Tuesday, April 10, 2012

ketemu


Telah terpisah...
lamaaaa sangat..
kami ketemu semula setelah usia mama
lebih setengah abad
melalui...
fb(hihihi)
 
bertanya khabar
dan mengikuti perkembangan melalui fb
tidak berkesempatan untuk ketemu
 
Hinggalah suatu hari mama menerima mesej
juga dari fb yang berbunyi:
Salam Ma,
actually Yah nak kenduri anak perempuan pada 8 April ni,
So nak jemput Ma dan keluarga.
Majlis akan diadakan di Kelab Shah Alam dari 12 tgh hingga 4ptg.


Mama memberi respon positif
dan menyusur sekeping kad jemputan
Mama begitu excited...menunggu detik itu
....ingin ketemu

 Seminggu sebelum majlis...mama gelabah
cari kad tak jumpa...
mama hubungi Ti...
dapat info berguna ...lega

Hari yang dinanti dah tiba
hati berbunga riang...
tapi abah tak de...
hati mula berbelah bagi

Ajak Inn
dia tanya kenapa mama terlalu teruja
sedangkan mama hanya ingat-ingat lupa
pada wajah ayu itu..
mama pun tak pasti
tapi...Inn setuju...





Alhamdulillah bila mama tiba di depan pintu dewan
Maaaa...terdengar jeritan manja
yahhhh...(ala-ala hindustan)
hihihi....rupanya walaupun sekian lama tak jumpa
kami masih mengenali
 
dan....
terima kasih Ti dan suami
yang  sudi menunggu walaupun dia dah lama tiba
jadi...dapatlah  mama melepas rindu yang lama bersarang.


Juga...
ketemu Malek dan keluarga
juga rakan sekampung
hihihi dah tuaaaa rupanya kita...

Sunday, April 8, 2012

Inhouse

 


Pagi minggu mama dimulakan dengan menanda buku.
Selepas tu mama angkut laptop mama ke bawah.
nak mop sikit.....dah lama tak buat



Alahai...sakitlah pulak
jadi mama selang seli dengan aktiviti blog
supaya leka...tak terasa
walaupun peluh jantan dan betina dah mula keluar.
Tiba-tiba chik telefon
alahai.... terkejut juga kerana dah lama chik tak berkunjung
 

hihihi...tadi tu mukadimah je...
isi pentingnya ialah mama dapat ilmu baru
chik buat inhouse tanpa bayaran...
juga tanpa pekeras
oppppsss
blog mama...ehmmm dah tahu cara baru...
jangan jelezzz....


lagiiiiii......
chik ajar mama guna Picasa Web Albums....
sangatlah suka hati ini....
Ilmu bertambah...hobi pulak tu...




bukan tu aja...
chik ajar mama edit gambar....
hooooo....sungguh gembira hati ini...

 
TQ Chik .....TQ.....I love it....
ekkkk...lupa.... tq juga untuk pak cik
kerana sudi menunggu hingga terlena....tq

Ganti




Sabtu 7.4.2012 : 
Mama ke sekolah,gantikan Ana
dia ada hal...
oklah hari ni hari dia
mama pun angkutlah kerja nak buat kerja
sambil-sambil memantau.



Hari ni Haniza buat perjumpaan dengan pengawas 


Di dataran ada yang berlatih berkawat
(mama lupa ambil gambar)
Zam pula buat kelas tambahan.
Nor datang siapkan data.
Mahfuzah siap datang dengan Imran nak siapkan kerja.

Munirah pun datang,tapi tak pasti untuk apa.
Nun pun  datang...temankan mama?terima kasih







sambil sembang-sembang kosong
isu semasa

Saturday, April 7, 2012

Chan mali can



Di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya makan pucuk kayu
Di mana dia buger special saya
burger special saya dimakan 2 gadis ayu...

Chan mali chan,ahai.. chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung


Di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya makan pucuk labu
Di mana dia buger special saya
burger special saya milik merah jambu..

Chan mali chan,ahai.. chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung
Di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya di bawah jejambat
Di mana dia buger special saya
burger special saya dimakan 2 sahabat...

Chan mali chan,ahai.. chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung
Di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya main atas papan
Di mana dia buger special saya
burger special saya dimakan teruna tampan

Chan mali chan,ahai.. chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung

Thursday, April 5, 2012

putih ke puding?



Hari minggu ....
sebelum hantar Inn balik
kami buat rancangan untuk ke Cheras
atas beberapa sebab


Sebabnya nak jumpa:
=tok mi
=si kecil- si kecil(termasuklah ibu bapa mereka)
=si putih

Tapi....
bila call Tok Mi
Tok Mi dan kaum kerabat si kecil
nun di Taman Rakan
dengan boboy....
alahai nak ke sana tak tahu jalan
jadi melepas....

Telefon Su Nor
nak jumpa si puteri kecil
tapi....tak dapat
mungkin mereka mengikuti aktiviti hujung minggu
juga melepas

Telefon Chik
Chik ada...
ok set....kami pergi
mereka nak jumpa putih
tapi...mama nak jumpa pemilik putih


sampai je mereka serbu banglow putih
mama takkkk
sebenarnya...secara jujur...
mama tak suka sangat...
tengok ok, tapi... tak sampailah nak belai-belai
(rupanya tak punya nilai kelembutan)

Jadi masa mereka leka main dengan si putih
mama pula lekat di meja makan
aduhhh tergoda...
di sini lebih menarik...

semuanya best
patutlah mama jadi begini
ada lojiknya....
hihihi...tapi mama memang sukaaaa
dan dapat idea....puding...
emmmmmm terima kasih chik....

Wednesday, April 4, 2012

Laporan misi

Seminggu dua ni...
silih berganti
ada-ada je
laporan yang misi terima

Sebenarnya misi sendiri pun...
kureng ok...
bukanlah sakit sangat pun
tapi...lenguh-lenguh
sengal-sengal...
dan....letih lesu...
batuk-batuk...
misi kata: Tuaaaaa

Misi juga mendapat berita
angah sakit kaki...
bengkak...
katanya MUNGKIN terseliuh
atau......gaut
sakit....tapi.....tak nakl gi klinik.
Misi kata: Kesihannn....



Masa Kak Inn balik hujung minggu baru ni
katanya kurang selesa
sakit perut...sakit kepala
lalu batalkan rancangan.
Misi kata: Melepas....
Izzat pula kejutkan misi
sakittttt gigi...
Jommmm jumpa Chik
Alahaiiiiii mana buka malam-malam
Misi berkata: Itulah....



Along pula minta panadol
tak sihat....
sakit kepala...
Kata misi: mama pun....

Hari ni abah pulak...
kaki sakit..
bengkak...
berdenyut.....gaut
misi kata : sihatlah tu
Moga kita semua cepat-cepat sembuh
dan diampunkan dosa.

Tuesday, April 3, 2012

shhhhh....

mama dah tahu
terdengar bisik-bisik...
yang sukar mereka ungkapkan
kerana rahsia....
kerana sahabat...


mama terima semuanya
mama positif....
pasrah dan reda
sentiasa yakin dengan ketentuan
PASTI ada hikmahnya.