Thursday, March 24, 2011

Berbunga bangga




Sejak berita menyiarkan tarikh keputusan SPM
hati mama mula kecut
mama menanggung untuk ramaiiii...
Sebelum keputusan tiba ke sekolah
mama telah menerima panggilan telefon
dari rakan sejawat yang pergi mengambil keputusan di PPD

Dia memberitahu keputusan adik
Mama reda...
Mama sudah bersedia menerima apa saja keputusan...
dan mama tetap bersyukur...
Semoga kejayaan yang lebih cemerlang
akan adik peroleh
selepas ini...
kerana mama tahu
ini bukan penghujung segalanya
Ketika keputusan tiba di sekolah
ketika keputusan cemerlang diumumkan
mama di kelas 4Arif
gelisah jadinya
Tak sabar untuk melihat keputusan anak-anak
Tak sabar untuk berjumpa mereka
Tak sabar untuk melihat senyuman mereka
Tak sabar untuk melihat keputusan yang lebih detail
Tahun lepas mama ajar Bahasa Melayu
Tingkatan 5 Arif dan 5 Dinamik
Bahasa Melayu dari kelas 5 Arif 2010 ialah
24 orang dapat A+
4 orang dapat A
1 orang dapat A-
dan 3 orang dapat B
Syukur ...Alhamdulillah
Bagi 5 Dinamik pula...
Ada yang dapat A
dan hanya 3 orang yang gagal
Seorang tidak pernah datang sekolah
2 orang tidak dapat membaca...
Syukur dan syukur
Keputusan yang mendapat A Bahasa Melayu ialah 76 orang
Terima kasih teman-teman
Tahniah anak-anak
peranan semua berbunga indah

Keputusan keseluruhan juga meningkat sedikit
SPM 2010 - 95.87%
SPM 2009 - 95.06%


2 orang mendapat 10A
6 orang mendapat 9 A
4 orang 7A
21 orang mendapat 6A
dan
10 0rang mendapat 5A
Keluar dari kelas mama sempat
jumpa beberapa orang pelajar mama
kembang hati mama
melihat keputusan mereka


Moga kejayaan mereka hari ini
menjadi laluan
untuk terus mengapai bintang
Biar berada di puncak awan
jangan lupa rumput di bumi
agar sinar bulan dapat menyinari insan di bumi


Doa mama moga ketika diselimuti kejayaan
tersulam jua sahsiah terpuji

Ketika di dewan mama terima SMS ayah Teh
Tahniah Uzai
dan semasa dalam perjalanan pulang
mama terima panggilan dari Pak Cik
Tahniah Aqi
Moga kemilau jaya terus memancar...


Adik,mama doakan
cita-cita adik tercapai
burulah dan terus memburu
kerana
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
dan yakinlah
yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang

mac3

21.3.2011-Isnin
Penyampaian hadiah kebersihan
Taklimat Pengetua
Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional

22.3.2011-Selasa

Petang:Menakutkan
Abah balik dari GM

23.3,2011-Rabu
keputusan SPM diumumkan
Tengah hari:Ke CC dengan Izzat
Malam ke Cheras
24.3.2011-Khamis
25.3.2011-Jumaat
Masih memastikan majlis esok berjalan lancar


26.3.2011-Sabtu
Majlis Anugerah Cemerlang

Pembuka tirai

Penyampaian hadiahPersembahan

Sebagai kenangan
Meraikan
Mesyuarat Agung PIBG


Cabutan Bertuah

Tirai dilabuh
puas...selesai
Tahniah...
27.3.2011-Ahad
Sarapan:Nasi Dagang
Ju datang sebelum balik ke UTM Sekudai

Malam:Chik telefon abah(bapa mertua Chik)telah kembali
ke Rahmatullah kerana sakit tua.Al-Fatihah.

28.3.2011-Isnin
Abah ke Kuala Pilah dengan Tok Mi dan Ayah Cik.
Takziah ....
Hari Jadi Adik Syaqir....Selamat Hari Jadi....Walaupun mungkin mood bersedih

Mama menerima SMS dari Teh ,Ayah Teh dimasukkan
ke Gleneagles kerana asma.
Mama tak sempat pergi melawat kerana tiada kereta.
Moga Ayah Teh cepat sembuh.
Pukul 6.00 lebih baru mama balik dari sekolah.

29.3.2011-Selasa
Pelancaran Minggu Antidadah peringkat sekolah.
mama terpaksa menjadi perasmi kerana pengetua tiada
dan Puan Hamidah menolak.
Program Tingkatan 3 diuruskan oleh En.Jefri di Dewan Amal.

30.3.2011-Rabu
Ceramah Antidadah oleh ADK
Pemantauan dari Kementerian Kesihatan buat pemantauan-alhamdulillah.
Mesyuarat Pentadbiran dan Pengurusan
Balik sekolah agak lewat.
Ke Gleneagles melawat Ayah Teh...moga sihat seperti biasa.

Lepas magrib bersama Izzat ke rumah ayah cik untuk ambil bahan projek Izzat.

31.3.2011-Khamis

Kuiz Antidadah
Kutipan derma untuk orang kurang upaya bagi sesi pagi.
Bagi sesi petang telah dibuat kutipan.



Operasi Anggun dan Rapi

Lawatan Polis Seranta

Kunjungan Kak Ani
Setuju 2 program-alhamdulillah
Terima Kasih Kak Ani...moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...


Alhamdulillah penutup bulan Mac dengan berita yang mengembirakan
walaupun hari ini penuh dengan aktiviti dan agak sibuk.