Tuesday, August 25, 2009

babak 1: direnjis-renjis dipilis

Uji Rashid & Hail Amir
Tanda Kasih
Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa
Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa
Berputus asa jangan
Mengeluh pun jangan
Tenangkan hati janji jangan lupakan
Supaya aman
Berpisah lama jangan
Berjauh pun jangan
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan
Hati susah jadi senang
Kenangan jika datang
Terasa kasih sama tiba menjelang
Menambah sayang
Sebab apa hati resah
Seperti orang salah
Itukah tanda kasih akan berpisah
Membawa tuah
melangkah gagah
penyambut tetamu


bonda


ayahanda

kekanda

bagai pinang dibelah dua







suapan sayang
opp..bukan kami
cuma teringin dan teringat

Hikayat Enam Bersaudara

3 putera 3 puteri
6 saudara lahir ke bumi
lahir dari cinta sejati
yusoff dan zaharah kasih bersemi
23 Mei lahirlah sudah
puteri sulung comelnya wajah
tapi kini berhati gundah
setelah putera puteri besarlah sudah
setahun kemudian lahirlah putera
berkulit putih berkaca-kaca
hidup bahagia seisi keluarga
5 anakanda diri dikurnia
hitam manis putera ketiga
begitu pintar otak geliga
bahagia sentiasa bersama keluarga
kekal abadi sepanjang usia
masih ayu masih manis
walaupun sibuk sebagai dentis(t)
kaktus senja amat puitis
3 putera jadi printis
2 putera 1 puteri
itulah anugerah tidak terperi
bersama kekasih sehidup semati
sanggup berkorban ke mana pergi
puteri bongsu puteri pilihan
hati suci seindah berlian
kini jumpa teruna pujaan
moga cinta kekal berpanjangan

jom main-main

pok amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk ramai-ramai
mereka sudah setuju
susu lemak manis
santan kelapa muda
kanda jangan nangis
kami dah bahagia

cikku cap

jika tak percaya ambil kapak belah dadaku

arahan kaktus senja

nenek-nenek si bongkok tiga
siang mengantuk malam berjaga
cari cucu di mana ada
rupanya ada di kg.raja

lai lail i tanplon

drama keliru - arahan kumbang senja

calon pelakon harapan ialah......

dah remaja..malu-malu

kahwin muda-sukarela


oh bangau oh bangau kenapa engkau lengoh
bagaimana aku tak lengoh
baru kerja di rumah cik ngoh
drama korea seram :pengarah kembang pagi

ayahku pulang dari kota
dia belikan ku kereta
kereta hijau tayar sebelah
boleh ku bawa ke sekolah
teringin main masak-masak

pukul berapa datuk harimau ?
aku nak tidur...

Monday, August 24, 2009

Syair Puteri Bongsu

Kini tersebut sebuah cerita
kisah belaku di sebuah desa
desa bernama Kg.Raja
warganya hidup aman sejahtera
tinggal bahagia sebuah keluarga
ayahanda pergi secara tiba-tiba
sunyi kami tidak terkira
tinggal bonda berhati duka
pesan ayahanda kepada kekanda
jaga si bongsu jangan lupa
biar dia hidup bahagia
walaupun ayahanda sudah tiada
kekanda kedua pasti tak lupa
kerna dia mewakili ayahanda
sebagai wali pastilah dia
beban tanggungjawab ada padanya
jauh di rantau kanda ketiga
tanya khabar setiap ketika
agar dinda beroleh bahagia
dengan jejaka pujaan jiwa
kanda keempat iringkan restu
agar cinta kalian bersatu
jika perlu pinjamlah bahu
usah risau usahlah malu
kanda kelima serba tahu
jejak langkahmu sering diburu
jiwanya gundah hatinya cemburu
bimbang dikau berhati celaru
selamat berbahagia puteri bongsu
kanda iringi doa dan restu
jangan lupa pada yang satu
padaNya pohon doa selalu
dinda bongsu kami serahkan

pada jejaka setia dan tampan

jangan lupa ayahanda berpesan

cintai dia ke akhir zaman

Saturday, August 22, 2009

pelbagai wajah dicuri

camera mancamera lady

anim pun turut membantu-gosok kaki mama ya?
sakit perut atau perut berlipat?
penuh debaran
aduh...
kurang sihat
rehat sekejap...
seksinya...

mata kuyu...
sopan
adikku akan jadi milik orang
satu-satu saya sayang ibu
ingat apa?
tidur penuh skima
kanda tolong,dinda letih...
terdampar....
penuh serius
tidur sambil berdiri
ha.........
mana pengantin perempuan ni?terpaksalah sanding sorang
dua peminat kecil
eiii berdebarnya...
apakah erti wajah ini?asyiknya,tak kira di mana
jangan marah2...nanti datanglah tu
oiii...
aiii sunor kahwin..
apa tu?
dik ma berlakun ke?
risau... senyum sikit...
dilindungi pegawal2
kami letih
sebelum diserang asma
aaa ginilah
gini...
renungan ...
eiii geramnya...
dua sejoli yang romantik
cara gosok camni(garangnya cikgu)
kak na letihlah dik nor...
intai ke menung
bagaimana perasaan dinda?
tak lalu makan?ingat sapa?
kenapa kain ni?saya pun...
entahlah...
acap...
jauhnya renungan...
letih nampak...
wajah yang berbeza dalam suasana yang sama
doa dalam tidur?
tertidur...
terduduk...
tingginya...
apa ni?nak buat cam mana?

dua jejaka yang menunjukkan wajah yang sama