Wednesday, May 11, 2011

koleksi ucapan hari ibu




Pah
Ya Allah,wanita yang membaca sms ini adalah
seorang ibu yang cantik,kuat,sabar
dan saya menyayanginya.
Kau tingkatkanlah kehidupannya
dengan rezeki yang berkat,
kau rahmatilah setiap langkahnya
dalam mencari rezeki keluarganya.
Kau bersihkanlah hatinya...
kau kuatkanlah imannya...
Kau peliharakanlah dia dari fitnah.
Amin..Selamat Hari Ibu.

Zu
Wahai ibu yang berkorban untuk keluarga
dengan keikhlasan dan ketabahan
doa semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu
atas jasamu...
atas kegigihanmu
atas kebajikanmu
atas kesetiaanmu
atas pimpinanmu
atas segala pemberian ikhlasmu
hanya Allah yang dapat membezakan antara kamu...
doaku agar kamu
diberi kesihatan yang yang sempurna
rezeki yang berkat
dan anak yang solehah dan menghargai jasamu
amin.

imigresen

5.5.2011 mama bergegas ke JIM cawanganWangsa Maju
kerana mama kena siapkan secepat mungkin
tak sedar tarikh matinya sebulan lagi...
mama bernasib baik prosesnya agak cepat
berbeza tahun lalu semasa nak buat untuk Inn
Alhamdulillah semuanya selesai...

Sunday, May 8, 2011

mawar putih untuk mama


lagu ini kak alzalia dan angah hantar pada mama sempena hari ibu...

terima kasih anak-anak...

mama saaayang semua

Mawar Putih Untuk Mama



Artist: Sharifah Aini
Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Wednesday, May 4, 2011

ziarah




Hajat mama tercapai sudah...
lega...
selepas sekolah mama bersama
Pn.Norainum
Pn.Soleha
dan Puan Rohani

telah sempat menziarahi Puan NZaiyanah
dia sakit-batu karang...
terkejut kami
apabila melihat batu yang dikeluarkan
bagai tak percaya...besar...

Selepas ziarahnya...
kami ke rumah Puan Fatimah
juga menjalani pembedahan...
huss...bila melihat mereka
mama bersyukur...
walaupun mama uzur tapi mereka lebih lagi...

Mama doakan agar mereka cepat sembuh...
dapat bersama kami seperti biasa...

Tuesday, May 3, 2011

sehari berlalu


Hari ni hujan lagi...
dingin dan damai...
Motivasi Tingkatan 3 oleh Dr.Othman berjalan lancar
seperti yang dirancangkan di Dewan Amal.

Selepas motivasi pameran buku anjuran Pusat Sumber pula
diadakan di dewan.

Selepas sekolah mama ke Puterajaya hantar bahan.
Pulang dari sana mama singgah di Cheras-Cress.
Sakit tapi moga melegakan.


Tak sempat singgah rumah adik-adik kerana hari telah lewat.

Monday, May 2, 2011

arokaya

Badan mama amat teruk...
sakit sangat...
tanpa diberitahu oleh sesiapa
mama tahu puncanya kerana
-tua
-berat badan
hihihihi

Sebelum ni abah yang tolong urutkan
oklah sikit
tapi masih sakit...huhuhu memang betul2 tua
mama ambil keputusan ke arokaya...

Tiga hari berturut-turut mama ke sana
petang sabtu....dah penuh ...kena tunggu..
mama meronda JJ dulu...dan tentunya terbeli...
Di arokaya mama terjumpa bekas pelajar mama
baik budaknya...lembut budi bicara...mama suka...

Esoknya pagi Ahad mama tiba sebelum 10.30
jadi ...ronda lagi...terbeli tudung pulak...
Hari ini mama jadi orang pertama...

Hari Isnin,cuti...
11.00 mama mula diurut...
percaya tak?
1jam 30 minit mama diurut...
dan...mama yakin sangat mama tak tidur,...(hihihi)
dan hari ni paling best walaupun sakit....

Moga sakit mama akan berkurang
Moga mama dapat elakkan keluhan..
Moga segala aktiviti berjalan lancar...
Amin....

segunung simpati



Sejak minggu lepas jiwa mama terusik
Rasa bersalah...rasa berhutang
kerana
2 orang teman sekerja mama
-sakit
-pembedahan
-bercuti


tapi...
mama masih belum berkesempatan untuk menziarahi mereka
mama ingat...
mama ingin...
tapi hingga kini ada saja penghalangnya

Ya Allah berikanlah kelapangan untukku menziarahi mereka
sebagai tanda simpati...
moga memberi kekuatan pada mereka
Amin...

dan mama selongkar dan ketemu ini dalam intenet...

