Sunday, April 17, 2011

april lagi

16.4.2011-Sabtu
Ke Shah Alam dengan abah dan adik
Adik temuduga DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA - MC110 di UITM
Mama tunggu saja di kereta-tak larat nak mendaki tangga-huhuhuhu
Sementara menunggu adik, abah datang ajak sarapan di Electronic Cantre
dan adik ikut serta setelah ditemuduga
Harapan dan doa mama agar adik berjaya.Amin.



Hujan sepanjang hari-moga hujan rahmat
MOGA ADIK BERJAYA ....


Balik dari sana ke Majlis Menyambut Menantu
Putera Pn Ramlah dan Suami di Dewan MPAJ


17.4.2011-Ahad
Bangun je mama masuk dapur
buat puding trifle buat majlis kak lina
Majlis Cukur Jambul-cucundanya...


Masa buat tu mama terfikir: ok juga buat untuk raikan diri sendiri
hihihi...saya je ye yang ingat....hihihihi ....lagi


Pukul 10 ke rumah Kak Lina-meriah


Baby Adlia Syafiyya
bersama bondanya Alia Haryani
hihihi pastilah mamapun ambil kesempatan...

Malam:Tok Mi datang dengan Ayah Cik dan keluarga

18.4.2011-Isnin
Tiada perhimpunan -hujan
Ibu Azim datang...
Taklimat Pengetua-HM sebenarnya tak ada
-Kami2 je kerana beliau Mesyuarat Sekolah Kluster
Ke PJ dengan Tok Mi-hantar bahan.
Balik ke JJ-makan di Kenny Rogers

Malam:Ke CJ hantar resit Inn dengan abah-Ya Allah letihnya...
Tok Mi tak ikut serta-tertidur(pasti juga keletihan)


19.4.2011-Selasa
Buat pemeriksaan bagi Tingkatan 4 Ehsan dan mereka yang lewat.
Pagi-pagi HM membawa berita...
sekolah kami tersenarai sekolah kluster
Hiiiii...gembira ke?bangga ke? atau.....hussss
Sebelum ke rumah Tok Cik singgah makan sate
di Taman Melati dengan Tok Mi


Tok Cik tak berapa sihat...kesihan dia
Sesekali ketika bercerita mama lihat ada air di matanya

20.4.2011-Rabu
Hari ni berkurung di Bilik Q-Mesyuarat Sekolah Kluster

Balik dari sekolah bawa Tok Mi ke R&K tapi belum beroperasi
lalu tukar arah ke kedai Asam Pedas-Makan Mi goreng
Tok Mi makan kuey T


Malam Tok Mi nak makan sate
Izzat belikan di R&K

21.4.2011-Khamis
Hari ini masih berkurung di Bilik Q
Tapi kali ini buat Plan Strategik
Berasap kepala-tapi mama cuba bertenang
dan cuba gembirakan hati....
Tapi terperasan ada juga yang mementingkan diri...
husss....macam-macam

Sebelum balik sekolah seperti biasa call Tok Mi
untuk ajak keluar makan
rupanya Tok Mi dah odw to cheras
Su Nor dan Pak Su Haris yang datang ambil
mereka cuti....

balik sekolah bertungkus lumus siapkan bahan untuk hantar esok.
Malam keluar makan dengan abah di Al-Anssar-28 tahun doh...

Sebelum tidur,tiba-tiba fb tak berfungsi....

22.4.2011-Jumaat
Subuh:Fb masih belum boleh dibuka
'The connection was reset'
The connection to the server was reset while the page was loading.
* The site could be temporarily unavailable or too busy. Try again in a few moments.
* If you are unable to load any pages, check your computer's network
connection.
* If your computer or network is protected by a firewall or proxy, make sure that Firefox is permitted to access the Web.

Hari ini adik ke UPSI dengan abah
kerana ada temuduga
Ya Allah Kau berikanlah yang terbaik untuknya...
kerana Engkau Maha Mengetahui...
Mama tidak dapat ikut serta kerana hari ini
jadual mama penuh....

Selepas rehat kami berkurung lagi-siapkan pelan stategik
1.30 ke PJ hantar bahan
4.00 pergi sekolah lagi mesyuarat PIBG pukul 5.00

17 @ 21?

