Sunday, October 7, 2012

makan n makan


Semalam abah ajak gi Cheras
jumpa Tok Mi
nak bawa buah dari 'ladang'


tapi...
mama menolak
kerana perlu siapkan tugas rasmi
yang perlu dihantar esok.


Jadi...
malam ni kami gi rumah Su Nor
kami dihidangkan agar-agar santan
 yang mengiurkan ini..
dah lama tak buat

                                             

Ini yang mebangkitkan semangat
nak masak ni...
puji punya puji
rupanya agar ni pemberiaan teman baru tok mi


Selain agar-agar
kosui pun...sedap
oh seleraku...
patutlah...


Balik dari sana kami singgah pula
untuk makan chicken chop...
abah kata pilihannya kurenggg
tapi kami punya ...besttttt

                                       

Saturday, October 6, 2012

menu bertukar


Hari ni mama ada hal di PJ
hanya untuk hantar bahan.
Jadi... mama ambil kesempatan ini
ajak Nun makan ikan patin di kedai Kak Shibah


Jadi lepas sekolah kami bertolak
sambil menyelesaikan hajat pertama
sambil memandu sambil berborak
sambil menyelam minum air


selepas hajat kedua selesai
kami mula meredah...mencari
(tak pernah pergi)
tiba-tiba nampak Hospital Serdang
Hiii salah jalanlah ye....


Alahai dari ikan patin masak tempoyak
bertukarlah pulak
ikan siakap goreng
dan tom yam
tak de rezeki...


tak pe...
lain kali ye kita redah lagi...

suntikan


2.10.2012
Balik dari sekolah mama dan Inn
ambil Alya ,bawa ke klinik
untuk dapatkan suntikan.


Mengikut angah,dah terlepas tarikh..
mereka lupa...
dan hari ni kak Alzalia kerja begitu juga angah


ekkk...napa mata tinggi sangat ni



Balik dari klinik,
sempat main-main kejap
dan Alya tidur


Setelah Alya dimandikan
dia punyalah menangis
buat mama dan Chik Inn panik
kuatnya suara cucu nenda


nasib baik teringat angah pernah beritahu
Alya memang begitu sekarang...
rupanya dia nak tidur...
alahaiii

Friday, October 5, 2012

aib


pada mama..
tak baik begitu...

tegur ok
teguran membina
bagus...
tapi jangan berbaur hinaan

jika hari ini kita memalukan orang
tidak mustahil suatu hari nanti
orang akan malukan kita

Jadi anak-anak
jangan sengaja cari salah orang
jika ternampak jadikan pengajaran
jangan diikut...

tegurlah secara berhemah
jangan sampai air mukanya jatuh.


ummmppp


Hari tu seorang teman postkan
gambar ini...
gambar pulut durian...
terliur you...


mama janji dengan Inn nak gi esoknya
dah tahu kat mana dia makan
lalalala....


tapi esoknya sebelum mama pergi
dihulurkan kepada mama
ohhhhh bestnya
ummmmmmmmpp
TQ dear

Thursday, October 4, 2012

gerak hati

ibu...
punya gerak hati yang kuat
sering ada kebetulan
kalau tidak tepat pun
ada juga sipi-sipi


jadi jika ada gerak hati yang buruk
pasti mama cepat-cepat berdoa dan memohon
agar dijauhkan...
dihindari..

kerana anak-anak
kadang-kadang banyak ragamnya
ada masa berterus terang
ada masa sembunyi-sembunyi
dengan pelbagai alasan

dan mama rasa
gerak hati mama baru-baru ni
makin jelas menunjukkan bukti


apa pun mama doakan semoga selamat
hati-hati meniti kehidupan
hidup ini tidak seindah impian
moga setiap tindakan
melalui jalan yang diredai Allah


Jika di persimpangan
berdoalah
dan jika itu yang terbaik
setelah memohon pada Allah
barulah ikut kata hati.


Yang penting mama mahu
anak-anak mama
beroleh kebahagian di dunia
dan juga di akhirat.
AMIN







Wednesday, October 3, 2012

tak nak dah




cantikkan?
sweet
cute...


suatu waktu dahulu
mama impikan sebuah rumah
yang mempunyai cukup bilik untuk anak-anak mama
biar mereka punya bilik sendiri


idamkan rumah di tepi tasik
atau anak sungai
tenang dan damai


ada taman mini
tempat mama melepas lelah


Tapi itu dulu
sekarang mama dah tak mahu
rumah yang besar
kerana mama dah tua...


tak larat nak mengurus rumah...
rumah yang sekangkang kera ni pun tak terjaga
lagi pun ahlinya mungkin kian berkurang.
(Alasan yang lebih tepat : tak mampu)


tambah lagi
mama bimbang jadi macam bangau ni
kurus melidi
keseorangan...
jadi...tak nak dah...
ya...tak nak dah...
YA...



teman karib


gelabah...
tidak fokus
akan kehilangan ?
 terpisah....?



terpisah dengan teman karib mama
sebelum ini...
dia sering bersama-sama mama
 ke mana saja...
banyak sumbangannya
untuk menceriakan hidup mama




walaupun dia tak cantik
tak sehebat orang lain
tapi mama amat sayang dia



oh tak sanggup
tak sanggup berpisah dengannya
sudah suratan?
perlu reda?
ohhhh




ah... jodoh tak panjang?
adakah dia merajuk
kerana mama bercadang cari yang lain..



oh...
tak de...kata yang disuruh cari
mama pun dah puas cari
tiba-tiba teringat
haaah....mungkin di situ
tak mugkin kata seorang kawan



mama pergi juga...
hussss  akhkirnya...
lega



...ada di situ
dalam beg telekung yang mama bawa tadi
ke masjid....solat hajat
syukur...jumpa kamera mama...


KMJ


25-28 September 2012


Di Hotel Sumai Kuala Terengganu


Semua mata pelajaran


dari seluruh Malaysia


Memerah otak


dari 8.00 pagi hingga 10.30 malam



tapi...
petangnya sempat terapi minda


Majlis Penutupan