat Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)
oleh pengetua

Ya Allah ada juga yang macam tu...
hiiii bukan mama yang tentukan skim ini
dinding oh dinding....sabar jelah

betul ke pilihan kita?
Reda je lah...

Moga dapat melaksanakan tugas dengan baik
Selepas taklimat mama ke kedai Zah dengan Ani dan Nun
Seterusnya ke Bawang Kecil
(lupa ambil gambar-jadi tak de bahan bukti)


Balik dari sana mama ke CJ dengan Izzat
ambil si puteri
dan seterusnya nak ambil si bongsu
abah ke GM


Tiba di UITM carilah si bongsu...
call bertalu-talu
rupanya tertidur...
nasib baik dia terk.....t dan terjaga(hahaha)
kalau tidak....
adik oh adik


sementara tunggu adik
sempatlah inn order makanan
punyalah lama....
akhirnya
dia makan je atas kereta


dari sana kami buat keputusan
bermalam aja di A'famosa
dah letih....hari ni tak de rehat langsung
anggap je bercuti...

oooo rupanya hotel penuh...
cuti hujung minggu dan xmas
apt je ada
harganya pun ya rabbi

tapi nasib mama baik
mama ditawarkan tempat ni
harga separuh lebih murah
ada 2 bilik dengan segala kelengkapan
agak selesa

selepas check in kami jalan-jalan cari makan
husss anak-anak ajak mama
makan ikan bakar di Umbai
tapi....mama tak larat
jauh sangat...

jadi kami cari yang berhampiran saja
adik nak makan ikan 3 rasa
oklah tempat ni ada

mereka makan begitu selera
kata adik dan izzat:sedappppp
mungkin mereka lapar(oppps)
mama dan Inn rasa ok ok je
tawar sikit...

lepas je makan
ada lagi permintaan...
nak makan durian...
jadi kami berhenti makan di kebun berdekatan
mama rasa harganya lebih mahal dari KL
tapi demi anak-anak...
ikut jelah....

Thursday, December 22, 2011

kering doh kolam mama...


Sejak pagi mama mengusung debaran
debaran yang berpanjangan
akhirnya lega....
keputusan diumumkan

semasa diumumkan pelajar cemerlang
sebak bertandang lagi
tika melihat wajah-wajah mereka
tika mendengar tepukan gemuruh mereka
tambah lagi....
bila seorang anak mama naik ke pentas
dengan tersedu-sedu....

oh....tak tahan tak tahan
air mengalir lagi
oooo no....no....
tiris lagi ...
rapuhnya dinding...
kata nun....dengan melawak
orang tua memang macam tu...
(sambil hulur tisu)

Cik gu Jef tersenyum
mama tahu hati mereka juga tersentuh
kali ni air mata dibuang kerana
gembira....bersyukur...
kalau cam ni kolam mama
akan ketandusan....

Dan tahniah buat anak buah mama tersayang
Arif - 8 A
Bella - 5 A
Nina - 5 A
moga terus memburu cemerlang.


Wednesday, December 21, 2011

air mata gugur lagi



Kerana rindu...
hari tu air mata mama laju mengalir
tak dapat ditahan
bukan kerana rindukan seseorang
tapi kerana ombak rindu

Hari ni...
air mata mengalir lagi
juga kerana rindu
rindu pada arwah suami
(tentulah bukan mama)


mama menahan sebak membacanya...
membaca luahan dalam blognya
dan komen-komen yang diberi...

sebenarnya mama
peminat setianya...
silence reader

mama sering mengikuti perkembanganya
setelah diberitahu oleh su nor
tapi...tidak pernah komen
tidak terdaya untuk berbuat demikian
lemah jadinya

cuma doa mama
moga mawar,kekwa dan embun
ketemu kebahagian nanti....

Sunday, December 18, 2011

sejarah dia



Mama mula menggunakannya
tika mama remaja....
Rumah tok mi guna yang macam ni
mula-mula warna hitam...
lepastu pelbagai warna



Selepas tu bertukar kepada yang begini
dari dail bertukar kepada tekan



Hp mula ada
masa mama dah kerja
masa tu hp melambangkan kemewahan
tapi sekarang sudah jadi keperluan


Mama mula guna
dengan ehsan ayah cik(hikhikhik)
dia hadiahkan mama sempena hari ibu
terima kasih emi....



seterusnya along pula yang hadiahkan
semasa dia belajar di jepun
dia beli di sana...
warnanya oren macam gambar di atas
terima kasih along
suka sangat- sangat


setelah lamaaaa guna
tika dia dah mula meragam
anak-anak cadangkan
mama beli yang baru....
mama bercadang nak beli yang murah aje...

tapi angah berjaya mempengaruhi mama
dengan janji-janji
mama pun belilah yang lebih kurang camni
walaupun masih ada yang jauh lebih mahal
tapi mama rasa yang ni pun dah mahal

Inilah satu-satunya hp yang mama beli
tapi...tiba-tiba hari ni 'dia' terpisah dari mama
tercicir....tak tahu di mana
huhuhuhu...