1983 merupakan tahun yang mencatat memori indah
17.4.1983 kami diijab kabul
21.4.1983 kami disandingkan
Sungguh bermakna detik itu


memori yang digalas saban tahun
bersama warna warni kehidupan
yang menghasilkan 5 zuriat penyambung warisan

setelah dihitung dan dicongak
rupanya sudah melangkah ke-28 tahun...
husss...cepatnya masa berlalu

rasa baru semalam mama merajuk kerana abah lupa tarikh ini
rasa baru semalam mama mengharap jambangan bunga dari abah...
ohhhh....rupanya sudah 27 tahun detik itu berlalu

dan... mama sudah lali...
mama perlu reda yang abah bukan jenis romantik...
tapi mama tahu dalam diri abah tetap ada taman
mungkin kerana itu bahtera kami belayar tenang...

tapi seperti insan biasa kadang-kadang mama
tertunggu keajaiban berlaku....
mana tahu menjelang senja ...
abah ingat tarikh ini...

ok...sekarang sudah pukul 5.00 petang
waktu sudah merangkak senja
abah tertidur setelah pulang dari mengaji
abah lupa lagi...

tak apa...mama perlu positif,,,,
mungkin 21.4 nanti abah akan ingat
dan ada sesuatu buat mama untuk mama kenang pada tahun ini
Insya-Allah.

Saturday, April 16, 2011

Mungkinkah ketemu lagi?

Pada 10.4.2011 kami sekali lagi
ke Kemesah Height
rumah Puan Noraini(Kak Ani)

Ahmad Akmal Juhari

Kak Ani telah mengadakan
majlis kesyukuran
kerana anakanda Akmal mendapat
7A dalam SPM
Semua warga Smart dijemput
termasuk bekas pelajar
tingkatan 5 2010
Nazrin Nasirruzam,Fikriali Zainudin,


Dalam kemeriah itu
kami tambah truja dengan kedatanga
Puan Pauziah
Seronok dapat berjumpa
kerana telah lama tak jumpa
Hanisah Hasnan-9A
Dyan Ahmad


Mama dan teman-temanpun
sempatlah bergambar
dengan mutiara hati SMART
buat kenangan







Mama juga sempat bersantai
dengan teman-teman
jika di sekolah....
masing-masing sibuk
dengan tugas
semasa bersama anak-anak ini
terdetik di hati mama
mungkinkah kami akan ketemu lagi
kerana selepas ini
anak-anak akan mendaki
memburu cita-cita
Doa mama
walaupun ke mana
kaki melangkah
ke timur,barat,utara dan selatan
ingatlah
di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung
Kekalkan sahsiah terpuji.

Thursday, March 31, 2011

april

1.4.2011-Jumaat

Sebelum mama ke sekolah adik sudah bertolak ke PP
Abang Hadi yang hantar ke tempat berkumpul
Minggu ini diadakan bacaan yasin seperti setiap hari Jumaat jika
tidak ada tazkirah.

Selepas tazkirah,Motivasi Tingkatan 5 diadakan di Dewan Amal.

Terima sms ayah teh-sudah keluar hospital-alhamdulillah.
Tahniah Nun(Zainun?hahahaha) -penantian berakhir sudah

Balik sekolah mama bergegas ke Cheras( Cress)-dah lama tak pergi
sudah ramai staf baru,yang masih kenal hanya seorang


Balik dari Cres singgah rumah Chik di Suakasih
Humyra datang.Tak sempat jumpa Chik kerana tak berani memandu seorang waktu malam kerana sudah senja.
Su nor bawa muffin hari jadi untuk adik...mama pun dapat rasa...best...

Singgah beli nasi kerabu di Setiawangsa-agak mahal tapi....best...
kena dengan selera*(atau kerana lapar)

Inn balik dengan along.
Allah Maha Kaya-Penentu Segalanya.
Perlu reda dan kuat.
Yakinlah dengan ketentuan Allah
Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai....

2.4.2011-Sabtu
Fardu Ain oleh Ustaz Yazid di Surau

Kenduri menyambut menantu di rumah Kak Dah



Izzat ke Melaka
Inn ke PWTC
Along?berehat di rumah....
Malam:Ke sekolah,ada BBQ St.John.Nor sms...jawapan pada Nor-ok
Tapi bila malam menjelang ,mula berbelah bagi.... malas nak pergi
--- tapi bila nun sms pukul 1055 malam,
mama bergegas bersiap---paksa Inn temankan
...sebenarnya bukan nak makan tapi nak borak2
hihihi...lucu...seluar oh seluar...

dan silat juga ada aktiviti...


