Monday, March 5, 2012

kerjasama




Besama-sama hujan renyai-renyai mama memulakan langkah hari ni.
Mama ke SMK Seksyen 18,Shah Alam.
Ada taklimat...
Taklimat Program Intervensi


Mama menumpang.....kami berempat.
Terima Kasih Zah.....
kami sesat....ahakkk
Jumpa 16,17 tapi 18 tak jumpa....hihihi...
Bila singgah di stesen minyak...
pemuda tu kata ...nilah Seky 18....
dan mama terpandang label....petronas seksyen 18
hihihihi....



Taklimat dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,
Tuan Haji Mahmud bin Karim.
Mama terpegun mendengar ucapan beliau.


Mama sedar
tugas kami perlukan pengorbanan
barulah membuahkan hasil yang manis.


Kami juga mesti menjiwai dan berjiwa pendidik
perlu berperwatakan,positif dan menarik.
Dalam senyap mama Termotivasi
alhamdulillah



Beliau juga berkata
kita mesti mempunyai semangat berkerjasama



dan kerja bersama-sama.


kerana sukar peroleh kejayaan
tanpa kerja berpasukan.
dan...
hendaklah kita mudah-mudahkan,
jangan kita susah-susahkan
tugasan yang diberi.

Mama mula sedar mama mungkin menjadi JUTAWAN
Mungkin bukan JUTAWAN di dunia, tapi di AKHIRAT.
Mudah-mudahan mama dapat melaksanakan dengan ikhlas.
Untuk dapatkan ganjaran itu.

Saturday, March 3, 2012

MULUT




MURAI




MULUT + MURAI = MULUT MURAI




MULUT MURAI = KUAT BERCAKAP ATAU MEMBUAT BISING






KESAN: PENING




JADI.....DIAMLAH





TOLONGLAH.....









Wednesday, February 29, 2012

bergurau








tak jelas ye?
maklumlah mama ceduk dari periuk En.Google.
ok... mama tulis balik isi-isinya
untuk munasabah diri sendiri.

Adat Bergurau:
1.Jagailah agama
2.Hormati orang lain
3.Hormati orang yang lebih tua
4.Jaga syariat
5.Bercakap benar
6. Jangan ketawa berlebihan
7.Kena waktu dan tempatnya
8.bergurau biar berpada-pada.

Sunday, February 26, 2012

fogive n forget


tika itu......
nuuuuunnnnn jauh di dasar hati
masih ada bekas berbisa
mama ubati
mama rawati
mama cuba dan mencuba


akhirnya....kini....
luka mama kian sembuh...
mama cuba fogive and foget
slow...slow



sebenarnya...dulu....
bukan mama tak pernah mencuba
tapi setiap kali mama lakukan
ada je...yang membuat mama
menahan sakit

tapi mama harap sangat
agar sangkaan mama benar
yang tiada lagi garam yang ditabur di tempat luka mama
tiada lagi tusukan baru di hati mama

moga seperti yang dikata
juga seperti yang mama doakan
buang yang keruh ambil yang jernih


+ve @ -ve ?



25.2.12
Pagi tadi mama baru ikuti LADAP tentang Menangani Stres...




Petangnya mama diduga...
perasaan dan hati mama diuji
dengan beberapa pertanyaan
berlegar-legar



Positif @ negatif ?



tersurat @ tersirat?



jujur ke?



Keputusannya: positif
Kerana mungkin ini satu amali
untuk menguji mama
mampukah mama mempraktikkan
apa yang mama dengar dan dapat


Kesannya: tenang...no stres2...



ok mama akan selalu ingat...
Allah Maha Mengetahui
yang terucap dan yang terkandung
mama reda....

Thursday, February 23, 2012

Rindu?



Subuh 18 Feb...tika mama jaga dari tidur
mama lihat deretan miss call dan ada mesej.
Rupanya begitu lena mama 'beradu'.
Mesej dari adik yang menusuk kalbu...
Rinduuuuu pada mama dan minta mama ke sana.



Hati ibu mama mula terusik.
Tapi ...macam mana ni?
Mama perlu ke sekolah sekejap
perlu siapkan yang belum siap.
Inn pun minta ambil selepas dia exam....selepas pukul 5.30.



Abah tak de ...berbudi pada tanah
Along ada hal pagi ni...
Izzat juga ada hal....
Bincang denga along...
ala-ala perbincangan meja bulat
Along akan beri jawapan kemudian
yang mana dulu...arah dituju.



Akhirnya...
setelah dipertimbang semua sudut,
kami buat keputusan...kami selesaikan tugas masing-masing dahulu.
Pukul 4.30 baru bertolak ambil Inn bersama-sama hujan yang begitu lebat.
Tika tiba di sana Inn baru keluar dewan , jadi menunggulah kami.



Rupanya ...
rindu adik juga terselit hasrat tersirat.
Pergilah kami ke pekan Alor Gajah.
Tapi...ada juga yang tak de...



Niat asal...
nak ke Umbai...
tapi setelah fikir masak-masak(fikir lagi)
memandangkan kekangan masa
kami tukar perancangan.



Hajatnya nak makan ikan bakar
tapi tak pelah...
adik tak kisah asalkan ada ikan 3 rasa.
Mama lagi tak kisah.
Inn dan along mula-mula kisah juga
tapi akhirnya tak kisaaahhh.



Sebelum pesanan tiba...
makan otak-otak dulu...
semua bersungut-sungut...
tak sama dengan otak-otak Besut.
Tapi....habis juga....tinggal daun je.
(lupa ambil bahan bukti)



Sate yang dipesan juga...habisss
Ingatkan nak bungkus....
hushushus....


Siakap stim


Siakap 3 rasa



Kangkung Goreng



Tom Yam

Kesannya....akhirnya...



Ketika mama bungun untuk beredar
mama lihat seorang gadis lari-lari anak ke arah kami
oh.... Ayu(ex-student mama)
hihihi sempat kami posing.