Sunday, October 7, 2012

sangkut kuali


hari ni hari minggu
betul...tapi kenapa?
ya kenapa tak masak?
ada jemputan?...tak...


entah...
badan rasa letih dan lesu
tambah lagi dengar abah nak keluar dengan  ustaz
anak-anak masih dibuai mimpi kecuali along
jadi...pagi ni abah beli nasi berlauk
(lupa nak snap)


Dah tengah hari...
Inn dah keluar,Izzat pun
abah belum balik
letih masih ada
malas nak keluar...tapi dah janji dengan along.



janji nak ke situ
nak makan yang manis-manis
bubur kacang ke...pengat durian ke...


tapi...
bila sampai terparking
kat depan kedai sate hj samuri
hati mula berbelah bagi


akhirnya masuklah ke kedai tu..
makanlah...
berdua dengan along je


setelah selamat melicinkan
kami pergi juga ke kedai tu..
bimbang terkilan nanti


tak sempat nak tengok bubur pun
terus terliur yang ini
tapi masyaallah mahalnya...


bila mama balik
semua belum balik lagi
mama tertidur lagi...
malam pun tak masak
 along dan Innkeluar makan bugger
...bawa balik satu 
Izzat pun beli bugger juga untuk abah.
jadi sehari hari ni  mama tak masak...



pesanan

Pesanan untuk anak-anak:




1.Along dan yang lain-lain




2.Angah dan Kak Alzalia...juga yang lain-lain


3.Inn dan yang lain-lain
4. Izzat dan yang lain-lain


5. Adik dan yang lain-lain



Ingatlah...pesanan mama
yang kadang-kadang kita terlupa


                                 

TQVM


Semasa abang balik bercuti hari tu..
dihulurkan pada mama
dia tahu mama sukaaa
TQVM abang


I Like it...
(teringat abang kat sana)




Hari Raya hari tu
Ira datang,semasa nak balik
dihulurkan pada mama
satu untuk mama
satu untuk kak alzalia


untuk Inn tak tahulah...
rahsialah tu...
oh ya...Ira beli ni masa
dia ke Korea - pertukaran pelajar.
TQVM Ira...


Ini dari Puan Siti
Bila mama ke sekolah
ada atas meja mama
TQVM puan...




makan perpisahan



Hari ni badan masih belum betul-betul ok
masih letih lesu
rasa nak tidur je...
tapi memandangkan bisan dah nak balik esok
dah tak de masa lain
jadi mama masak jelah ala kadar


selepas mereka makan tengah hari
mereka ke Jalan TAR
Membeli belah terakhir
sebelum balik pagi-pagi esok


Alya bersama kami...
tidur,bangun,nangis
main-main...
Sebelum magrib Alya dihantar pulang
kerana nenda dan atuk
nak ke rumah nyang chik-tahlil..



mood ke laut



tak de mood
entah ke mana
ke hutan, ke rimba @ belantara
ke laut, ke sungai @ ke tasik
entah...entah...entah


sejak mama dilanda angin hari tu
mama jadi letih,lesu
geram,marah
sayu...
oh......


nasib baik ada benda ni
boleh juga
mama coret , mama lepas
supaya angin beralih arah.



angin dibuang perut diisi


Ada jemputan dari kak yah
oooo sedapnya...
ada nasi dagang,laksam,laksa penang
pelbagai kuih....lagi dan lagi
tapi mama tak sempat ambil gambar(malu)
terpaksa balik cepat kerana ada temujanji di cres


Bila sampai di sana Inn asyik ajak makan
lapar katanya
kenyang kata mama.
tapi kerana sayangkan anak mama ikut je
makan watan jelah(makan jugak)


Dalam tempoh itu mama dapat kekuatan
tukar rancangan...
Inn je ke Cres
mama gi buang semua angin yang masih bersarang
dan meletihkan mama.


Best je diurut...
tapi pada 5 minit permulaan 
dan 10 minit akhir je...
di tengah-tengahnya mama zzzzzzz
lena sungguh...

angin

angin...
jika sepoi-sepoi bahasa
huuuuu....best
rasa bagai dibelai-belai


ini tidak...
rasa menusuk-nusuk
di setiap sudut
di semua ruangan
termasuk di celah-celah tulang rusuk
adoiii


meniarap tak kena
melentang tak kena
mengiring tak kena
hingga sesak nafas


tiba-tiba teringat...
mama cuba dan cuba
bila terkeluar...baru rasa lega sikit
mandi dan terus tidur , tak ingat dunia.





Tahniah...Alya...Inn


Ketika mama pergi jumpa Tok Mi hari tu
Tok Mi beritahu hari minggu nanti
nak baca yasin dan solat hajat
di BC,Gombak.


Jadi pada pagi 23.9.2012
kami berjumpa di sana...
di pejabat baru Pak Chik.


Su Nor akan berpindah kerja di sini
moga penghijrahan ini
memberi laluan ke arah ketenangan 
dan keseronokan.


Walaupun begitu pasti ada
memori manis yang ditinggalkan di sana.
Mama pun tumpang sebak dan bangga
membaca catatan hati itu.


Kalau Su Nor suka...
pasti pasangannya turut bahagia
begitu juga kami


OOO anak-anak pun apa lagi...
teramatlah seronok
seolah-olah berlarian di padang.
(ni stop kejap - nak bergambar)


Ni cameraman yang diambil gambarnya
mana gambar yang diambil?
postlah...
(ehhhh...Aqi nangis eh)


Natijahnya,mama nak ucapkan tahniah
kepada pasangan adik mama ni
yang gigih berusaha
ganjarannya dimurahkan rezeki
dan tambah satu lagi aset
Tahniah...



Tika mama odw nak ke sana tadi
angah telefon dia ke rumah.
Bila mama balik mereka masih ada.


dah tidur...


Setelah Alya balik
mama dan along ke CJ pulak...
jenguk si puteri


Selepas makan mama dan Inn ke tasik dekat MMU
dia bercerita dan bercerita
lepas geram yang membuak-buak
Along ke pejabatnya , jadi sempatlah Inn
muntahkan apa yang perlu.

Walaupun telinga teliti mendengar
tapi..hati sempat berbisik
tenangnya tempat ni walaupun ramai pengunjungnya.