Monday, February 21, 2011

feb-m4


22.2.2011-SELASA
Hari Jadi Along yang ke-27
moga bahagia dunia akhirat
menjadi tempat berteduh adik2
menjadi tempat bermanja keluarga
menjadi anak yang soleh-amin....

Mi dan Emi selamat sampai di Madinah-Alhamdulillah

Chek Jah telah pulang ke Rahmatullah-Takziah

Keluar JJ lagi...
temankan Izzati
Hari ini mama betul-betul letih
tapi demi anak...mama ikut juga...
Duduk saja sambil menunggu Inn membeli


Malam keluar makan di warung Zam.
Kebetulan Hafiz dan Alzalia pun ada.
Terima kasih Hafiz dan Alzalia...
23.2.2011-RABU
Takziah buat Kak Dah-Kak Nah meninggal dunia
Kak Dah balik kampung

Balik rumah agak lewat

24.2.2011-KHAMIS
Hujan-tidak ada perhimpunan
Teman-teman GKMP pergi lawatan
Tinggal daku kerinduan
oh...hahaha...

25.2.2011-JUMAAT
Seperti biasa mama balik agak lewat
Inn telefon-perlu tindakan segera
Ke Klinik An-Nor
-Inn oh Inn

Ke Klinik Koh-X-Ray
keadaan kliniknya jauh berbeza
dengan klinik An-Nur...

Balik semula ke Klinik Aziah
Penatnya mama tak terkira
tambah lagi menempuh kesesakan jalan raya.

26.2.2011-SABTU
Ke sekolah-siapkan apa yang patut
Ada kursus pemimpin kelab dan persatuan

Ke CT bank-membayar...
dah berapa kali nak pergi
tapi ada saja halangannya
Ke Calcom-bayar lagi....
Kalau dulu mama tak perlu masuk
tak perlu parking
bayar je di kiosk
tapi sekarang dah tutup
kenapa ye?

Ke Carrefour beli barang rumah dan barang Inn
-boleh rebeh bahu mama

Petang ke Leha KL

Ke rumah adik Nor
adik Nor buat puding roti versi baru-best
Humayra tidur je...masa tidur
masa nak balik...hujan lebat dan angin kencang

Singgah JJ
Along belanja sushi...terima kasih
27.2.2011-AHAD

Sarapan 3 beranak sebelum ke Ampang Park
Ke Ampang Park biasanya untuk beli kasut
Di sini biasanya ada yang sesuai(shhhhh)
Kalau tempat lain,biasanya kecil hati..

Selepas tu jalan-jalan
tersangkut pada yang lama diidamkan
sebenarnya pernah terdetik
nak buat kenangan dari titipan si puteri
terus jadi...
alhamdulillah



Dalam perjalanan Ayah Su telefon
mereka dalam perjalanan ke rumah...


Mereka tak mahu makan tengah hari di rumah
kerana baru'berkelah' di Tasik Titiwangsa
dengan baby Humyrah..

Kali pertama Humyra ke sini
moga manis budi bahasa
manis kata-kata
masin mulut tika bicara
berkat dunia akhirat
asam?



Hari ini masak rendang je...

dan Inn beria-ia membuat Shepherd's pie dari resepi chik
-Jadi...
Huss...sedap ...
Terima Kasih Chik...
Malam:
Keluar lagi ... Inn nak beli bantal kekabu
-tapi tak de...
pergi pula ke JJ
Inn beli selipar tandas dan pencil box
huhuhu...tak habis-habis

Izzat pula nak beli ram komputer
tapi harga tak sesuai...hihihi

28.2.2011-ISNIN
Hari ni balik pukul 1.00 tengah hari
kerana ke MMU hantar borang Inn
ini kali kedua tapi kami tersalah masuk-sesatlah tu
pusing semula...


dalam perjalanan ,angah telefon
kakinya masih sakit
mama ambil keputusan ke Klinik Aziah
ambil ubat untuk angah


selepas tu kami menuju ke Klinik Pergigian Redha
janji temu Izzat pukul 5.00 petang
alhamdulillah...
Terima Kasih Dr...



Malam abah bawa angah berurut
Kak Alzalia tolong Inn kemas pakaian

Saturday, February 19, 2011

mengubat luka



Luka semalam masih terasa
agak pedih
nyilu
dan berbekas...Mama cuba pujuk diri
pujuk hati
berkali-kali
walaupun tanduk berjaya menguasai
Semalaman mama cuba patahkan tanduk
cuba usir bisikan halus
mama harus kuat
mama jangan mengalah

Pagi itu bersama diri baru
bersama balutan luka
mama hadapi pagi dengan gambaran indah
Tapi ...pagi mama, diusik lagi
dengan wajah kelat entah mengapa(seperti biasa)
dengan suara menikam sukma(seperti biasa)
mama jadi menyampah
Mama berlalu bagai tak melihat apa-apa
mama melangkah bagai tak dengar apa-apa
biarkan dia perasan sendiri
perasan dia saja sibuk
dia saja yang betul


Kononnya mama tak rasa apa-apa
mama tak sedar apa-apa
tapi...
sebenarnya
balutan luka mama
ternampak darahnya

Sebenarnya semakin sakit
semakin pedih
luka yang berbisa
bagai ditabur garam
Mama bawa diri
bersama keriuhan'anak-anak'
keberkesanan pesanan ustaz
mama di awangan...
bersama 'anak-anak'
tapi terapung-apung menahan rasa
Tapi tiba-tiba muncul dia
duduk di sisi
bagai tiada kata berbaki
pandai sungguh dia berlakun...

mama jadi tambah menyampah

talam dia bermuka-muka

berlapis-lapis

mama ingat pesan tok mi dan chik

mama pun buat

mudah-mudahan termakbul


Melihat Ustaz Sulaiman di depan
mama teringat pesanan ustaz Sulaiman suatu pagi
untuk anak-anak
tentang kesabaran
kesabaran amat pahit tapi buahnya manis

Ustaz berkata lagi...
Setiap gerak perlu ada sabar
barulah tenang hati di dalam
lancar kaki melangkah
bahagia mewarnai hidup


Tapi...
mampukah mama ?
jika
saban waktu ada saja
hidangan pedas diberi

aduh....
mama jadi malas untuk bicara
letih untuk berdepan
sepatah ditanya sepatah mama jawab

Akhirnya dia berlalu

mama tertanya-tanya

bermonolog

sebak jadinya

Mama membawa diri
nun di hujung bangunan

mama klip sana

mama klip sini

mama snap sana mama snap sini


semua itu untuk melegakan jiwa
untuk mengubat hati
kerna tika ini
takungan air
bila-bila saja boleh pecah

setelah mama pasti dia sudah tiada di sana

mama pun menukar arah

cuba lari dari kekeruhan

Hari ini mama cuba mengelak

dari berdepan dengannya
Nasib menyebelahi mama

hari ini mama ikuti LADAP

Syukur mama dapat habiskan hari ini

dengan aktiviti bersama teman-teman

menutup seketika

lara yang hinggap

Doa mama

moga mama kuat

tabah

sabar

yakin

menghadapi kerenahnya

hati mama perlu diubat

dengan kalimah suci

dengan keindahan ciptaan Illahi
doakan semua untuk mama....