27.7.2011 Mama ke c4 dengan Nun Selepas itu Ani, Yana dan penaja/Za tiba seperti yang dijanjikan Kami makan-makan atas tajaan Puan Zainuliza sebagai tanda kesyukuran beliau mendapat APC
Pagi ni Inn hantar mama ke sekolah kerana dia nak ambil jubah di IIC dan dia ada kelas di MMU pada tengah hari.
Pagi ni tika mama hantar bahan untuk pengetua beliau minta mama berucap semasa perhimpunan. Huss...bederau kerana tidak bersedia tapi mama redah je...kerana mama anggap itu adalah arahan.
Selepas perhimpunan mama uruskan pelajar yang datang lewat dibantu oleh Pn.Azamima.TQ dear...
Pelajar menyalin karangan Selepas menguruskan pelajar lewat mama ke dewan- Program MAYS Kecil hati mama apabila mengetahui dia marah kerana mama ke kelas sekejap kerana mengajar (mama tak faham dan dia pun mungkin tak faham) Sebenarnya mama telah pun minta izin dari HM. dan...mama rasa majlis pun tak terganggu....hussss
Mama jumpa dia dan menjelaskan perkara sebenar. Dan seperti biasa dia ada helah bela diri...tetap ternyata dia menipu lagi...dan mama dengar dia merajuk(perlu ke?) Selepas itu taklimat oleh Pn.Ike... HM tak ada kerana akan ke PPD En.Nordin memberi bantuan-BI...Terima Kasih...
Pelajar sedang membuat kain rentang Mama ke JJ bersama-sama teman-teman...hilangkan stress... Cikgu Rahani yang hantar mama balik hari ni-terima kasih Ani. Malam: abah balik dari GM dan Inn hantar kereta dengan Shahida. Baru lega hati mama.