50- KEUTAMAAN BERKUNJUNG KEPADA ORANG SAKIT

149-
قَالَ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ، فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ.
149. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Apabila seorang laki-laki berkunjung kepada saudaranya yang muslim, maka seakan-akan dia berjalan di kebun Surga hingga duduk. Apabila sudah duduk, maka dituruni rahmat dengan deras. Apabila berkunjung di pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya, agar mendapat rahmat hingga sore. Apabila berkunjung di sore hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya agar diberi rahmat hingga pagi.” [167]
---------------------------------
[167] HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan lihat Shahih Ibnu Majah 1/244 dan Shahih At-Tirmidzi 1/286. Ahmad Syakir menyatakan, bahwa hadits tersebut adalah shahih.

Kenapa?

Bila mama nak lahirkan satu lagi blog
along dan Izzat bertanya
kenapa?
Jawapannya:
Blog 1

  • hanya untuk mama catatan hal peribadi (untuk tatapan peribadi...)
  • luahan rasa(terapi minda)
  • memori yang mungkin satu waktu bakal mejadi pengubat rindu anak-anak,adik-adik dan orang yang dekat dengan mama.(tika mama telah tiada)
Blog ke-2
  • Sebagai panduan,hadiah dan kenangan dari mama.
  • moga yang sedikit itu menjadi warisan ...

Blog ke-3

  • Khas buat kenangan perjalanan hidup mama mencari rezeki
  • sebenarnya banyak bahan sudah ada dalam blog lama
  • tapi...mama berhajat untuk pindahkan ke blog ini agar lebih tersusun
moga blog ini dapat menjadi
kenangan bergambar
laporan tak rasmi
dannnn...mengimbau kenangan lalu...
bersama permata hati dan rakan sejawat.

Dinda




Rumusan bahagia pada bulan April ialah
hari jadi adik-adik mama...
Alhamdulillah
mama masih berkesempatan melihat kebahagian mereka
mama masih sempat mengucapkan SHJ buat mereka
walaupun umur kami kian meningkat.

Doa mama moga adik-adik mama ini
dikukuhkan iman
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
dilimpahi kebahagian....
Amin...
Moga tahun depan
mama masih dapat menikmati keindahan bersama mereka
mama masih dapat menumpang kasih mereka
mama masih berupaya melihat kasih sayang mereka
moga ....mama masih ada....
bersama-sama mereka.
Amin


Saturday, April 30, 2011

Takziah dan Tahniah-30.4.2011


30.4.2011-Sabtu

10.21 pagi:
Mama terima SMS dari Cikgu Roslan yang berbunyi

Salam.Mak saya dah tak ada.
Meninggal semalam tepat jam 12 tengah malam
masa oyw balik kampung.
mohon doa buat arwah.TK

Al-Fatihah,moga Lan tabah menghadapinya.

Untuk maklumkan pada warga SMART
mama masukkan berita ini dalam fb
tanpa diduga mama terima satu lagi
berita sedih dari ahli warga SMART
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Pak Andak Sham,dan dimasukkan dalam golongan orang2 beriman.....amin

Mama terpaku seketika...
Minggu ini ramai teman mama yang kehilangan
orang yang disayang.
Moga mereka tabah dan reda menerimanya.

Tengah hari:
Mama dan abah menghadiri majlis perkahwinan
puteri kepada Puan Saadiah dan suami.
Tahniah Dr.Izzati dan pasangan.

Petang:

Sekembali dari kenduri
abah bersiap-siap untuk ke Gua Musang.
Dan mama mengiringi anakanda(Izzat)ke JJ.
Selepas membeli belah tu ....
seperti biasa Izzat ajak makan.


Semasa makan mama teringat
kalau ada ayah cik lagi best
kerana....hari ni hari jadinya....
tak pe...
mama tolong makankan
untuk ayah cik...hihihi
apapun doa dari mama
moga adik kesayangan mama ini
sentiasa dilimpahi kebahagian dan keberkatan.
Amin.