3.4.2011-Ahad
Hari ni mood kurang comee...jak pagi lagi
bermula dengan pekara kecil-roti canai
tambah sikit...tambah sikit...
semuanya sikit tapi membengkak...memuncung...
hormonkah?

Petang ke JJ beli barang dapur
terutamanya bahan untuk buat kek batik
permintaan si bongsu

OOO keamanan JJ ku ternoda kini
husss tak pernah camni
Biasanya parking milik mama
pilih je...
tapi kali ini...
kerana JJku dijadikan tempat AF...
hihihi sempat juga mama intai-intai
walaupun bimbang bertembung dengan ANAK-ANAK SMART..

Balik dari JJ ke CT Bank pulak

4.4.2011-Isnin
Inn hantar dan ambil mama ke sekolah.
letih sangat hari ni...
malam tak tahu nak buat apa...resah...letih...lesu
bercampur baur...

5.4.2011-Selasa
Inn hantar dan pergi cuci kereta.
Balik sekolah ke Bank Rakyat di Taman Melawati bersama Inn
Abah telah sedia menunggu di sana


6.4.2011-Rabu
Tidak ada mesyuarat Pengurusan kerana HM mesyuarat
Ke JJ lagi...

7.4.2011-Khamis
Mesyuarat Aset Alih Kerajaan

8.4.2011-Jumaat
Tiada Perhimpunan-hujan
Inn ke UM jumpa Zahira

Abah ke GM

9.4.2011-Sabtu
pagi-pagi lagi hantar Innke cc untuk print surat
bagi peperiksaan di SMK Gombak Setia.
Sebelum ke sana sempat bersarapan dulu.
Pulang aja dari sana sekali lagi ke cc ,juga kerja Inn.

Balik dari sana terus bersama along dan izzat ke Puterajaya
Izzat ambil icnya di sana.

Balik dari sana singgah pejabat ayah cik di Taman Rakan untuk ambil gambar
bagi projek Izzat dan kebetulan ayah cik ada di sana.,

Inn tidak ikut sama kerana akan balik ke cj dengan wani.

Selepas semuanya selesai mama 3 beranak ke JJ-makan sushi..
dan along serta izzat sempat jugalah membeli belah.

Balik dari sana along hantar mama
dan mereka ke Low Yat...(ada saham)
Bila mama nak buat kerja sekolah mama tercari-cari pen drive mama
oooo...rupanya inn terbawa ke sana...
camna niii...

10.4.2011-Ahad
Jemputan majlis kesyukuran rumah Kak Ani

11.4.2011-Isnin
Selepas Mesyuarat Post Morten mama bergegas ke PJ
Balik dari sana hujan lepas....husss letihnya

12.4.2011-Selasa
Operasi Anggun dan Rapi-terima kasih semua



H buat hal lagi...eeeiii
Tiba-tiba Kak Dah datang berjumpa untuk tolong
selesaikan masalah relief esok kerana 23 orang guru tiada di sekolah esok.
Mama akur aja demi anak-anak dan sekolah.
Nasib baik tanduk tak sempat tumbuh.
Kalau tidak ada 2 unsur boleh digunakan.
i.mampukan mama?
ii.kenapa mama?mama kan dah hem(bukan sombong-hanya ingin pulangkan paku buah keras)
Alhamdulillah....Allah selamatkan mama(hanya bermonolog dalaman)

Petang:Mazni telefon,sekolah menerima panggilan
pergaduhan 4 puteri di luar kawasan sekolah...
husss...anak-anakku yang kurang matang....

13.4.2011-Rabu
Pagi panggil 3A tentang kes semalam
Ganas puteriku...moga kes terakhir
Ustaz juga panggil mereka untuk beri keterangan
(Juga dia cuba timbulkan isu)tak habis-habis...

Lepas rehat buat Teknik Menjawab BM di Dewan Amal untuk
5Arif,5Bestari dan 5 Cerdas.
Letih lesu....

14.4.2011-Khamis
Relief 5 Dinamik-Sekali lagi buat Teknik Menjawab BM.
Kali ni buat di Pusat Sumber.Tika di sana As telefon beritahu
kedatangan polis berkaitan kes 3 A dan 3 C.
Alhamdulillah berjalan lancar.
Bergegas ke SK Prima-Mesyuarat Penyelaras Aduan Daerah Gombak

15.4.2011-Jumaat
Tazkirah oleh Ustaz Sulaiman.
Balik sekolah ke PJ.Hantar dan ambil.

Balik dari PJ buat janji temu dengan adik Amirul
Beli baju dan seluar untuk esok