Sunday, March 10, 2013

hari ini

Sabtu : 9.3.2013


Pagi-pagi lagi mama keluar rumah
kerana ada Mesyuarat AJK PIBG 

Seperti yang dijanjikan
sebelum mesyuarat kami keluar bersarapan dulu
Terima kasih kepada penaja


Mesyuarat hari ni lebih berfokus
kepada persiapan Mesyuarat Agong PIBG
dan Anugerah Cemerlang pada 23.3.13 nanti.

Semasa kami bermesyuarat
pelbagai aktiviti tetap berjalan rancak

Jadi,sebagai sokongan moral
kami singgah sekejap lihat mereka berlatih

Semasa odw balik Inn telefon
beritahu mereka nak ke rumah angah
walaupun angah kerja.





Jadi...selepas hantar Nun
mama terus ke sana
jumpa Alya dan kak Alzalia
Alya dah ok sikit

Balik dari sana along terus balik rumah
tapi mama ke JJ lagi...
beli keperluan Inn


Walaupun tadi dah makan Piza
tapi...mama singgah makan jugak
hishishis

Malamnya mama keluar dengan Along
Inn ada hal di MMU
Izzat dah makan...


Makan nasi dengan ikan kalut

Udang butter
dan kailan goreng
ayam goreng berempah
sampai akhir tak sampai
tapi...nasib baik juga
hihihi

 semasa kami makan tu ada persembahan
mama nak ambil gambar tapi along tak bagi

jadi...mama curi-curi je
ambil guna hp
hikhikhik

Thursday, March 7, 2013

alahai Alya

 
 
 Dulu Alya amat periang
sentiasa tersenyum
bila diagah je terus terkikih2
Malah ...kalau mama memberi salam
dia tersenyum dan tersengih

 Tapi sejak akhir-akhir ni
abah sering mengadu
Alya kurus,tak montel
mama kata tak pe...
jangan jadi macam mama


Dan yang terbaru angah pula mengadu
Alya tak seceria dulu
susah untuk senyum
apa lagi ketawa

mama cuba bersangka baik
mungkin perubahan bulan
mungkin dia anak perempuan

 
 mama masih bersangka baik
kalau ada apa2
pasti berbekas kerana kulit Alya cerah juga

Tapi...hari ni mama tak boleh lagi
bersangka baik bila abah balik membawa berita
mata Alya pecah darah

 Mama jadi gelisah bila
abah beritahu pipi Alya biru

 Mama sebak bila lihat Alya
hidungnya juga biru
tambah abah beritahu tadi 
bila abah ambil dia,dia nangis dengan gaya sedih.
 Tapi mama cuba tahan kesedihan itu
bila melihat merah pada telinga Alya
kerana
takut kemarahan angah dan abah makin membara
kesedihan  kak alzalia semakin membengkak

mama cuba sejukkan hati
bila  angah beritahu
doktor kata tak serius...
cuma mama terkilan kenapa tak beritahu
hingga kami menyedari dan menelefonnya...
hukhukhuk





belakang rumah

 

jika mama ada rumah
rumah ada tanah
tanah di bahagian belakang rumah
 
tentu best pasang angan-angan
lama dah tak berangan-angan
ok nak mulalah sekarang

alah tak pelah
bukannya kena bayaran

cuma nak terapi minda
nak senyum sorang2

 mama boleh tanam pelbagai
jenis tanaman
yang boleh digunakan untuk seisi keluarga

 selain menjadi makanan harian
dapat juga menenangkan jiwa

 ooo best...dapat petik-petik
nikmati buahnya
 dapat ambil segar2
dan terus masak...eiiii bestnya


 kobis ni tok bak pernah tanam
ummmp masak dan makan panas2

cili api tahan lama
berguna dan meriah

 serai pulak mudah  hidup
kan...kan...kan

 yang ni mama suka sangat
tomato @ terung masam
best yang muda...
bestkan...bestkan
hihihi...tu hanya angan2
sejak dari anak dara
hingga jadi nenek dara....

Wednesday, March 6, 2013