Thursday, December 6, 2012

seperti pewangi


untuk  teman-teman B004
yang sama-sama berjuang


Untuk adik-adik staf
sebagai kenangan di hujung tahun
semasa majlis mereka tanpa mama



untuk teman-teman pendidik
semasa jamuan akhir tahun
kerana persahabatan seperti pewangi
yang mengharumkan  kehidupan.

berkampung lagi


Bermula 13.11.12 hingga 17.11.12
mama berpindah tempat
dari tingkat 2 ke tingkat 7 pulak.


di sini kami berkampung
meninggalkan keluarga buat seketika
demi anak bangsa
ini ketua darjah kami(penghulu)
dari di bawah bayu
sentiasa sedia membantu


berkerja bagai satu keluarga
tanpa mengira masa
begitu juga tenaga


di penghujung pertemuaan
diberi dan memberi sebagai kenangan
moga tersimpul kemas tali ikatan

 
kini perpisahan tiba  sudah
tapi..pengorbanan belum bernoktah 
di tempat sendiri amanah digalas
jadi...selamat menjalankan tugas




Wednesday, December 5, 2012

sirna


ada teman pernah mengadu
dan hati juga pernah berkata-kata
cinta yang bergemerlapan dulunya
telah sirna?
ye ke?



tapi kalau ya...apa puncanya?
yang pasti bukan kerana orang ketiga
tapi mungkin kerana hormon
ataupun faktor usia....
entahlah...


tapi....bagaimana?macam mana?
kalau hubungan dah statik
biasa-biasa aja...
hanya sekadar mengisi sisa-sisa waktu 





rasanya jika benar cinta kian sirna
maka ia perlu disemai semula
dibaja , disiram...
agar kembali bertunas
memutik,mekar dan mewangi




tentulah terapi yang paling berkesan
ialah musabah diri...
mendekati kepada yang esa
reda dengan ketentuan-Nya
dan tidak putus-putus berdoa



dan tiba-tiba...tanpa diduga
dapat sedikit suntikan
suntikan hormon yang memutarkan kembali kenangan
kepada detik-detik yang pernah dilalui
dan yang pernah dialami
Terima kasih A & H
(hahahaha)


hari ini cinta yang dikatakan kusam
kembali bercambah
apabila mendengar lagu-lagu lama
yang mengimbau memori lalu
terasa detik itu terlalu dekat
(hihihihi)
moga semuanya mampu menyuburkan kembali
ikatan yang hambar.






i like







Tuesday, December 4, 2012

karya usang


2/3 tugas rasmi dah siap
tinggal lebih kurang 1/3 lagi
jadi untuk memenuhi impian pada cuti sekolah
mama pun mulalah kemas sikit(1/100 je)
tak pelah sekurang-kurangnya dah mula(pujukan manja)


Semasa menarik itu dan ini
mama terjumpa buku ni...
hihiii..karya lama mama
hasil nukilan pada 1981...


bangga ada...
maklumlah pernah tersiar dalam akhbar
tambah lagi ketika tu zaman  remaja

mama baca semula....imbas kembali
tiba-tiba rasa bangga tu bertukar
maluuuuunya...
aduh...curahan gadis sunti


ehhh...begitu ye dulu-dulu...
tiba-tiba hati mekar semula
rupanya pernah melalui detik itu




Monday, December 3, 2012

tq bos

 

Seperti biasa bos tak pernah lupa
saban tahun belanja kami

 walaupun dalam kesibukan
yang tak terkejar

walaupun di sana 
kami tak sempat lapar

dan cuaca tak menentu....
hujan mencurah-curah

 
tapi dia tetap berhajat
meraikan kami


dan kali ini nasi ayam penyet 
di Ampang



TQVM bos...




positifkan


jelesnya....
tengok abah bergolek-golek atas katil
selepas isyak dan subuh
kerana mama bergelut dengan timbunan kertas
tak pe... itukan pengorbanan


tensionnya
tengok timbunan kain
mengunung atas katil(dah pindah dalam 2 bakul)
tambah satu timbunan baru atas kerusi
kerana mama hanya mampu tarikan tinta merah dan hijau
tak pe...itukan pengorbanan



stressnya...
idaman di cuti sekolah tak kesampaian
walaupun cuti dah nak ke penghujung
kerana mama tekun mengira dan mencongak
tak pe...itukan pengorbanan


alah...mama nak tukarkan gelombang...
nak alunkan gelombang rasa
bayangkan yang indah-indah


alah...
buat apa baring-baring je...
nanti boring...tak berkembang


bayangkan aja merah hijau itu
warna warni hati mama yang berbunga bahagia


amboi tingginya gunung
setinggi cintaku


alahai impianku
huhuhuhu...gelombang bertukar lagi
emmmmm





bermula langkah


13.11.12
mula melangkah


di De Palma Ampang
mula mendaftar


909
bilik penginapan

 

Tingkat 2
bilik bermesyuarat

  

di luarnya
tempat melepas penat


juga tempat membuka  mata
 sebelum berpindah ke tingkat 7 pula


disambung pula di bilik sendiri
agar tercapai target diberi


alhamdulillah kini hampir usai
barulah dapat mencoret sebaris kata
moga mendapat berkat dari yang esa