Wednesday, June 4, 2014

pewangi


 dari PK dan Pengetua

PK dulu dari sekolah  melawati
Pengetua dulu dari sekolah seri
dua-dua datang ke  mari
moga berjaya hajat di hati

dari anakanda  Shahir dari 5 Arif
dulu sekolah asrama
tahun lepas ke sekolah mama
moga cemerlang terukir nama
dalam SPM yang dah tak lama

 dari dinda Fatimah

dulu sekolah mama
kini berpindah pula
tapi sering juga berjumpa
kerana dia
teman yang mesra


terima kasih selaut budi
kenangan bersama kekal abadi







Tuesday, June 3, 2014

DG 44 dan DG 48

bereben cantik rehal  berukir
simbolik  
pada Allah janganlah mungkir
beramal sentiasa barang secangkir
amal ibadat dan juga zikir
supaya di akhirat tidaklah fakir


Quran Digital diberi juga
akan diguna dan dijaga
moga berkat hingga ke syurga
terima kasih tidak terhingga




GKMP


 
4 GKMP  adalah teman
mencurah kasih seluruh taman
haruman budi mewangi laman
pasti dikenang zaman berzaman
 
Norainun GKMP Bahasa
cepatnya beralih beredar masa
memori bersama mengusik rasa
akan dikenang budi dan jasa
mohon diampun segala dosa
agar hidup akan selesa
setelah menjadi seorang pesara

tumbuh subur pohon selasih
tumbuh sejajar pohon keladi
 cincin diberi  pengikat kasih
tanda persahabatan kekal abadi



Pulau Padang jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga



GKMP Tek &Vok Rahani menyumbang
seorang peramah suka bersembang
tapi kini berhati bimbang
penglihatannya kabut bercabang-cabang
moga penyakit dibawa terbang
buang ke laut buang ke lubang
moga keceriaan kembali berkembang.

rumput menghijau di tanah rata
tumbuh merimbun pohon meranti
kain sepasang cantik di mata
warnanya lembut memikat hati

 pisang emas bawa belajar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati



GKMP Kemanusiaan milik Rohana
fasih menabung mengira dana
kecantikan dijaga penampilan dicakna
pakaian dipakai aneka warna
barulah mata terpejam lena
dengan sahabat hubungan dibina
menjalin ukwah  di dunia fana
moga langkah menjadi kena


keluar kampung keluar daerah
hutan belantara telah diredah
kembang mekar mawar merah
beg hitam begitu indah

 
Pucuk pauh delima batu
ikan sembilang di tapak tangan
walaupun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan

GKMP Sains & Math diurus Kamilah
mengajar mendidik tak kenal lelah
jauh sekali sikap culah
seorang tegas tak mengaku kalah
apa dikata tak boleh dicelah

buah mengkudu dibuang jangan
boleh dimakan burung kenari
kotak sweet bertukar tangan
di dalam teko kaktus diberi


Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang 
boleh kita berjumpa lagi

Monday, June 2, 2014

teman sekerja...



kami berlima bargading bahu
tolong menolong , bantu membantu
cuba melerai apa yang buntu
yang rengan cuba disatu
barulah organisasi bertambah mutu

 


Pengetua dan PK


pewangi dihulur harum semerbak
bagai mekar bunga sejambak
bagai dibuai alunan ombak
riang bertandang  terselit sebak
 Terima kasih wahai sahabat


PK Kokurikulum

buku berguna mencanai minda
cuba diikut sunnah baginda
moga berkat berganda-ganda
pasti musibah tidak melanda
agar bahagia hidup kekanda...

kain

ini dari Nasreen
berupa sepasang kain
sanggup meredah lebatnya rain(hiiiii)
untuk ingatan kakak dan saein


memang tidak pernah terduga
hadiah dari satu keluarga
terdiri dari 4 saudara
ingatan indah begitu berharga

Ini pula dari Koperasi sekolah
corak cantikbegitu menyerlah
terima kasih setinggi galah
juga maaf jika ada silap salah


 gadis sunti menghulur selendang
kiriman  bonda tanpa bertandang
hati2 jangan kecundang
masalah dan  musibah jangan diundang


GKMP TVK memberi tudung
kenangan indah akan dikandung
rasa gembira tak dapat dibendung
maaf juga andai tersandung

warna lembut pemberiaan Rahani
corak pula begitu seni
sebagai tanda berhati murni
semoga dinda hidup harmoni


terima kasih panitia bahasa
limpahan budi dan jasa
akan dikenang sepanjang masa
kasih sayang lembut terasa


SU



Ni SU dan Pen.SU saya
Jom saya nak cerita
mereka ni sentiasa ceria
sepakat dan seia
susah senang kami bersama
cuba laksana sedaya upaya
buat hati rasa bahagia
terima kasih wahai dinda



Hari Guru diberi  tudung
rasa terharu tak boleh dibendung
moga antara kita tiadanya mendung
jika ada buanglah jangan dikendung
yang indah saja yang kita kandung
 
 inilah tudung yang mereka beri
buat wajah berseri-seri
terima kasih wahai puteri
hati gembira tidak terperi


 ini pula untuk hari jadi
begitu banyak curahan budi
selagi berdenyutnya nadi
kenangan bersama kemas semadi


Sunday, June 1, 2014

lakaran wajah

hasil kreativiti anak2 5 Arif
 
 Terima kasih siti
potret ini menjadi ganti
akan direnung menghilang sepi
moga terubat rindunya hati
tika kita berjauhan nanti
 
 
terima kasih anakanda Hajar
kertas dilorek kertas dilakar
 melambangkan kasih kian  menjalar
moga awan rindu tidak tercalar



lembut tarian jari jemari
terhasil potret gambaran diri
 terima kasih tidak terperi....



dari KPJ


majlis buat kami AJK KPJ Daerah Gombak
 yang bersara tahun ni


door gift untuk semua



dari Pn.Siti yang bakal bersara
untuk kami semua
tqvm pn.siti




kenangan daripada KPJ
untuk yang akan melangkah pergi

sepasang kain



dari mama untuk yang bersara hanyalah....kata2: